omniture

HUAWEI: Bina Bersama Pusat Data Berkualiti Tinggi dan Andal untuk Era AI

Huawei Digital Power
2025-09-20 09:53 42

SHANGHAI, 20 September 2025 /PRNewswire/ -- Huawei Connect 2025 sudahpun bermula di Shanghai. Pada masa yang sama, Huawei Digital Power mengadakan Sidang Kemuncak Infrastruktur Pusat Data yang melaluinya lebih 500 pemimpin perniagaan, pakar teknikal dan rakan kongsi ekosistem daripada industri pusat data global berhimpun untuk meneroka teknologi dan amalan baharu daripada infrastruktur digital hijau dan rendah karbon dalam era kecerdasan industri. Huawei Digital Power turut memaparkan penyelesaian kuasa digital semua-senario hijau dan rendah karbon serta kisah kejayaannya dan bekerjasama dengan industri untuk membina pusat data yang berkualiti tinggi, terjamin dan andal dalam era AI.

Vice President of Huawei Digital Power, Bob He
Vice President of Huawei Digital Power, Bob He

Dalam ucapannya, Bob He, Naib Presiden Huawei Digital Power, menekankan bahawa AI DC memacu infrastruktur ke arah "kilang pengkomputeran" di tengah-tengah pertumbuhan pesat kuasa pengkomputeran AI. Penghantaran kuasa yang cekap dan andal bermula daripada grid hinggalah cip memerlukan pautan penukaran dipermudah dan memacu inovasi dalam seni bina bekalan kuasa. Pengurusan terma boleh mendapat manfaat daripada seni bina hibrid dengan nisbah udara-cecair boleh laras agar bersesuaian dengan keperluan perkhidmatan AI yang dinamik. Bagi memenuhi tuntutan daripada era AI, infrastruktur masa depan haruslah dibina dengan mengambil kira kesediaan AI, mengubah ketidakbolehramalan kejuruteraan pusat data tradisional kepada penyelesaian AI DC terproduksi dan pasang siap. Huawei akan memperhebat pelaburan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam bekalan kuasa, pengurusan terma dan infrastruktur. Selain itu, Huawei menyediakan produk dan penyelesaian berkualiti tinggi untuk meningkatkan pembinaan AI DC yang andal, tangkas dan mampan, serta bekerjasama dengan industri ini untuk berkembang maju dalam era kegemilangan pengkomputeran pintar.

Steve Kim, Presiden Kemudahan Pusat Data & Pemasaran Kuasa Kritikal, Jualan dan Perkhidmatan, Huawei Digital Power, berkata di sidang kemuncak ini bahawa model asas AI mempercepat transformasi pintar industri-industri dan mendorong ledakan kluster skala GW global. Skala AI DC baharu dijangka mencapai 112 GW dalam tempoh lima tahun akan datang seperti yang diramalkan oleh organisasi-organisasi yang berwibawa. Sebagai respons kepada cabaran dari segi keselamatan, penghantaran, evolusi IT dan penggunaan tenaga dalam era pengkomputeran pintar, Huawei mencadangkan garis panduan pembinaan AI DC RAS.

Berdasarkan inovasi yang berterusan dalam teknologi dan seni bina, Huawei menyediakan penyelesaian AI DC komprehensif yang membawakan reka bentuk rujukan semua-senario, produk & penyelesaian yang sangat andal, ekosistem global serta perkhidmatan kitaran hayat penuh bagi membina infrastruktur pengkomputeran pintar yang andal, tangkas dan mampan serta memperkasakan pelanggan untuk merebut peluang yang amat besar dalam era AI.

Semasa berlangsungnya acara ini, Huawei mengeluarkan Kertas Putih Reka Bentuk Rujukan Kemudahan AIDC yang memberikan panduan sistematik untuk reka bentuk dan pembinaan AI DC terpiawai. Kertas Putih ini menyediakan analisis mendalam terhadap cabaran yang dihadapi oleh kabinet berketumpatan tinggi dalam AI DC dari segi penyejukan, bekalan dan pengagihan kuasa, ketinggian lantai, dan kapasiti galas beban dan menawarkan cadangan reka bentuk dalam empat dimensi utama iaitu struktur seni bina, bekalan dan pengagihan kuasa, penyejukan dan perkabelan bersepadu bagi menyediakan penyelesaian reka bentuk rujukan berbilang untuk AI DC mengikut ketumpatan kuasa yang berbeza.

Huawei released the AIDC Facility Reference Design White Paper
Huawei released the AIDC Facility Reference Design White Paper

Di acara ini, Digital Power mendemonstrasikan penyelesaian hijau dan rendah karbon yang inovatif dengan tumpuan pada penggunaan kuasa yang cekap, elektrifikasi dan penjanaan kuasa rendah karbon.

Menerusi peningkatan yang berterusan dalam infrastruktur pengkomputeran dan kemajuan yang pesat dalam teknologi penaakulan mendalam model dan pelakuran berbilang model, senario aplikasi dan nilai AI beralih daripada pertumbuhan kuantitatif kepada transformasi kualitatif. Dengan terus-menerus melabur dalam inovasi dan mengintegrasikan teknologi digital dan elektronik kuasa, Huawei Digital Power bermatlamat untuk membina asas yang teguh untuk pengkomputeran pintar yang dapat mengupayakan lebih banyak kuasa pengkomputeran daripada setiap watt serta memupuk kolaborasi dalam seluruh industri bagi membina masa depan yang lebih baik dan lebih hijau.

Source: Huawei Digital Power
Keywords: Computer/Electronics Electrical Utilities Oil/Energy Utilities Data Analytics