omniture

Laporan Keneutralan Karbon Global 2025 ketengahkan jurang pelaksanaan di forum Tsinghua University

Tsinghua University
2025-09-28 14:40 9

BEIJING, 28 September 2025 /PRNewswire/ -- Hari ini bertempat di Tsinghua University, pakar-pakar global dan para penggubal dasar berkumpul untuk berdepan dengan cabaran yang mendesak: jurang yang semakin melebar antara ikrar iklim dan kemajuan dunia sebenar. Acara ini yang diadakan pada ulang tahun ke-10 Perjanjian Paris membawakan pelancaran Laporan Kemajuan Tahunan Keneutralan Karbon Global 2025, satu kajian yang komprehensif mengenai peralihan iklim dunia.

Berfokuskan sekitar tema "Kemajuan Global dan Amalan China," forum ini dimulakan dengan dialog yang menampilkan Liu Yang, Timbalan Ketua Pengarah, Jabatan Perubahan Iklim, Kementerian Ekologi dan Alam Sekitar, China yang menggariskan mengenai kemajuan terkini China ke arah matlamat "dwikarbon" dan NDC yang baru diumumkan. Kenyataan beliau diikuti oleh perspektif antarabangsa, termasuk seruan untuk bertindak daripada Patricia Espinosa Cantellano, bekas Setiausaha Eksekutif UNFCCC.

Perkara utama ialah pelancaran laporan kemajuan tahunan ketiga yang diketuai oleh Profesor Wang Can daripada Tsinghua. Kajian ini menawarkan salah satu penilaian berasaskan sains yang paling meluas mengenai kemajuan iklim global, yang terkenal kerana:

  • Menjejaki 198 negara dan wilayah dengan 217 penunjuk merentas teknologi, kewangan dan dasar.
  • Mengguna pakai lensa ekuiti bagi menilai keadilan peralihan global.
  • Menyatakan komitmen terhadap penilaian jangka panjang yang berterusan bagi memaklumkan tadbir urus iklim global.

Buat julung kalinya, laporan ini dibimbing oleh 13-ahli Jawatankuasa Penasihat antarabangsa yang dipengerusikan secara bersama oleh He Kebin daripada Tsinghua dan Erik Solheim, bekas Pengarah Eksekutif UNEP yang menekankan mengenai gabungan antara kepimpinan Cina dan perspektif global.

Laporan pada tahun ini mengenal pasti "ketidakseimbangan struktur yang mendalam": walaupun cita-cita dan inovasi memacu kemajuan, kedua-duanya turut terjejas teruk lantaran kekangan dalam hal kewangan iklim dan kerjasama antarabangsa. Ini seterusnya mewujudkan "jurang pelaksanaan" yang kritikal antara matlamat yang dinyatakan dan keputusan yang nyata.

Metodologi yang rapi dalam laporan ini mendapat pujian daripada para pemimpin iklim antarabangsa. "Inilah jenis penyelidikan terhadap iklim yang memperkukuh rasa bertujuan dan sinar harapan kami," kata Patricia Espinosa Cantellano. Beliau menambah, "Apa yang menonjol ialah kerangka empat bahagian — sasaran, dasar, tindakan, keberkesanan — pengubah keadaan untuk menjejaki kemajuan iklim."

Penemuan dan dialog daripada forum ini bermatlamat untuk menyediakan asas saintifik bagi membentuk NDC yang lebih kukuh dan memaklumkan perbincangan yang kritikal di COP30 yang akan datang di Brazil. Dengan mengetengahkan mengenai momentum peralihan hijau tak berbalik dan keperluan mendesak untuk menutup jurang pelaksanaan, acara ini diakhiri dengan seruan yang bersungguh-sungguh terhadap usaha antarabangsa yang diperbaharui bagi menterjemahkan komitmen kepada tindakan yang konkrit.

 

Source: Tsinghua University
Keywords: Environmental Products & Services Publishing/Information Service Environmental Issues Survey, Polls & Research