omniture

Zoomlion Lanjutkan Program "Love Changes Destiny" ke Tahun ke-23, Memacu Pembangunan Komuniti Global

Zoomlion
2025-09-24 09:23 8

Syarikat menyumbang sebanyak lebih AS$ 280,000 pada tahun 2025, dengan jumlah sumbangan melebihi AS$5.3 juta

CHANGSHA, China, 24 September 2025 /PRNewswire/ -- Susulan Hari Amal Antarabangsa yang berlangsung baru-baru ini, Zoomlion Heavy Industry Science & Technology Co., Ltd. ("Zoomlion"; 1157.HK) mengesahkan sekali lagi komitmennya sejak dahulu lagi terhadap tanggungjawab sosial dengan menyumbang sebanyak RMB 2 juta (kira-kira AS$ 280,000) kepada inisiatif biasiswa "Love Changes Destiny" tahun ini.

Sejak pelancarannya pada tahun 2003, program ini diteruskan selama 23 tahun berturut-turut, dengan sumbangan terkumpul kini melebihi RMB 38 juta (kira-kira AS$5.3 juta) yang dapat memberikan sokongan penting kepada beratus-ratus ribu pelajar untuk melanjutkan pelajaran mereka. Usaha berterusan ini menonjolkan tanggungjawab Zoomlion di pasaran tempatan sekali gus menggambarkan komitmen syarikat ini yang lebih luas terhadap pembangunan komuniti di seluruh dunia.

Majlis "Love Changes Destiny" 2025 telahpun diadakan di Changsha yang menghimpunkan wakil kerajaan, badan amal dan perniagaan untuk menyokong para pelajar yang memerlukan. Para hadirin mendengar kisah-kisah daripada penerima sumbangan yang berkongsi bagaimana program ini memberi inspirasi kepada mereka untuk tetap tekun dan menyumbang kembali kepada masyarakat. Zoomlion turut menyumbang sebanyak RMB 800,000 tambahan melalui Hunan Charity Federation bagi membantu pelajar berlatarbelakangkan etnik minoriti di kawasan luar bandar, seterusnya memperteguh tumpuannya pada pembangunan yang inklusif.

Lebih dua dekad lamanya, program ini sudahpun mengumpul sebanyak berbilion-bilion yuan dan membantu menyokong hampir 255,000 orang pelajar, dengan Zoomlion pula diiktiraf sebagai penyumbang utama dan penerima bagi anugerah amal negara yang penting.

Dedikasi Zoomlion terhadap tanggungjawab sosial melangkaui sempadan negara China. Di Vietnam, syarikat ini menyokong pemulihan pasca bencana di Daerah Bac Ha susulan Taufan Yagi pada tahun 2024 dengan mendermakan bekalan keperluan penting dan membantu membina semula infrastruktur untuk kampung tanah tinggi. Di Filipina, baru-baru ini subsidiari tempatannya menganjurkan sebuah acara amal di rumah anak yatim Rehoboth Sampaloc di Wilayah Rizal bagi menyumbang makanan, barangan penjagaan bayi dan mainan untuk 27 orang kanak-kanak. Syarikat ini turut mengambil bahagian dalam projek-projek kerjasama pertanian di negara-negara seperti Kemboja, Laos, dan Republik Dominika bagi menyediakan peralatan dan latihan untuk menyokong pemodenan serta pembangunan yang mampan.

Zoomlion menggabungkan tindakan tempatan dengan tanggungjawab global, menghubungkan pertumbuhannya sebagai pengilang peralatan yang utama dengan sumbangan dalam tempoh jangka panjang kepada bidang pendidikan, bantuan malapetaka dan kemajuan pertanian. Tatkala syarikat ini meluaskan jejak globalnya, ia tetap komited terhadap inisiatif yang memupuk kebingkasan komuniti dan pembangunan mampan, seterusnya menunjukkan bahawa tanggungjawab korporat dan kewarganegaraan global menjadi teras kepada visi jangka panjangnya.

Source: Zoomlion
Related Stocks:
HongKong:1157 OTC:ZLIOY
Keywords: Education Environmental Products & Services Green Technology Transportation Awards Corporate Social Responsibility