GUANGZHOU, China, 19 September 2025 /PRNewswire/ -- Kempen promosi global untuk Pameran Import dan Eksport China ke-138 ("Pameran Canton"), berakhir dengan jayanya selepas beberapa siri jerayawara yang diadakan mulai Julai hingga September di 10 negara, termasuk Jepun, Kazakhstan, Mongolia, Uzbekistan, Thailand, Bangladesh, Australia, Malaysia, Turkiye dan United Kingdom. Acara-acara ini menonjolkan komitmen berterusan Pameran ini untuk memupuk kerjasama perdagangan antarabangsa dan diiktiraf oleh komuniti perniagaan tempatan.
Bertempat di jerayawara di Turkiye dan UK, Zhang Sihong, Timbalan Ketua Pengarah China Foreign Trade Centre (CFTC) menekankan prinsip panduan Pameran ini iaitu "Pameran Canton, Perkongsian Global". Zhang menggalakkan pembeli untuk memanfaatkan alatan digital Pameran Canton, termasuk aplikasi rasminya bagi merancang jadual perjalanan kehadiran dan berhubung dengan lebih cekap bersama rantaian bekalan China yang meluas.
Berucap di Australia dan Malaysia, Su Bin, Timbalan Ketua Pengarah CFTC menekankan kesalinglengkapan ekonomi Cina dan Australia serta perkongsian yang sudah berakar umbi antara China dan Malaysia. Su turut mengundang pembeli untuk memanfaatkan sepenuhnya Pameran Canton sebagai platform untuk merebut peluang perniagaan baharu dalam tempoh momentum perdagangan dua hala yang kukuh.
Sementara itu, di acara-acara yang diadakan di Jepun dan Mongolia, Ma Fengmin, Timbalan Ketua Pengarah CFTC menekankan sumbangan sejak sekian lama oleh pembeli Jepun kepada Pameran ini dan penyertaan syarikat-syarikat Mongolia yang semakin meningkat. Ma menyatakan bahawa edisi akan datang bakal membawakan peserta pameran yang berkualiti tinggi, aktiviti sokongan terpelbagai dan perkhidmatan yang lebih mudah untuk pembeli antarabangsa.
Di Kazakhstan dan Uzbekistan, Liu Xiaomin, Pengarah Pameran CFTC Group menekankan mengenai peranan Pameran ini sebagai hab penyumberan dipercayai yang menawarkan produk-produk berkualiti. Liu memetik status rakan dagangan teratas China dengan Kazakhstan dan permintaan Uzbekistan yang kukuh sebagai bukti pengaruh serantau Pameran ini. Di Thailand dan Bangladesh pula, Xu Jiansheng, Pengarah Operasi CFTC Group mengetengahkan mengenai penjajaran Pameran ini dengan keperluan tempatan yang berfungsi sebagai jambatan emas untuk meluaskan kerjasama dalam sektor tekstil, jentera dan juga peralatan rumah.
Di samping acara-acara promosi, CFTC menjalankan penyelidikan pasaran yang mendalam dengan mengunjungi peruncit-peruncit terkemuka seperti Don Quijote di Jepun, Coles di Australia, Lotus's di Malaysia dan Currys di UK. Di Kazakhstan, CFTC menandatangani satu perjanjian perkongsian global dengan National Chamber of Entrepreneurs "Atameken" cawangan Almaty.
Bermula pada 15 Oktober di Guangzhou, Pameran Canton kali ke-138 menjanjikan struktur pameran yang lebih dipertingkat, produk berkualiti lebih tinggi, acara yang lebih pelbagai dan perkhidmatan yang difikirkan dengan teliti.
Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi https://www.cantonfair.org.cn/en-US.