SINGAPURA, 27 September 2025 /PRNewswire/ -- West The Sale tahunan membuat kemunculan semula yang amat dinanti-nantikan mulai 1 hingga 5 Oktober dengan mentransformasikan IMM dan Westgate menjadi pesta membeli-belah terulung di bahagian barat. Sepanjang lima hari yang mengujakan, pembeli-belah boleh mengejar tawaran outlet dengan potongan sehingga 90% daripada jenama-jenama fesyen, gaya hidup, santapan dan kelengkapan rumah. Dengan penampilan wajah yang baharu, barisan tawaran yang diperluas dan begitu banyak ganjaran eksklusif, edisi pada tahun ini menjanjikan perayaan membeli-belah di outlet yang paling menakjubkan setakat ini.
Tahun ini, West The Sale 2025 muncul padat dengan promosi yang lebih besar dan lebih banyak ganjaran berbanding sebelum ini. Keseronokan sudah mula terasa rancaknya dengan pembeli-belah kini boleh memasukkan kod ganjaran SHOPWEST pada CapitaStar App untuk mendapatkan eBaucar eksklusif daripada 29 kedai yang boleh ditebus mulai 1 hingga 21 Oktober 2025. Di IMM, belanjakan sebanyak $400 di kedai-kedai outlet yang mengambil bahagian untuk mendapatkan eCapitavoucher $40 dan tambah nilai $100 sahaja lagi untuk mendapatkan $20 eCapitavoucher tambahan. Di Westgate, belanjakan sebanyak $250 di mana-mana kedai yang mengambil bahagian (tidak termasuk F&B) untuk mendapatkan eCapitaVoucher bernilai $20. Bagi menyeronokkan lagi aktiviti membeli-belah yang rancak, belanjakan sebanyak $60 dalam eCapitaVoucher di mana-mana pusat beli-belah untuk menerima eBaucar santapan sebanyak $10 yang sangat sesuai untuk menambah tenaga semasa sedang membeli-belah.
Di sebalik promosi yang sangat menarik, West The Sale 2025 juga menyaksikan detik penting untuk IMM. Pusat beli-belah ini kini mempunyai lebih daripada 100 konsep outlet di bawah satu bumbung, iaitu konsep yang terbesar di Singapura. Ini susulan daripada Inisiatif Penambahbaikan Aset yang memperbaharui campuran penyewanya, menaik taraf ameniti dan menggiatkan semula ruangnya. Dengan wajah yang lebih ceria dan lebih meriah, IMM memperkukuh kedudukannya sebagai destinasi outlet ulung, lantas menjadikannya pentas yang sempurna untuk mengadakan jualan hebat pada tahun ini!
"West The Sale menjadi sebuah acara istimewa yang amat dinanti-nantikan oleh pembeli-belah dan tahun 2025 menyaksikan babak yang sangat menarik. Penggiatan semula IMM melalui Inisiatif Penambahbaikan Aset kami meningkatkan pengalaman outlet, manakala Westgate terus memantapkan aktiviti membeli-belah gaya hidup di bahagian barat. Lebih daripada sekadar menawarkan kepuasan pada harga yang berpatutan, kami terus berusaha menawarkan pengalaman membeli-belah yang diperbaharui, mendatangkan kepuasan dan benar-benar tidak dapat dilupakan di pusat beli-belah kami," Chew Hock Chye, Pengurus Besar IMM, Westgate, Bukit Panjang Plaza & Lot One.
TAWARAN TIADA TOLOK BANDINGNYA BAGI JENAMA-JENAMA KEGEMARAN FESYEN DAN GAYA HIDUP GLOBAL
Di IMM, pembeli-belah boleh menantikan barisan tawaran eksklusif-outlet yang menarik daripada jenama-jenama fesyen dan gaya hidup antarabangsa.
Selain katalog outlet IMM yang berbagai-bagai, Westgate menonjolkan senarai tawaran gaya hidup dan kelengkapan rumah terkurasi yang memberikan lebih banyak alasan kepada pembeli-belah untuk meneroka kedua-dua pusat beli-belah.
GABUNGAN MERIAH ANTARA WAJAH BAHARU DAN JENAMA KEGEMARAN YANG SUDAHPUN DIKENALI
IMM mengalu-alukan gelombang jenama fesyen, gaya hidup dan tempat menjamu selera bertaraf antarabangsa yang baharu pada musim ini, lantas menambah kemeriahan dan keanekaan barisan outlet bagi memastikan sentiasa ada sesuatu yang baharu untuk diterokai daripada setiap kunjungan.
Di samping pendatang baharu, IMM turut mengalu-alukan kedatangan semula barisan kegemaran outlet mantap yang muncul kembali yang turut dikenali dan disukai oleh pembeli-belah. Nama-nama yang sudahpun biasa didengari ini terus memberikan kualiti dan nilai yang sama seperti yang sudahpun diketahui, seterusnya meningkatkan keterujaan bagi jualan pada tahun ini.
Dengan barisan yang diperluas, kini IMM menyediakan lebih 100 konsep outlet, lantas memperkukuh kedudukannya sebagai destinasi serantau untuk kegiatan membeli-belah outlet premium – mencakupi fesyen antarabangsa, pakaian sukan, tempat menjamu selera, gaya hidup dan aksesori, kesemuanya di bawah satu bumbung.
WAJAH BAHARU, BABAK BAHARU UNTUK IMM
Kembalinya West The Sale 2025 merupakan susulan penyempurnaan Inisiatif Penambahbaikan Aset (AEI) IMM, sebuah projek penggiatan semula bernilai S$48 juta yang dijalankan mulai S1 2024 hingga S3 2025. Direka untuk memperkukuh kedudukan IMM sebagai destinasi outlet serantau yang ulung, AEI membawakan penaiktarafan yang penting terhadap pengalaman membeli-belah dan juga persekitaran pusat beli-belah.
Bahagian penting daripada penambahbaikan ini ialah pengoptimuman campuran penyewa. Sebagai sebahagian daripada aktiviti penggiatan semula ini, IMM turut mengkonfigurasikan semula kawasan seluas 126,000 kaki persegi di Aras 1, menyesuaikan jejak pasar raya dengan tepat bagi memperkenalkan konsep outlet yang lebih beraneka jenis. Pembaharuan campuran penyewa ini membawa masuk nama-nama antarabangsa yang baharu di samping jenama-jenama kegemaran yang muncul semula bagi menawarkan pembeli-belah dengan kepelbagaian, kemudahan dan daya tarikan yang lebih luas.
AEI turut mengutamakan keselesaan dan kemudahan pembeli-belah. Kawasan umum kini menampilkan ciri estetik yang diperbaharui, manakala ameniti yang dinaik taraf seperti tandas meningkatkan lagi pengalamannya. Sejajar dengan agenda kelestarian CapitaLand, IMM turut memperkenalkan pemasangan cekap tenaga di seluruh hartanah ini bagi mengurangkan impak terhadap alam sekitar.
Dengan lebih daripada 100 konsep outlet yang berbeza kini di bawah satu bumbung, IMM muncul daripada penggiatan semula AEI dengan lebih mantap dan lebih meriah, seterusnya mewujudkan suasana untuk West The Sale 2025 bagi membawakan pengalaman membeli-belah yang tiada tandingan.
BUTIRAN KEMPEN
Tajuk: West The Sale 2025
Laman Web: www.capitaland.com/sg/malls/imm/en/WestTheSale2025.html
Ringkasan Kempen: West The Sale 2025 kembali mulai 1 hingga 5 Oktober dengan lima hari tawaran potongan hebat daripada outlet sehingga 90% di IMM. Pengalaman membeli-belah ini turut berlangsung serentak dengan penampilan wajah baharu IMM dan campuran penyewa yang meriah, menampilkan barisan outlet yang kini merangkum lebih 100 konsep outlet di bawah satu bumbung. Pembeli-belah boleh mendapatkan eBaucar sebelum acara melalui CapitaStar App, menikmati ganjaran belanja-dan-tebus berperingkat yang amat menarik serta menikmati faedah istimewa menjamu selera sepanjang kempen. Bermula daripada ikon fesyen dan aksesori mewah hinggalah kelengkapan gaya hidup yang wajib dimiliki dan tempat makan kegemaran, outlet-outlet antarabangsa IMM – termasuk COACH Outlet, Michael Kors Outlet, Tommy Hilfiger Outlet, Hugo Boss Outlet, Fossil Outlet, Swarovski Outlet dan Oakley Outlet – sentiasa menjanjikan tawaran yang tiada tandingan dan penemuan baharu.
Tarikh: 1 hingga 5 Oktober 2025
Tempat: IMM (2 Jurong East Street 21, Singapura 609601) & West The Sale (3 Gateway Dr, Singapura 608532)
Tiket: PERCUMA untuk orang ramai
Tag & Tanda Pagar
@immoutletmall @westgatesg | #WestTheSale
Latar Belakang IMM
Dikendalikan oleh CapitaLand, IMM ialah pusat beli-belah terbesar di Singapura yang menawarkan penjimatan sehingga 80% sepanjang tahun. Kedai-kedai outlet ini meliputi beraneka jenis barangan, termasuk fesyen berjenama terkenal, pakaian sukan, kasut, bagasi, pakaian kanak-kanak dan aksesori fesyen. IMM juga merupakan destinasi sehenti untuk kelengkapan rumah dan juga peralatan elektrik.
Latar Belakang Westgate
Terletak secara strategik di Jurong Gateway betul-betul bersebelahan dengan stesen MRT Jurong East, Westgate ialah pusat beli-belah gaya hidup dan keluarga yang ulung. Pusat beli-belah ini menawarkan pengalaman membeli-belah di pusat bandar betul-betul di bahagian barat Singapura, dengan tempat menjamu selera di halaman terbuka, jenama-jenama antarabangsa dan rangkaian kegemaran warga tempatan antara campuran penyewanya yang beraneka.