omniture

Tescan peroleh FemtoInnovations dan lancar Laser Technology Business Unit

Tescan
2025-09-27 17:00 41

TAIPEI, 27 September 2025 /PRNewswire/ -- Tescan Group mengumumkan pada hari ini pemerolehan FemtoInnovations, iaitu penginovasi yang terkemuka bagi teknologi laser ultra-pantas dan pewujudan Laser Technology Business Unit (LT BU) khusus yang beribu pejabat di University of Connecticut (UConn) Tech Park. Unit baharu ini memperluas portfolio korelatif dan pelbagai mod Tescan untuk semikonduktor, pembuatan peranti bioperubatan dan pasaran penyelidikan lanjutan.

Tescan launches its Laser Technology Business Unit at UConn Tech Park.
Tescan launches its Laser Technology Business Unit at UConn Tech Park.

FemtoInnovations membawakan platform laser yang unik dan disruptif kepada TESCAN— teknologi yang sudahpun terbukti dalam aliran kerja mencabar dan menarik minat yang kukuh daripada penggiat global yang terkemuka merentas semikonduktor, pembuatan termaju dan industri berteknologi tinggi.

"Membawakan FemtoInnovations ke dalam keluarga Tescan merupakan satu langkah strategik yang mengukuhkan keupayaan kami untuk menyampaikan aliran kerja hujung-ke-hujung. Dengan menggabungkan mikropemesinan laser yang ultra-pantas dengan platform pengimejan dan analisis terkemuka kami, kami mengupayakan pelanggan untuk bertindak dengan lebih pantas daripada masalah kepada cerapan dalam analisis kegagalan, penyediaan sampel, penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta pembuatan termaju," kata Jean-Charles Chen, Ketua Pegawai Eksekutif, Tescan Group.  

Tescan akan memperkenalkan portfolio di ISTFA 2025 (Pasadena, CA) pada bulan November.

"Pasukan kami sentiasa didorong oleh usaha mengejar inovasi dan pembangunan teknologi pemprosesan laser disruptif. Dengan menggabungkan sistem laser ultra-pantas kami dengan platform pengimejan dan analisis yang terkemuka daripada Tescan, kami mencipta dimensi baharu aliran kerja bersepadu yang hebat. Perkongsian ini akan mempercepat penemuan dan mentakrifkan semula sesuatu yang mungkin dicapai untuk pelanggan kami. Kami teruja untuk berpadu tenaga dan menyumbang kepada legasi kecemerlangan dan inovasi Tescan," kata Sina Shahbazmohamadi, Pengasas Bersama, FemtoInnovations.

Laser Technology BU akan beribu pejabat di University of Connecticut Tech Park (UConn) bagi memanfaatkan ekosistem penyelidikan, bakat dan infrastrukturnya. Ia akan bersinergi erat dengan unit perniagaan Mikroskopi Elektron dan Mikro-CT Tescan bagi menyampaikan aliran kerja bersepadu bermula pada tahun 2026.

FLAME Center (FemtoInnovations Laser Advanced Manufacturing & Engineering) baharu akan ditubuhkan di Innovation Partnership Building di UConn Tech Park bagi mempercepat R&D, aplikasi dan pembangunan aliran kerja.

Dari sudut pandangan strategi, keputusan ini menumpukan pada tiga perkara: kaliber pasukan FemtoInnovations, kematangan platform laser ultra-pantas untuk aliran kerja dunia sebenar dan padanan budaya yang jelas dengan penyelesaian masalah didorong oleh pelanggan.

Latar Belakang FemtoInnovations 

FemtoInnovations ialah UConn Startup yang membangunkan sistem laser, penyelesaian nanopemesinan, alat pengimejan dan perisian analisis-imej. Dengan mengintegrasikan kepakaran dalam laser, mikroskopi, spektroskopi, AI dan kejuruteraan perisian, syarikat menyampaikan penyelesaian pintar dan automatik untuk industri-industri termasuk mikroelektronik dan bioperubatan.

Latar Belakang UConn Tech Park/Innovation Partnership Building 

Innovation Partnership Building (IPB) di UConn Tech Park ialah sebuah kemudahan penyelidikan gunaan berkeluasan 113,700-kaki-persegi yang dibina dengan pelaburan negeri sebanyak $175 juta bagi memacu inovasi dan pertumbuhan ekonomi di Connecticut. Sejak dibuka pada tahun 2018, Tech Park menjadi hab untuk kolaborasi akademik-industri yang menempatkan instrumentasi termaju bernilai lebih $50 juta dan lebih daripada 20 pusat penyelidikan tergabung. Setakat ini, pusat penyelidikan ini menarik pelaburan agregat melebihi $450 juta, termasuk lebih $100 juta daripada rakan kongsi industri.

Latar Belakang Tescan Group 

Tescan membina sistem pengimejan termaju yang membantu saintis dan jurutera meneroka dunia mikro dan nano. Dengan berbuat demikian, kami membantu mengubah pemerhatian menjadi cerapan dan persoalan menjadi kemajuan. Ditubuhkan oleh sebuah pasukan kecil dengan lima orang jurutera pada tahun 1991, Tescan berkembang menjadi sebuah syarikat bertaraf global dengan lebih 800 pekerja di 11 negara, disatukan oleh platform jenama untuk Accelerate the Art of Discovery (Mempercepatkan Seni Penemuan). Kini teknologi Tescan memainkan peranan penting di makmal-makmal seluruh dunia, menyokong penyelidikan bahan, analisis kegagalan dan pengimejan nanoskala dengan hampir 4,500 sistem dipasang di lebih 80 negara.

Kenalan Media
Linda Bilal | Pemasaran Global & Pakar Strategi Jenama
Jabatan Pemasaran Kumpulan Tescan
Libušina třida 21, 623 00 Brno, Republik Czech
Tel: +420 778 788 844 | E-mel: linda.bilal@tescan.com

Hubungan APAC:
Molly Lin | Pengurus Pemasaran APAC
Tescan
E-mel: molly.lin@tescan.com

 

Source: Tescan
Keywords: Computer/Electronics Electronic Design Automation Acquisitions, mergers, takeovers