![]() |
SHANGHAI, 23 September 2025 /PRNewswire/ -- Presiden Pakistan Asif Ali Zardari mengunjungi ibu pejabat Shanghai Electric (SEHK: 2727, SSE: 601727) pada 15 September yang menyaksikan satu pencapaian baharu dalam kolaborasi tenaga China-Pakistan untuk Shanghai Electric. Lawatan peringkat tinggi ini, berserta kejayaan pemuktamadan "Program Elit Operasi Berkualiti Tinggi Projek Thar" kedua, menonjolkan komitmen syarikat yang tidak berbelah bahagi untuk memajukan Koridor Ekonomi China-Pakistan (CPEC), mempererat perkongsian tenaga serantau dan memupuk pembangunan bakat setempat.
"Sebagai peneraju global bagi penyelesaian sistem hijau dan pintar gred perindustrian, Shanghai Electric melihat Pakistan sebagai batu asas yang strategik dalam pelan hala tuju globalnya. Dengan memanfaatkan keupayaan teguh kami dalam pembuatan peralatan tenaga dan kepakaran pengurusan projek yang meluas, kami akan terlibat secara aktif dalam pembangunan infrastruktur tenaga Pakistan, menyokong sepenuhnya kemajuan sektor tenaga negara dan bersama-sama memacu pertumbuhan ekonomi yang mampan di Pakistan," ujar Wu Lei, Pengerusi Shanghai Electric.
Presiden Zardari memberi pujian tinggi terhadap sumbangan cemerlang Shanghai Electric kepada peralihan tenaga dan kebajikan awam Pakistan. Beliau menyatakan bahawa projek lombong arang batu dan janakuasa bersepadu Thar Block-I ("Projek Thar"), sebuah inisiatif andalan di bawah CPEC, bukan sahaja meringankan masalah kekurangan bekalan elektrik di Pakistan dengan ketara, namun turut menjimatkan nilai sebanyak berbilion-bilion dalam pertukaran asing melalui operasi setempat, sekali gus menambah baik mata pencarian tempatan dengan aktif. Presiden Zardari mengalu-alukan dengan penuh mesra Shanghai Electric dan perusahaan-perusahaan Cina yang lain untuk mengembangkan pelaburan di Pakistan, berjanji bahawa kerajaan Pakistan akan terus memperhalusi dasar pelaburan, mengoptimumkan persekitaran perniagaan dan menangani kebimbangan rakan kongsi Cina.
Projek Thar merupakan projek Bina-Kendali-Milik (BOO) pertama Shanghai Electric yang dibangunkan, dibina dan dikendalikan dengan jumlah pelaburan sebanyak lebih AS$3 bilion. Kedua-dua unit superkritikal berparameter tinggi 660MW dengan rasminya mula beroperasi secara komersial pada awal tahun 2023. Dengan jumlah kapasiti sebanyak 1320 MW, ia disokong oleh lombong arang batu terbuka yang menghasilkan 7.8 juta tan lignit (arang batu perang) setiap tahun, seterusnya menyediakan 9 bilion kilowatt-jam tenaga elektrik bersih kepada hampir 4 juta isi rumah.
Shanghai Electric juga melanjutkan usaha secara lebih luas untuk memupuk bakat tempatan dan menyumbang kepada pembangunan sektor tenaga Pakistan yang mampan.
Mulai 10 hingga 19 September, Shanghai Electric menganjurkan sesi kedua Program Elit Operasi Berkualiti Tinggi Projek Thar yang menyediakan pekerja Pakistan dengan latihan komprehensif melibatkan kemahiran teknikal, pengurusan perniagaan dan pertukaran budaya. Komited untuk menggalakkan pemindahan teknologi dan pembangunan bakat setempat, program ini kini merupakan inisiatif tahunan yang bertujuan untuk membina saluran bakat untuk operasi jangka panjang dan berkualiti tinggi Projek Thar.
Pada tahun ini, jadual perjalanan terkurasi menggabungkan imersi industri dan juga penjelajahan budaya. Para peserta turut melawat kemudahan pembuatan Shanghai Electric, syarikat penjanaan kuasa tempatan dan institusi akademik yang terkemuka di Shanghai.
Berdasarkan rekod prestasinya yang terbukti di Pakistan, Shanghai Electric mewujudkan kerangka boleh ulang untuk kolaborasi tenaga yang menggabungkan keupayaan kontrak EPC untuk projek mega, penyelesaian teknologi yang disesuaikan dengan endowmen sumber tempatan dan model mampan bagi "operasi-pembinaan bersepadu" yang digandingkan dengan pembangunan bakat setempat.
Amalan-amalan ini, yang digambarkan melalui inisiatif-inisiatif seperti Projek Thar dapat menawarkan rangka tindakan yang andal untuk mengimbangi pertumbuhan infrastruktur dengan pemerkasaan sosioekonomi, terutamanya di Asia Tenggara dan negara-negara yang berdepan dengan permintaan tenaga dan peluang pembangunan yang seakan-akan sama. Shanghai Electric bermatlamat untuk meluaskan model ini secara berskala, memanfaatkan kepakarannya dalam sistem tenaga bersih dan teknologi grid pintar bagi meningkatkan ketersambungan serantau serta mempercepat peralihan kepada ekonomi rendah karbon.
Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: https://www.shanghai-electric.com/group_en/.