omniture

VT Markets lancar filem jenama paparkan nilai bersama dengan NUFC bagi menandakan permulaan tahun kedua perkongsian

VT Markets
2025-09-22 12:30 56

SYDNEY, 22 September 2025 /PRNewswire/ -- VT Markets, broker berbilang aset yang terkemuka, meraikan kejayaan perkongsiannya yang berterusan dengan Newcastle United serta menandakan permulaan musim bola sepak baharu dengan keluaran filem jenamanya yang terkini.

 
Together, Into Tomorrow - VT Markets x Newcastle United

Filem ini menonjolkan evolusi perkongsian VT Markets bersama Newcastle United tatkala ia memasuki tahun keduanya dengan memaparkan nilai-nilai bersama yang merupakan kualiti penting untuk kejayaan di atas padang dan dalam dunia perdagangan.

Berjudul 'Together, Into Tomorrow', filem jenama ini memperkukuh kekuatan perkongsian VT Markets dan Newcastle United, serta memaparkan sejauh mana nilai-nilai teras ini memacu kejayaan dalam pasaran bola sepak dan juga kewangan. Kolaborasi ini sudahpun meluaskan jangkauan kedua-dua jenama ini, meningkatkan keterlibatan dan berhubung dengan khalayak baharu, seterusnya memberikan impak yang berkekalan.

Dandelyn Koh, Ketua Jenama & PR Global di VT Markets, menyatakan, "Tatkala kami meraikan kejayaan memasuki tahun kedua bagi perkongsian kami dengan Newcastle United, filem jenama baharu ini merangkumkan dengan sempurna nilai-nilai teras yang memacu kedua-dua jenama kami: kelajuan, ketepatan dan strategi. Di VT Markets, kami memfokuskan untuk memperkasakan pelanggan kami dengan sumber dan ilmu pengetahuan untuk membuat keputusan yang yakin dan termaklum dalam dunia perdagangan yang bergerak pantas - sama seperti yang dilakukan oleh pemain-pemain NUFC di atas padang. Pencapaian ini hanyalah permulaan dan kami tidak sabar menanti apa yang akan berlaku pada masa depan untuk perkongsian yang hebat ini."

Naratif filem ini memaparkan persamaan antara bola sepak dan perdagangan, menggambarkan bagaimana pemikiran strategik yang pantas penting dalam kedua-dua bidang. Cerapan dan sumber daripada VT Markets, sama seperti gerak hati pemain, memperkasakan pedagang untuk kekal berada di hadapan dalam persekitaran pasaran yang bergerak pantas dan sentiasa berubah-ubah.

Tatkala perkongsian ini memasuki tahun keduanya, VT Markets tetap komited untuk memperkasakan pelanggannya dengan alatan, ilmu pengetahuan dan cerapan yang diperlukan demi mencapai kejayaan dalam dunia perdagangan yang dinamik.

Filem jenama penuh - 'Together, Into Tomorrow' boleh diakses di sini.

Source: VT Markets
Keywords: Banking/Financial Service Broadcast Technology Computer/Electronics Sports Broadcast feed announcements Licensing/marketing agreements