omniture

Daripada Ucaptama kepada Anugerah: SKYWORTH PV Terajui Revolusi Solar di Filipina

SKYWORTH PV
2025-09-24 19:35 10

MANILA, Filipina, 24 September 2025 /PRNewswire/ -- Sebagai salah satu pasaran solar yang paling pesat berkembang di Asia Tenggara, Filipina memainkan peranan yang semakin penting dalam peralihan tenaga bersih di rantau ini. Pada 18 September, lebih daripada 100 pemimpin industri, penginovasi dan ahli profesional berkumpul di Sheraton Manila Bay sempena The Solar Week Philippines 2025 untuk bertukar-tukar pandangan serta meneroka laluan menuju masa depan tenaga yang lestari.

Bagi SKYWORTH PV, acara ini merupakan satu peluang bukan sahaja untuk mempersembahkan kisah dan penyelesaian kami tetapi juga untuk menyertai dialog strategik yang membentuk pasaran Filipina—dan dalam masa yang sama meraikan pengiktirafan penting atas sumbangan kami kepada industri solar.

Berkongsi Kisah dan Penyelesaian Kami

Pengarah Jualan Global kami, En. Wei Yan menyampaikan ucaptama yang menyusur galur perjalanan pertumbuhan SKYWORTH Group dan SKYWORTH PV. Beliau menekankan sejauh mana SKYWORTH, dengan memanfaatkan warisannya dalam pembuatan pintar berkembang secara strategik ke dalam sektor tenaga boleh baharu bagi menyediakan penyelesaian tenaga bersepadu dan sedia mendepani masa depan.

Beliau mempersembahkan produk-produk kami, termasuk modul solar berkecekapan tinggi, penyongsang, sistem storan tenaga dan sistem cagakan. Kesemua penyelesaian ini bersama-sama mengupayakan kami memenuhi keperluan pelbagai jenis aplikasi kediaman, komersial dan skala utiliti secara andal dan berprestasi.

En. Yan turut berkongsi rekod prestasi global kami, dengan lebih 25 GW pemasangan kumulatif di seluruh dunia, lantas memperlihatkan kepercayaan yang diperoleh oleh SKYWORTH PV dalam seluruh pasaran antarabangsa. Melalui kajian kes projek, beliau menunjukkan bagaimana teknologi kami menyampaikan nilai nyata—menurunkan kos tenaga, memperkukuh kebingkasan grid dan memperkasakan komuniti untuk menerima tenaga bersih.

Ucaptama ini bukan sahaja memaparkan inovasi kami tetapi juga mengesahkan sekali lagi misi SKYWORTH PV untuk memacu peralihan tenaga global dengan penyelesaian yang mampan, andal dan boleh skala.

Terlibat dalam Dialog Industri

Pengurus Negara kami, En. Ley Hua, menyumbangkan pandangannya semasa Perbincangan Panel 2: Inovasi dalam Teknologi Solar, Integrasi Grid dan Storan Tenaga. Beliau menekankan bagaimana Filipina menerima teknologi solar termaju bagi mengatasi cabaran tempatan dan meningkatkan penggunaan tenaga bersih.

En. Ley menegaskan bahawa modul dwimuka berkecekapan tinggi dan sistem solar terapung membuka peluang baharu—memaksimumkan output tenaga bagi setiap meter persegi dan dalam masa yang sama memelihara daratan yang berharga. Beliau menekankan bahawa sistem storan tenaga termaju, seperti Projek Solar Meralco Terra 4,500 MWj memainkan peranan penting dalam menstabilkan kuasa solar, melancarkan turun naik dan memastikan bekalan yang andal dan fleksibel.

Beliau turut menekankan kepentingan grid pintar dipacu AI untuk mengintegrasikan solar ke dalam rangkaian nasional dengan cekap, lalu mengupayakan penembusan tenaga boleh baharu yang lebih tinggi tanpa menjejaskan kestabilan grid. Menurutnya, kombinasi antara modul pintar, storan dan pengurusan tenaga pintar mentransformasikan solar daripada sumber terputus-putus menjadi sumber tenaga yang boleh diramal dan boleh diharapkan.

Akhir sekali, En. Ley berkongsi bahawa inovasi ini—panel berkecekapan tinggi, penyelesaian storan, grid pintar dan PV terapung—merupakan kunci untuk menangani kekangan geografi dan iklim, menyokong tenaga bersih yang menjimatkan kos, dan mendekatkan Filipina kepada sasaran tenaga boleh baharunya iaitu sebanyak 35% menjelang tahun 2030. Pandangan daripadanya memperkukuh peranan SKYWORTH PV dalam menyampaikan penyelesaian praktikal dan boleh skala yang dapat memenuhi tuntutan pasaran dan juga matlamat kelestarian.

Diiktiraf atas Kecemerlangan

Sorotan penting acara ini ialah SKYWORTH PV dianugerahkan sebagai "Syarikat Solar Terbaik Tahunan: Penyongsang." Pengiktirafan ini menggambarkan kepimpinan kami dalam teknologi penyongsang dan komitmen berterusan kami dalam menyampaikan penyelesaian berprestasi tinggi dan andal yang menyokong peralihan tenaga bersih di serata dunia.

Bermula daripada pembentangan ucaptama dan dialog kepimpinan pemikiran hinggalah pengiktirafan industri, penyertaan SKYWORTH PV di The Solar Week Philippines 2025 memperlihatkan peranan kami sebagai penyedia teknologi dan juga rakan kongsi kemampanan. Dengan visi global dan kehadiran tempatan yang mantap, kami akan terus memperkasakan komuniti dan memacu inovasi menuju masa depan yang lebih cerah dan neutral-karbon.

 

Source: SKYWORTH PV
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Awards Trade show news