omniture

Huawei Cloud: Perkasa Pelanggan untuk Berjaya di Pasaran Global Melalui Inovasi Berterusan

HUAWEI CLOUD
2025-09-21 04:48 33

SHANGHAI, 21 September 2025 /PRNewswire/ -- Bertempat di HUAWEI CONNECT 2025, Charles Yang, Naib Presiden Kanan Huawei dan Presiden Huawei Cloud Global Marketing and Sales Service, menyampaikan ucaptama. Beliau berkongsi teknologi dan amalan inovatif daripada Huawei Cloud selain memberi pencerahan mengenai sejauh mana teknologi dan amalan ini dapat membantu pelanggan global mencapai kejayaan perniagaan melalui transformasi digital dan pintar. Beliau berkata Huawei Cloud akan terus berinovasi dalam teknologi dan membina sistem sokongan komprehensif yang membawakan "satu infrastruktur awan global dan dua enjin - data dan AI" untuk memperkasakan pelanggan dan rakan kongsi global mencapai pertumbuhan.

Charles Yang, Senior Vice President of Huawei and President of Huawei Cloud Global Marketing and Sales Service
Charles Yang, Senior Vice President of Huawei and President of Huawei Cloud Global Marketing and Sales Service

Dalam era kecerdasan digital, perusahaan berdepan dengan cabaran yang kompleks. Charles Yang memperkenalkan empat keupayaan teras daripada Huawei Cloud yang dapat membantu perusahaan berkembang. Keupayaan pertama ialah KooVerse, infrastruktur awan global yang menawarkan perkhidmatan awan anjal kepada pelanggan. Kedua ialah perkhidmatan pengupayaan data yang membekalkan data dan menyerlahkan nilai data dengan cekap. Ketiga ialah platform pembangunan AI sehenti yang membantu perusahaan membina aplikasi natif-AI dengan lebih mudah. Akhir sekali, Huawei Cloud menghimpunkan amalan terbaik dalam transformasi pintar global dan menyediakannya melalui perkhidmatan awan.

KooVerse: Mempercepat pertumbuhan perniagaan global

Bagi memenuhi keperluan perusahaan tatkala mereka berkembang ke pasaran global, Huawei Cloud menawarkan KooVerse, infrastruktur awan global yang menyediakan perusahaan di seluruh dunia dengan akses kepada sumber terdekat Huawei Cloud. Ini bererti perusahaan boleh menikmati perkhidmatan yang anjal, terjamin dan stabil, kesemuanya sambil mempercepat pertumbuhan perniagaan global mereka.

DeFacto, peruncit fesyen segera yang terkemuka di Türkiye, menyediakan perkhidmatan e-dagang di lebih 100 negara dan menghadapi cabaran trafik yang melonjak sebanyak lebih daripada 10 kali ganda semasa musim promosi. Perkhidmatan kontainer Huawei Cloud yang berupaya mengembangkan kapasiti automatik sebanyak 4,000 pod dalam masa 30 saat, berjaya menangani isu ini. Di samping itu, dengan adanya Huawei Cloud KooVerse, DeFacto menikmati kependaman respons selama kurang daripada 25 ms secara setempat dan 50 ms di Mesir, lalu meningkatkan kepuasan pengguna dan penukaran pesanan dengan ketara. Sejak tahun 2023, perkhidmatan DeFacto berjalan dengan stabil pada Huawei Cloud selama 659 hari yang menjadi bukti komitmen Huawei Cloud terhadap keselamatan, kestabilan dan kualiti.

Pengupayaan data: Cerapan data pantas mendorong keputusan termaklum lebih baik

Huawei Cloud menyediakan perkhidmatan pengupayaan data yang membantu perusahaan melombong nilai data dan mentransformasikan kelemahan kelewatan data mereka kepada kelebihan membuat keputusan awal. Cerapan data yang terhasil membantu perusahaan meningkatkan jualan dan keberuntungan.

Neogrid, sebuah syarikat perisikan data dan teknologi yang terkemuka di Brazil, memproses sejumlah besar data yang dikumpul daripada 2 juta produk aktif dan 500,000 transaksi masa nyata yang dijalankan pada mesin POS setiap hari. Sebelum ini, data sedemikian tersebar di seluruh platform-platform yang berbeza, lalu melambatkan proses membuat keputusan. Kini, Neogrid menggunakan Huawei Cloud DWS untuk mengintegrasikan data dengan lancar daripada pelbagai platform, lalu meningkatkan kecekapan integrasi data sebanyak 40% dan kecekapan analisis sebanyak 50%. Ini memberi keupayaan kepada pelanggan Neogrid untuk mendapatkan data pada hari berkenaan sebelum tamat kerja dan seterusnya membolehkan keputusan dibuat lebih awal.

Platform pembangunan aplikasi AI sehenti: Mempercepat aplikasi natif-AI

Huawei Cloud meneliti secara mendalam senario teras industri-industri untuk memahami keperluan pelanggan dengan lebih baik. Huawei Cloud menyediakan penyelesaian AI sehenti untuk perusahaan melalui inovasi tindanan penuh yang mencakupi komput, model asas dan rantai alatan bagi membantu perusahaan membina model mereka sendiri dan aplikasi AI khusus industri.

Wanhua Chemical, peneraju bertaraf global dalam industri kimia, menyelenggara lebih 30,000 peranti kendalian di kampus Yantai di Shandong, China. Secara tradisinya, peranti ini menanggung kos penyelenggaraan yang amat besar setiap tahun. Walau bagaimanapun, dengan menggunakan Model Ramalan Pangu daripada Huawei Cloud, Wanhua Chemical berupaya melaksanakan penyelenggaraan prediktif ke atas lebih 2,000 peranti utama, dengan ketepatan ramalan melebihi 90%. Syarikat ini turut menggunakan Model Inferens Pangu untuk membina sistem diagnosis kerosakan dan mencapai pengurangan sebanyak 20% bagi tempoh pemeriksaan manual. Tambahan pula, Wanhua Chemical membina ejen semakan dokumen tatacara pengendalian piawai (SOP) pada platform pembangunan ejen Versatile Huawei Cloud dan ejen ini meningkatkan kecekapan semakan sebanyak lebih 50%. Keupayaan AI daripada Huawei Cloud dilaksanakan dalam lebih 500 senario merentas lebih 30 industri, lalu mengupayakan perusahaan melonjak ke hadapan dalam transformasi pintar.

Mencipta bersama amalan terbaik transformasi: Mengupayakan pembangunan global perusahaan yang berkualiti tinggi

Huawei Cloud mengubah pengalamannya dalam transformasi digital dan pintar kepada seni bina rujukan boleh ulang untuk peralihan pintar industri-industri dan menyediakannya kepada pelanggan melalui perkhidmatan awan, seterusnya mengupayakan pembangunan perusahaan yang berkualiti tinggi.

Changan Automobile memanfaatkan CodeArts Huawei Cloud untuk mentransformasikan penyelidikan dan pembangunan (R&D) daripada metodologi gaya air terjun kepada sesuatu yang berasaskan platform disatukan, seterusnya meningkatkan kecekapan R&D sebanyak 30%. Huawei turut menyokong Changan Automobile dengan bekerjasama bersama rakan kongsi seperti China Unicom untuk membina "Satu Awan, Satu Rangkaian, Satu Platform", lantas memacu pembuatan fleksibel dengan data. Dalam platform ini, 5G dan IoT digunakan untuk menyambungkan 12,000 peranti bagi membantu Changan Automobile untuk saling menghubungkan data daripada semua domain. Di samping itu, berdasarkan keupayaan perkhidmatan data Huawei Cloud yang komprehensif, Changan Automobile membina platform data disatukan, seterusnya mengurangkan masa pendulu penghantaran untuk pesanan daripada 21 hari kepada hanya 15 hari.

Charles Yang menonjolkan keupayaan Huawei Cloud yang sistematik dan hujung-ke-hujung yang mencakupi asas awan, rantai alatan pengupayaan teknologi dan pengalaman, serta perkhidmatan perundingan dan profesional yang disesuaikan, selain alatan dan platform automasi. Tawaran ini mempercepat transformasi digital dan pintar perusahaan dengan pantas. Huawei Cloud bersedia untuk menawarkan teknologi, pengalaman dan perkhidmatannya kepada perusahaan di seluruh dunia, saling bekerjasama dengan mereka untuk membina asas awan kukuh yang memperkasakan setiap langkah dalam transformasi mereka dan memulakan perjalanan yang bersejarah menuju era pintar.

Source: HUAWEI CLOUD
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Trade show news Artificial Intelligence Cloud Computing / Internet of Things