HONG KONG, 21 September 2025 /PRNewswire/ -- 21C Lab, cabang inovasi termaju daripada CATL yang dikhususkan untuk teknologi bateri generasi akan datang, serta Springer Nature, penerbit bagi pembangunan saintifik yang terkemuka di dunia, dengan bangganya mengumumkan pelancaran Watt, jurnal antarabangsa baharu yang memfokuskan pada penyelidikan keneutralan tenaga dan karbon.
Jurnal ini yang dijangka akan memperkenalkan buat julung kalinya terbitan pertamanya pada Februari 2026, bertujuan untuk mempercepat peralihan tenaga lestari dengan menyokong sains rintis dan dalam masa yang sama mengutamakan kebolehskalaan, kebolehulangan dan impak dunia sebenar.
Watt merangkumkan penyelidikan termaju bagi mendorong peralihan sifar bersih—menjangkau storan tenaga, teknologi penukaran, pengoptimuman grid, penangkapan karbon dan analisis dasar. Direka untuk menyatukan dunia akademik dan industri, jurnal ini memupuk sains yang ketat dengan keterterapan praktikal. Dwikomitmen ini memberi tempat kepada Watt sebagai jurnal perintis; iaitu jurnal yang mengiktiraf permintaan yang semakin meningkat terhadap idea-idea berani yang disahkan dengan bukti yang sama kukuh dan laluan yang jelas terhadap pelaksanaan.
Watt dipandu oleh dewan editorial bertaraf dunia yang terdiri daripada para saintis terkemuka dalam bidang penyelidikan dan penerbitan tenaga bagi memastikan standard akademik tertinggi. Pasukan yang unggul ini melibatkan:
Standard editorial Watt berpaksikan kerangka "Five Highs" ("Lima Tahap Tinggi") yang inovatif bagi memastikan kecemerlangan dan impak:
Jurnal ini kini dibuka untuk penyerahan (https://submission.springernature.com/new-submission/44503/3) dan mengundang dengan penuh mesra komuniti akademik global untuk menyumbang dengan cara yang berikut: mengemukakan penyelidikan rintis; turut serta sebagai penyemak untuk membantu mewujudkan standard akademik yang ketat; dan mengendors Watt dengan berkongsi jurnal ini dalam rangkaian industri.
Watt bermatlamat untuk mentakrifkan semula peranan jurnal saintifik dengan berperanan sebagai jambatan antara sains transformatif dan teknologi boleh skala, memupuk inovasi yang penting untuk mencapai masa depan yang lestari dan sifar bersih. Selain penyelidikan penerbitan, ia menyediakan sebuah platform bagi tujuan kolaborasi dan pertukaran ilmu pengetahuan bagi memajukan peralihan tenaga global.