KUALA LUMPUR, Malaysia, 18 September 2025 /PRNewswire/ -- realme, jenama telefon pintar global yang paling pesat berkembang, hari ini memperkenalkan Siri realme 15, memperkuatkan lagi barisan Siri Nombor terkemukanya. Dijulang sebagai Telefon Parti AI, siri ini – menampilkan realme 15 Pro dan realme 15 – menggabungkan kecerdasan buatan (AI), sistem kamera luar biasa, dan prestasi unggul, menjadikannya pilihan utama dalam segmen telefon pintar pengimejan.
Pra-pesanan Siri realme 15 bermula dari 18 September hingga 26 September di semua Kedai Jenama realme seluruh negara, dengan jualan rasmi bermula pada 27 September. Pelanggan pra-pesanan berpeluang menikmati hadiah eksklusif bernilai sehingga RM1,346.
Dari Pesta Malam ke Cahaya Siang: Tangkapan Visual yang Menawan
realme 15 Pro bersinar dengan trio kamera 50MP luar biasa – kamera utama Sony IMX896 dengan OIS, lensa ultra-lebar 50MP, dan kamera swafoto 50MP, memberikan pengalaman pengimejan bertaraf dunia. Telefon Parti AI ini menawarkan rakaman video 4K60 fps yang memukau serta Foto Hidup 2K pada ketiga-tiga lensa.
realme 15 5G pula hadir dengan dua kamera 50MP di bahagian depan dan belakang yang menyokong rakaman 4K30 fps dan Foto Hidup 2K. Sama ada untuk swafoto berkumpulan, potret dalam cahaya rendah, atau vlog penuh gaya, hasilnya akan sentiasa kelihatan tajam.
Siri realme 15 memperkenalkan Mod Parti AI, algoritma pintar yang menangkap potret dan gambar kumpulan dengan warna semula jadi dan kejelasan memukau, biarpun dalam pencahayaan suram. Dilengkapi kesan cahaya bersinar dan tera air foto berwarna-warni, setiap momen pesta kekal abadi. Teknologi AI MagicGlow 2.0 pada panel belakang pula membolehkan pelarasan cahaya hangat atau sejuk, sesuai untuk setiap suasana.
Lebih menarik, Siri realme 15 memperkenalkan AI Edit Genie pertama di dunia – fungsi penyuntingan imej berasaskan suara yang membolehkan pengguna menambah atau mengalihkan objek, menukar warna subjek, atau meningkatkan tona warna keseluruhan dan sebagainya dengan mudah. Ciri ini menyokong Bahasa Melayu, Inggeris, Mandarin, dan pelbagai bahasa utama lain.
Dicipta untuk Pesta Tanpa Henti
Disebalik reka bentuknya, realme 15 Pro dikuasakan oleh cip Snapdragon 7 Gen 4, mencatatkan skor AnTuTu lebih 1.1 juta. Cip 4nm ini memastikan kelancaran permainan pada 120fps, pelaksanaan tugasan berat, dan pelbagai tugas pada tahap tertinggi. Sistem penyejukan Airflow VC seluas 7000mm² pula memastikan suhu kekal dingin walaupun digunakan secara intensif.
Bagi realme 15 5G, cipset MediaTek Dimensity 7300+ 5G menawarkan skor AnTuTu melebihi 740,000, menjadikan telefon ini pantas, cekap, dan responsif. Ciri AI Multi-Tasker mempelajari tabiat pengguna, membolehkan aplikasi dilancarkan 3 saat lebih cepat – sentiasa selangkah di hadapan.
Kedua-dua model ini dilengkapi bateri gergasi 7000mAh, sedia untuk 22 jam menonton YouTube atau hampir 10 jam bermain Mobile Legends: Bang Bang tanpa henti. Apabila tiba masa untuk pengecasan, teknologi 80W Ultra Charge mampu mengisi bateri sehingga 50% dalam masa 25 minit sahaja.
Apabila Gaya Bersatu dengan Pentas Tarian
realme 15 Pro bukan sekadar bergaya, ianya sebuah karya seni. Tersedia dalam warna Flowing Silver dan Velvet Green, penutup belakangnya diilhamkan oleh tekstur kain mewah Paris, dengan kilauan halus yang berubah mengikut cahaya. Di bahagian hadapan, paparan AMOLED 6.8-inci 144Hz dengan lengkung 4D Curve+ menawarkan kecerahan puncak 6,500 nits, sesuai untuk pesta, hari cerah, atau swafoto pada waktu tengah hari. Dengan ketahanan IP69 dan perlindungan Corning Gorilla Glass, ia tahan lasak sepertimana ia bergaya.
Membawa DNA fesyen yang sama, realme 15 5G menonjol dengan gaya berani, menyalurkan elemen haute couture ke dalam reka bentuk yang tersedia dalam Silk Pink dan Suit Titanium – seolah aksesori yang sentiasa bersedia untuk berpesta. Paparan AMOLED 6.77-inci 144Hz pula bersinar dengan kecerahan puncak 4,500 nits, manakala daya tahan IP69 dan perlindungan Gorilla Glass mampu menghadapi setiap tumpahan, percikan air atau kejutan di lantai pesta tanpa sebarang gangguan.
Kuasai Malam dengan Telefon Parti AI
Siri realme 15 bukan sekadar alat penghubung – ia soal menjalani hidup dengan lebih bertenaga, bersinar lebih terang, dan menjadikan setiap detik tidak dapat dilupakan. Dengan harga pasaran realme 15 5G hanya RM1,499 (12GB+256GB) dan realme 15 Pro pada RM1,799 (12GB+256GB) atau RM2,099 (12GB+512GB), siri ini menawarkan pengalaman eksklusif yang boleh diakses oleh pelbagai pihak. Dari malam yang epik hingga detik harian yang istimewa, hiduplah dengan nyata, tingkatkan tenaga, dan biarkan pesta bermula.
Telefon Parti AI anda menanti – sila rujuk jadual di bawah untuk butiran ketersediaan pembelian Siri realme 15:
Model |
RRP |
Platform |
Promosi |
realme 15 5G Silk Pink, Suit Titanium |
RM1,499 (12GB+256GB) |
Kedai Jenama realme, Kedai Pengedar Sah, Shopee Rasmi, Lazada dan TikTok Shop |
Pra-pesanan (18 Sep hingga 26 Sep) untuk mendapat hadiah percuma bernilai RM1,146: rebat RM100, realme Buds T200, realme Ice Tumbler, jaminan lanjutan 1 tahun, jaminan retak skrin 1 tahun |
realme 15 Pro Flowing Silver, Velvet Green |
RM2,099 (12GB + 512GB) RM1,799 (12GB + 256GB) |
Pra-pesanan (18 Sep hingga 26 Sep) untuk mendapat hadiah percuma bernilai RM1,346: rebat RM100, realme Buds T200, realme Ice Tumbler, jaminan lanjutan 1 tahun, jaminan retak skrin 1 tahun |
-Tamat-
Tentang realme:
realme ialah jenama teknologi pengguna global yang merevolusikan pasaran telefon pintar dengan menawarkan teknologi canggih pada harga mampu milik. Ia menawarkan pelbagai variasi telefon pintar dan peranti teknologi gaya hidup dengan spesifikasi premium, kualiti tinggi serta reka bentuk terkini buat golongan muda.
Ditubuhkan oleh Sky Li pada 2018, realme telah menjadi salah satu daripada lima jenama telefon pintar terunggul dalam 30 pasaran global dalam masa hanya tiga tahun. realme telah memasuki pelbagai pasaran di seluruh dunia, termasuk China, Asia Tenggara, Asia Selatan, Eropah, Timur Tengah, Amerika Latin dan Afrika, dengan pangkalan pengguna global melebihi 200 juta. Tahun 2024 merupakan tahun penjenamaan semula bagi realme dengan slogan baharu, "Make it real." Di bawah semangat jenama baharu ini, realme akan lebih menumpukan perhatian kepada pengguna muda berbanding sebelumnya serta membawa manfaat yang nyata, jelas dan ketara ke dalam kehidupan mereka.
Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.realme.com/my/.