WASHINGTON, 23 September 2025 /PRNewswire / -- CGTN America & CCTV UN melancarkan Konsert "Bersatu sebagai Satu Suara Keamanan Dunia (United as One World Voices of Peace)" Sempena Ulang Tahun Bersejarah.
Artis terkenal akan mengadakan persembahan di Lincoln Center yang ikonik, New York pada 23 September bermula pada pukul 7 malam untuk Konsert Filem yang amat dinanti-nantikan ini iaitu "Bersatu sebagai Satu Suara Keamanan Dunia (United as One World Voices of Peace)", acara yang diadakan bertujuan untuk menghormati ulang tahun ke-80 berakhirnya Perang Dunia II dan penubuhan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Konsert dipersembahkan oleh China Media Group (CMG) itu menjanjikan malam bagi persembahan yang luar biasa, gabungan muzik, filem dan mesej keamanan dan perpaduan global.
Konsert itu menampilkan pemuzik dan vokalis yang diiktiraf pada peringkat antarabangsa seperti pemain piano Lang Lang, pemain biola Randall Goosby dan vokalis Kameron Lopreore, Efraín Solís dan William Guanbo Su, bersama Orkestra dan Koir Simfoni Antarabangsa New York (New York International Symphony Orchestra and Choir), Orkestra Simfoni Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations Symphony Orchestra) dan Penyanyi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations Singers).
Konsert ini diadakan untuk memberi penghormatan kepada sejarah Perang Anti-Fasis Dunia yang sukar namun penting. Peristiwa ini menjadi sebagai peringatan perjuangan bersama manusia menentang konflik dan penindasan, di samping menonjolkan peranan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang akan dikenang sepanjang zaman dalam menggalakkan keamanan, kerjasama dan persefahaman bersama sepanjang lapan dekad yang lalu.
Dengan menghimpunkan diplomat, pegawai PBB dan artis terkenal dunia, Konsert Filem "Bersatu sebagai Satu Suara Keamanan Dunia (United as One World Voices of Peace)" mewujudkan cita-cita perpaduan dan kerjasama antarabangsa yang diwakili oleh PBB. Malam itu bukan sahaja bertujuan memberikan penghormatan kepada pencapaian masa lalu tetapi juga memberikan inspirasi kepada generasi akan datang untuk mempertahan nilai dialog, perpaduan dan tanggungjawab kolektif dalam membina dunia yang lebih aman dan bekerjasama.
Baru-baru ini China Media Group melancarkan seruan global untuk penciptaan filem AI di bawah tema "Masa Depan Kemanusiaan yang Cerah (Bright Future of Humanity)." Dalam fasa pertama, karya cemerlang dipilih yang menggabungkan AI dan daya cipta secara kreatif untuk menyampaikan semangat "Mengingati Sejarah, Hidup dalam Aman Damai (Remembering History, Living in Peace)," sambil membayangkan masa depan bersama untuk kemanusiaan. Koleksi karya yang dipilih susun ini juga akan disaring semasa acara berlangsung.
(Bahan ini diedarkan oleh MediaLinks TV, LLC bagi pihak CCTV. Maklumat tambahan boleh didapati di Jabatan Keadilan, Washington, D.C.)
Butiran Hubungan: Distribution@cgtnamerica.com