KUALA LUMPUR, Malaysia, 25 September 2025 /PRNewswire/ -- Malaysia Sarong Music Run (MSMR) 2025 menghimpunkan muzik dan olahraga dalam satu perayaan yang cukup meriah, lalu menjadikan pusat bandar Kuala Lumpur sebagai hab tenaga dan budaya. JETOUR bekerjasama dengan acara ini sebagai rakan automotif rasminya.
Acara ini menarik minat seramai lebih 10,000 pelari dan 30,000 penggemar konsert ke mercu tanda ikonik Kuala Lumpur—dataran KLCC yang terletak di bawah Menara Berkembar Petronas yang hebat dan agung—di tempat mereka diasyikkan dengan tenaga pergerakan dan muzik yang meriah. Bahagian paling penting daripada pengalaman ini ialah JETOUR mempamerkan model-model DASHING dan VT9 melalui paparan yang imersif dan pertunjukan interaktif, seterusnya merealisasikan falsafah "Travel+" jenama ini dan komitmennya untuk memupuk gaya hidup yang dinamik dan eksploratori.
Sejak melancarkan model pertamanya pada April 2025, JETOUR dengan pantas menjadi salah satu jenama SUV Cina yang paling laris terjual. Sebagai rakan automotif eksklusif MSMR, JETOUR menggabungkan pemanduan dengan muzik dan sukan, lalu mencipta pengalaman imersif yang mentakrifkan semula kereta sebagai suatu gaya hidup.
Pada 18-19 September, semasa tempoh pengumpulan kit perlumbaan, para peserta berpeluang melihat paparan statik model-model JETOUR DASHING dan VT9 dari jarak dekat. Pada hari acara ini berlangsung iaitu 20 September, JETOUR meluaskan kehadiran jenamanya ke beberapa lokasi utama di seluruh Kuala Lumpur. Pengaktifan di Pavilion Kuala Lumpur menarik minat khalayak yang cukup ramai yang melaluinya interaksi radio secara langsung dan pencetakan foto kenang-kenangan tanpa had menarik ratusan hadirin. Di garisan penamat perlumbaan, JETOUR menyambut para pelari dengan kenderaan paparan mudah alih dan pemberian hadiah kejutan.
"JETOUR bukan sahaja merupakan jenama automotif, tetapi juga pendorong bagi gaya hidup yang muda, menggemari cabaran dan melibatkan diri secara sosial," kata Ke Chuandeng, Presiden JETOUR International. "Melalui perkongsian kami, kami bermatlamat untuk membina hubungan emosi yang tulus bersama generasi muda di Malaysia."
Malaysia Sarong Music Run menerobos sempadan melalui muzik dan sukan, menyatukan minat golongan muda, manakala JETOUR pula menghayati falsafah "Travel+" untuk mengiringi pengguna dalam meneroka cara hidup yang lebih bebas dan lebih pelbagai. Perlu dinyatakan bahawa Kementerian Pelancongan Malaysia menetapkan tahun 2026 sebagai "Tahun Melawat Malaysia 2026" yang bertujuan untuk mempromosikan pengalaman perjalanan budaya yang pelbagai. Kolaborasi antara JETOUR dan MSMR ini berperanan sebagai ekspresi jelas terhadap gabungan antara semangat "Travel+" dan fahaman pelbagai budaya bagi memperlihatkan kuasa perkongsian rentas sempadan yang unik.