SHENZHEN, China, 24 September 2025 /PRNewswire/ -- Pesta Hadiah dan Produk Rumah Antarabangsa China (Shenzhen) ke-33 (Pesta Hadiah SZ), pameran perdagangan B2B yang terkemuka di Asia untuk industri hadiah dan rumah bakal kembali pada 20-23 Oktober 2025 di Shenzhen World Exhibition & Convention Center. Dengan membawakan lebih 4,500 peserta pameran dan 200,000 pembeli global, acara ini menyediakan hab penyumberan sehenti untuk produk-produk yang didorong reka bentuk dan berkualiti tinggi.
Jenama Global dan Import Terkurasi Curi Tumpuan di Pesta
Membuat kemunculan sulung di Pesta ini, Panasonic dijangka akan memperkenalkan produk penjagaan diri yang menggabungkan ciri kefungsian pintar dengan reka bentuk yang elegan. Midea, peneraju bagi ekosistem dapur pintar pula akan mempamerkan peralatan dapur yang direka untuk memudahkan penyediaan hidangan dan memperkenalkan produk masakan yang paling canggih kepada pembeli di tapak acara. Peserta pameran dari Jepun dan Korea Selatan akan mempamerkan perkakas rumah terkurasi dan makanan istimewa bagi membolehkan pembeli mendapatkan barangan import yang tersendiri.
Penyumberan Terus Dari Kilang Merentas Lebih 30 Hab Pembuatan China
Pesta ini membawakan secara bersemuka kluster pembuatan China kepada pembeli: perkakas minuman dari Yongkang, peralatan kecil dari Shunde, tekstil rumah dari Nantong dan banyak lagi. "Dengan permintaan terhadap hadiah premium dan tersuai yang semakin meningkat di seluruh dunia, Pesta Hadiah SZ menghubungkan pembeli antarabangsa terus kepada pengilang-pengilang yang terkemuka di China bagi membantu mereka mengoptimumkan rantaian bekalan serta membawa produk ke pasaran dengan lebih pantas," kata Helen Shen, Naib Presiden RX Huabo.
Produk IP Memenuhi Permintaan Gen Z terhadap Pemperibadian
Lofree berkolaborasi dengan Starbucks bagi melancarkan set papan kekunci & tetikus yang mencuit hati yang disesuaikan dengan Gen Z; jenama mainan-haiwan peliharaan terkenal GiGwi akan membawakan mainan jenama bersama yang menampilkan IP yang diiktiraf di peringkat antarabangsa. Pesta pada tahun ini akan mengalu-alukan wakil-wakil pelesenan daripada Muzium Van Gogh, Muzium British dan Muzium Istana bagi mewujudkan jambatan penting antara institusi-institusi kebudayaan yang ternama di dunia dan pengilang-pengilang profesional bagi menggalakkan penyumberan serta pembangunan produk yang kolaboratif.
Latar Belakang RX Huabo
Dengan pengalaman industri selama lebih 30 tahun, RX Huabo menjadi penganjur pameran yang terbesar dan paling berpengaruh dalam sektor Hadiah & Rumah di rantau Asia-Pasifik serta merupakan sebahagian daripada RX, iaitu peneraju bertaraf global bagi acara dan pameran. Ia menganjurkan 16 pameran B2B profesional di dalam dan luar negara setiap tahun, menghimpunkan lebih 10,000 peserta pameran dan juga 1 juta produk bagi memenuhi keperluan pembelian 3 juta pembeli, serta melalui platform dalam talian Limaotong, matriks media baharu bagi membina platform perdagangan dalam talian dan luar talian B2B omnisaluran untuk membantu pembekal-pembekal berkualiti menyediakan platform perolehan yang cekap sepanjang tahun buat berjuta-juta pembeli profesional.
Sila kunjungi www.rxhuabo.com.cn/en