![]() |
NORDERSTEDT, Jerman, 23 September 2025 /PRNewswire/ -- Lembaga Penyeliaan tesa SE telah melantik Dr. Kourosh Bahrami sebagai Pengerusi Lembaga Eksekutif yang baharu. Beliau akan mengambil alih jawatan itu pada 1 Oktober 2025 daripada Dr. Norman Goldberg, yang akan meninggalkan syarikat atas permintaannya sendiri.
Dr. Bahrami mempunyai lebih daripada 30 tahun pengalaman kepimpinan antarabangsa dan keusahawanan dalam B2B dan B2C. Baru-baru ini, beliau mengetuai perniagaan pelekat industri LOCTITE di Henkel. Kepakaran beliau termasuk jualan, pemasaran dan rantaian bekalan serta pemahaman yang mendalam tentang pasaran pelanggan utama seperti automotif, penyelenggaraan dan pembaikan industri dan aplikasi industri 4.0. Dr. Bahrami telah tinggal, dan bekerja di Eropah, Amerika Syarikat dan Asia. Beliau mempunyai pengalaman luas dalam bidang pentadbiran perniagaan, sudah berkahwin dan bapa kepada tiga orang anak.
"Kepakaran luar biasa Dr. Bahrami dalam teknologi pelekat dan keupayaan strategik akan memainkan peranan penting dalam memacu pertumbuhan tesa," kata Encik Arunjai Mittal, Pengerusi Lembaga Penyeliaan tesa SE. "Rekod pencapaiannya sebagai seorang pemimpin yang berwibawa dalam membina pasukan cemerlang dan perkasa, merealisasikan pertumbuhan luar biasa serta berjaya mentransformasi perniagaan untuk kejayaan jangka panjang menjadikannya pilihan yang sesuai untuk menggantikan Dr. Goldberg. Lembaga Penyeliaan sangat teruja untuk menyaksikan tesa meneruskan kejayaannya di bawah kepimpinan Dr. Bahrami."
"tesa ialah sebuah syarikat dengan warisan yang berpanjangan, kepakaran teknikal yang mengagumkan serta reputasi yang mantap sebagai peneraju teknologi dan inovasi dalam bidang penyelesaian pita pelekat," kata Dr. Bahrami. "Saya tidak sabar untuk bekerjasama dengan bakal rakan-rakan Ahli Lembaga Eksekutif, seluruh pasukan tesa serta rakan kongsi kami berlandaskan asas yang kukuh ini, mengoptimumkan nilai tambah pelanggan pada skala yang lebih luas dan membawa tesa ke bab seterusnya dalam pertumbuhan lestari."
Dr. Goldberg telah menjadi ahli Lembaga Eksekutif tesa sejak 2017 – pertama sebagai Ketua Pegawai Perindustrian dan sejak 2020 sebagai CEO. Pada masa ini, beliau telah memainkan peranan penting dalam membentuk transformasi tesa menjadi syarikat penyelesaian pelekat global. Dengan tumpuannya pada inovasi, kelestarian, pendigitalan dan kecemerlangan teknikal, beliau telah memberikan dorongan yang besar serta mengukuhkan kedudukan syarikat dalam pasaran.
"Memimpin tesa sejak beberapa tahun kebelakangan ini merupakan satu keistimewaan yang sebenar," kata Dr. Goldberg. "Bersama pasukan global yang berdedikasi, kami telah mempercepatkan inovasi, mengembangkan operasi ke peringkat antarabangsa dan menjadikan syarikat lebih kukuh berbanding sebelumnya untuk masa depan lestari yang inovatif. Saya berbangga dengan apa yang telah kami capai dan mengucapkan yang terbaik buat syarikat serta Kourosh Bahrami, dan saya yakin tesa akan terus menempa kejayaan."
"Bagi pihak Lembaga Penyeliaan, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Dr. Goldberg atas sumbangan luar biasa dan kepimpinan transformatif sepanjang tempoh perkhidmatan beliau. Di bawah bimbingan beliau, tesa telah mencatat pertumbuhan yang menguntungkan dan mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju teknologi. Beliau bukan sahaja mempercepatkan inovasi dan membuka perspektif perniagaan baharu tetapi juga menjuarai pengantarabangsaan dan memupuk budaya yang menghargai kepelbagaian minda. Pendekatan berwawasan ini telah mengukuhkan kedudukan syarikat untuk masa depan yang dinamik, lestari dan inovatif," kata Encik Mittal.
Lembaga Penyeliaan mengucapkan selamat maju jaya kepada Dr. Norman Goldberg untuk masa depannya dan mendoakan permulaan yang berjaya buat Dr. Kourosh Bahrami di tesa.
Maklumat tentang tesa SE
Sebagai sebuah syarikat multinasional, tesa membangunkan pita pelekat inovatif dan penyelesaian produk pelekat sendiri untuk pelbagai industri, pelanggan komersial dan pengguna akhir. Terdapat lebih daripada 7,000 penyelesaian pelekat tesa yang membantu meningkatkan kerja, produk atau kehidupan pelanggan kami. Hari ini, tumpuan adalah pada kelestarian dan proses penjimatan tenaga. tesa melabur dalam pembangunan produk mesra alam dan proses pembuatan bebas pelarut serta dalam penggunaan sumber tenaga boleh diperbaharui di lokasi-lokasinya.
tesa aktif di 100 negara dan mengendalikan kilang di Jerman, Itali, China, Amerika Syarikat, dan di Vietnam. Sekitar tiga perempat daripada jualan Kumpulan tesa (2024: EUR 1.7 bilion euro) dijana oleh aplikasi untuk industri. Bersama pelanggan antarabangsa, tesa membangunkan inovasi yang disesuaikan pada peringkat produk dan proses. Lebih daripada 130 pita tesa sudah boleh dipasang dalam sebuah kereta elektrik dan lebih 70 dalam sebuah telefon pintar. Dalam industri percetakan dan pembinaan juga, tesa sentiasa menembusi segmen serta negara baharu dengan pita pelekat khasnya. Syarikat ini menjana hampir satu perempat daripada jualannya melalui produk untuk pengguna akhir dan tukang profesional. Sebanyak 300 aplikasi, seperti tesafilm® yang terkenal, memudahkan kehidupan atau, dalam hal perlindungan serangga, menjadikannya lebih selesa. tesa tergolong antara pengeluar penyelesaian pelekat terkemuka di dunia. Sejak tahun 2001, tesa SE merupakan anak syarikat bebas 100% milik Beiersdorf AG (iaitu NIVEA, Eucerin, la prairie) dengan kira-kira 5,400 orang pekerja pada masa ini.
Butiran Hubungan:
tesa SE – Komunikasi Korporat
Hugo-Kirchberg-Str. 1
22848 Norderstedt
Germany
pr@tesa.com
Telefon: +49 40 88899 0
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2778570/Dr_Norman_Goldberg.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2778569/Dr_Kourosh_Bahrami.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/2778568/tesa_SE_Logo.jpg?p=medium600