omniture

Pecah-Rekod: Pesanan Eksport Terbesar China untuk Peralatan Perlombongan Hijau Setakat Ini

XCMG Machinery
2025-09-28 00:25 8

XCMG Menandatangani Perjanjian Strategik bagi Penyelesaian Peralatan Perlombongan Hijau bersama Fortescue

BEIJING, 28 September 2025 /PRNewswire/ -- XCMG Machinery (SHE:000425), iaitu pengilang bagi peralatan pembinaan yang terkemuka di peringkat global berserta Fortescue, salah satu pengeluar bijih besi yang terbesar di dunia, baru-baru ini mengadakan majlis menandatangani perjanjian secara besar-besaran di Beijing untuk perjanjian kerjasama strategik berhubung penyelesaian peralatan perlombongan hijau. Di bawah perjanjian ini, XCMG akan menghantar 150 hingga 200 unit trak punggah bateri-elektrik 240T kepada Fortescue yang merupakan pesanan eksport terbesar seumpamanya di China untuk jentera perlombongan hijau.

Yang Dongsheng, Pengerusi XCMG Group dan XCMG Machinery berserta Dr. Andrew Forrest, Pengerusi Eksekutif Fortescue, bersama-sama menandatangani kontrak bekalan untuk peralatan perlombongan tenaga baharu.

On September 26, during the United Nations General Assembly, Fortescue formally announced in New York that it signed a supply contract with XCMG for new energy mining equipment.
On September 26, during the United Nations General Assembly, Fortescue formally announced in New York that it signed a supply contract with XCMG for new energy mining equipment.

Mencapai pesanan eksport terbesar seumpamanya di China untuk peralatan perlombongan hijau merupakan satu pencapaian yang membawa kepentingan yang amat besar untuk XCMG. Penghantaran ini akan memenuhi hampir separuh daripada keperluan masa depan Fortescue untuk kumpulan pengangkutan trak punggah bateri-elektrik 240T. Ia akan memenuhi tuntutan operasi perlombongan bijih besi Fortescue dan turut menyokong syarikat dalam mencapai sasaran emisi karbon sifar untuk operasi berasaskan darat menjelang tahun 2030.

Sektor perlombongan di seluruh dunia sedang mengalami revolusi hijau dan peralihan kepada karbon sifar menjadi satu komitmen bersama dalam seluruh sektor ini. Sebagai syarikat gergasi perlombongan global, Fortescue merupakan antara yang pertama dalam sektor ini yang menetapkan sasaran penyahkarbonan lengkap menjelang tahun 2030 yang bermatlamat untuk menghapuskan bahan api fosil daripada operasi bijih besinya. Rangka tindakan untuk peralihan hijau ini benar-benar sejajar dengan visi XCMG untuk perlombongan pintar karbon sifar. XCMG tetap komited untuk memajukan amalan terbaik global dalam perlombongan pintar karbon sifar. Dengan tumpuan khusus pada laluan "kecerdasan buatan + jentera perlombongan", syarikat ini membina kepakaran mendalam merentas rangkaian penuh proses permukaan dan bawah tanah serta menyediakan pelanggan global dengan penyelesaian siap guna yang komprehensif, terbukti, terkemuka dan sedia digunakan untuk perlombongan pintar karbon sifar.

Kolaborasi ini bukanlah yang pertama antara kedua-dua syarikat. Di bauma CHINA pada November 2024, XCMG dan Fortescue menandatangani satu perjanjian pesanan, yang ketika itu mencipta rekod bagi kontrak eksport terbesar jentera perlombongan elektrik Cina.

Pemeteraian perjanjian yang strategik ini adalah lebih daripada satu peningkatan skala. Ia turut menyaksikan pengiktirafan dan pengesahan yang kukuh daripada sebuah syarikat gergasi perlombongan global terhadap kekuatan inovasi rantaian nilai penuh XCMG dalam bidang perlombongan hijau. Perkongsian ini kini membentuk komponen yang penting dalam pelaksanaan strategi hijau global Fortescue. Menerusi peralatan dan teknologi perlombongan bertaraf dunia, XCMG memberi sokongan padu kepada Fortescue tatkala ia mempercepat pengkomersialan penyahkarbonan industri ini. Kedua-dua pihak akan beriringan memajukan pembangunan yang berkualiti tinggi dan mampan dalam sektor perlombongan global.

Bermula daripada model amalan terbaik yang pertama di dunia untuk perlombongan pintar di Lombong Yimin China Huaneng hinggalah Jentera Perlombongan XCMG yang beroperasi di tapak perlombongan seluruh Afrika, Eropah dan benua Amerika; daripada XCMG yang memenangi "Decarbonising Mining Awards 2025" hinggalah dinamakan sebagai antara empat pengilang peralatan perlombongan terbuka yang terbaik di dunia, XCMG sudah lama berpegang kepada misi "Teknologi Kejuruteraan Menerajui, Peralatan Membentuk Masa Depan" bagi membantu pelanggan memperoleh nilai yang lebih besar.

Selain menjalin perkongsian yang mendalam, XCMG dan Fortescue akan bersama-sama meneroka teknologi hijau, rendah karbon dan pembangunan sektor tenaga baharu dalam tindak balas yang bersepadu terhadap cabaran iklim global. Kami percaya bahawa dengan usaha tergabung antara kedua-dua pihak, perkongsian ini akan memberikan penyelesaian terbaik dalam kelasnya untuk peralihan hijau dalam sektor perlombongan global dan menetapkan penanda aras untuk membina planet yang lebih hijau dan tempat berlindung yang lebih baik untuk umat manusia.

Kami bersama-sama memulakan perjalanan yang baharu menuju perlombongan karbon sifar, menanam benih pertumbuhan hijau dan memasang harapan terhadap tanah yang subur, serta menerangi laluan ke hadapan menerusi perkongsian dan juga kejayaan bersama.

Source: XCMG Machinery
Related Stocks:
Shenzhen:000425
Keywords: Environmental Products & Services Green Technology Machinery Mining/Metals Transportation Contracts