omniture

AIMA Technology dan New Asia Enter berpangkalan di Pakistan Meterai Perkongsian Strategik Tinjau Bersama Peluang Lautan Biru Baharu dalam Mobiliti Hijau

AIMA Technology
2025-09-22 21:37 6

BEIJING, 22 September 2025 /PRNewswire/ -- Persidangan Pelaburan B2B Pakistan-China kali ke-2 diadakan secara besar-besaran di Beijing pada 4 September. Perdana Menteri Pakistan Muhammad Shehbaz Sharif menghadiri Upacara Pembukaan dan menyampaikan ucaptama. Wakil-wakil kerajaan dari China dan juga Pakistan, di samping beratus-ratus wakil perusahaan mengambil bahagian dalam acara ini. Semasa berlangsungnya persidangan ini, AIMA Technology Group dan New Asia Vehicles Pvt Ltd (selepas ini dirujuk sebagai "New Asia"), sebuah syarikat Pakistan yang terkenal, menandatangani memorandum persefahaman untuk kerjasama strategik yang menyaksikan satu pencapaian penting dalam usaha bersama mereka untuk membangunkan pasaran mobiliti hijau Pakistan. AIMA akan mematuhi dasar tempatan dan memenuhi keperluan pengguna secara proaktif, membangunkan produk kenderaan dua roda elektrik yang disesuaikan untuk pasaran Pakistan serta menyokong New Asia dalam membina keupayaan pembuatan secara beransur-ansur di kawasan berkenaan.


Gao Hui, Presiden Bahagian Perniagaan Antarabangsa di AIMA menyatakan semasa majlis menandatangani perjanjian: "Pasaran kenderaan dua roda elektrik Pakistan mempunyai potensi yang sangat besar dan berada pada tahap yang kritikal dalam pembangunan yang pesat. Terdapat kumpulan pengguna yang besar dan sebahagian besarnya muda di sini, lantas menunjukkan permintaan yang kukuh terhadap penyelesaian mobiliti hijau dan pintar. Kami benar-benar mementingkan pasaran baru muncul ini dan berharap dapat menyediakan pengguna Pakistan dengan penyelesaian mobiliti yang lebih mesra alam dan pintar melalui kerjasama yang erat bersama New Asia."

AIMA menggiatkan pembangunan rangkaian jualannya di seluruh Pakistan. Kedai andalan pertama sudahpun dibuka di Lahore, dengan beberapa model utama diperkenalkan ke pasaran Pakistan dalam separuh kedua tahun ini.

Sebagai sebuah perusahaan yang terkemuka dalam industri kenderaan dua roda elektrik global, AIMA terus menggiatkan strategi globalnya. Pada masa ini, pejabat-pejabat telahpun ditubuhkan di banyak negara dan wilayah, selain turut bekerjasama dengan pengedar-pengedar luar negara untuk membina sistem saluran yang cekap dan mencapai liputan pasaran berketumpatan tinggi di seluruh rantau Asia-Pasifik. Kilang pemasangan di Vietnam beroperasi hampir pada kapasiti penuh dan rangkaian logistik tempatan mencapai pasaran ASEAN dengan efektif. Setakat April 2025, produk-produk dieksport ke lebih 60 negara dan wilayah di seluruh dunia, 11 pangkalan pengeluaran utama (termasuk kilang-kilang luar negara di Indonesia dan Vietnam) sudahpun dirancang dan jualan kumulatif melebihi 90 juta unit. Syarikat ini turut diiktiraf oleh Frost & Sullivan sebagai "Jenama Kenderaan Dua Roda Elektrik Terkemuka Global."

Kerjasama strategik ini bukan sahaja merupakan satu pencapaian penting dalam perjalanan pengantarabangsaan jenama AIMA tetapi turut menyuntik momentum baharu ke dalam kolaborasi industri di bawah kerangka Koridor Ekonomi China-Pakistan, seterusnya membuka lembaran baharu dalam kerjasama mobiliti hijau antara kedua-dua negara.


 

Source: AIMA Technology
Related Stocks:
Shanghai:603529
Keywords: Auto Environmental Products & Services Green Technology Transportation Contracts