SHENZHEN, China, 19 September 2025 /PRNewswire/ -- Ekspo Tenaga Digital Antarabangsa (IDEE) kali ke-3 bermula secara rasminya di Shenzhen pada hari ini yang menghimpunkan pemimpin industri, wakil daripada organisasi dan kumpulan pemikir, pakar industri, pelanggan serta rakan kongsi dari seluruh dunia. Sepanjang berlangsungnya acara ini, para peserta akan terlibat dalam sesi perbincangan mengenai arah aliran industri termaju, aplikasi teknologi baharu dan amalan perniagaan penanda aras, serta saling bekerjasama untuk memajukan pembangunan industri tenaga digital yang berkualiti tinggi. Di upacara pembukaan, En. Zhou Jianjun, Naib Presiden Huawei dan Presiden Pemasaran Global, Jualan dan Perkhidmatan Huawei Digital Power menyampaikan ucapan yang bertajuk "Teknologi Pembentukan Grid Semua-Senario, Mempercepat Angin dan Solar sebagai Kuasa Utama." Beliau menyatakan bahawa keneutralan karbon telahpun beralih daripada konsensus kepada tindakan, sementara peningkatan pesat dalam kadar penembusan angin dan PV melemahkan grid kuasa dan memperkenalkan dua cabaran penting kepada sistem kuasa: proposisi tinggi tenaga boleh baharu dan juga peralatan elektronik kuasa. Dengan memanfaatkan inovasi dan kepakaran teknologi yang berterusan, Huawei meningkatkan keupayaan pembentukan gridnya merentas pelbagai senario untuk memudahkan pembinaan sistem kuasa baharu yang stabil. Usaha ini bertujuan untuk mempercepat angin dan solar sebagai kuasa utama, seterusnya memulakan era baharu bagi pembentukan grid semua-senario.

Zhou Jianjun, Vice President of Huawei and President of Global Marketing, Sales and Services of Huawei Digital Power, delivered a keynote speech
Sebagai penyedia dan pendaya teknologi, Huawei menghabiskan masa selama lebih sedekad memajukan penyelidikan dalam teknologi pembentukan grid. Dengan menyokong peralihan daripada pengikutan grid dan sokongan grid kepada pembentukan grid, Huawei kekal berada di barisan hadapan dalam pembangunan industri ini. Dengan mengintegrasikan perkakasan asas yang dibangunkan sendiri (peranti kuasa yang mempunyai kapasiti beban lampau dan keandalan tinggi; peranti kawalan digital yang membawakan kecerdasan tinggi dan kuasa pengkomputeran tinggi), seni bina (seni bina rentetan yang sangat tersedia dan seni bina kuasa dua peringkat yang amat selamat) serta algoritma (algoritma pembentukan grid pintar), Huawei membina enam keupayaan pembentukan grid utama untuk penjanaan, penghantaran, pengagihan dan penggunaan kuasa bagi menggalakkan evolusi daripada pembentukan grid ESS kepada pembentukan grid PV+ESS. Keupayaan ini merangkum hal yang berikut: tahap litar pintas, sokongan inersia maya, peredam ayunan jalur lebar, tindak balas frekuensi primer yang pantas, permulaan gelap tahap minit dan peralihan pada/luar grid yang lancar.
Teknologi pembentukan grid digunakan secara meluas dan dipasang atur secara komersial di peringkat global, seterusnya menetapkan penanda aras untuk peralihan hijau global. Di Timur Tengah, berhampiran pantai Laut Merah, teknologi pembentukan grid Huawei membantu pelanggan mewujudkan mikrogrid terbesar di dunia yang dikuasakan oleh 100% tenaga boleh baharu. Beroperasi secara andal selama dua tahun, mikrogrid ini mampu bertahan dengan litar pintas yang disebabkan oleh cuaca buruk, lalu memastikan bekalan kuasa yang andal. Dalam projek PV 30 MW+ESS 6 MW/24 MWj di Xizang, China, Huawei membantu pelanggan memasang atur penyelesaian ESS pembentukan grid dalam persekitaran grid altitud tinggi, sangat sejuk dan lemah. Penyelesaian ini meningkatkan output PV daripada 1.5 MW kepada 12 MW. Dibandingkan dengan penyelesaian lain yang terdapat dalam industri ini, penyelesaian Huawei mengintegrasikan 75% lebih banyak tenaga, lalu meningkatkan hasil projek dengan ketara. Projek PV+ESS berintegrasi yang terbesar di dunia ini sudahpun bermula di Filipina, lalu mewujudkan suasana untuk merapatkan jurang tenaga. Ia termasuk sistem PV 3.5 GW dan ESS pembentukan grid 4.5 GWj. Dengan memanfaatkan kawalan terselaras PV+ESS paras GW Huawei dan teknologi permulaan gelap peringkat loji, projek ini dapat memberikan output kuasa yang berterusan selama 13 jam sehari.
Huawei komited untuk menerajui inovasi teknologi digital dan pintar dalam industri ini. Ia mencipta sinergi pautan penuh "peranti-pinggir-awan" yang pertama dalam industri ini untuk kecerdasan PV+ESS. Ini mengupayakan pengurusan pintar kitaran hayat penuh bagi loji kuasa, merealisasikan O&M yang kurang terjaga atau tidak dijaga dan memaksimumkan hasil daripada perdagangan kuasa. Melalui integrasi AI yang mendalam dalam seluruh proses perancangan, pembinaan, penyelenggaraan dan operasi, ralat pelaksanaan dan reka bentuk pembinaan kejuruteraan dikurangkan sebanyak 40%, kecekapan O&M dipertingkat sebanyak 50% dan hasil operasi meningkat sebanyak lebih daripada 10%. Ini membantu pelanggan membina loji tenaga boleh baharu yang selamat, cekap dan pintar, seterusnya mendorong industri ini ke arah era automasi baharu.
Kualiti yang tinggi amat penting untuk kemampanan industri. Huawei Digital Power sentiasa mengutamakan kualiti dan berusaha untuk mencapai kejayaan melalui kecemerlangan. Dengan keupayaan yang sistematik, didorong oleh proses dan strategi kualiti hujung ke hujung, Huawei menggabungkan standard kualiti tinggi dalam seluruh kitaran hayat produk, bermula daripada definisi permintaan dan pengurusan bahan hinggalah pengeluaran dan penghantaran, seterusnya tekal mencipta nilai yang lebih besar buat pelanggan.
Huawei Digital Power akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa industri, pengendali grid kuasa, persatuan industri dan pertubuhan piawaian untuk meningkatkan standard industri, mengoptimumkan mekanisme pasaran kuasa dan menggalakkan pembangunan industri berskala besar, terpiawai dan berkualiti tinggi, seterusnya mempercepat angin dan solar sebagai kuasa utama.