DONGGUAN, China, 29 September 2025 /PRNewswire/ -- Huawei FusionSolar mengadakan Sidang Kemuncak Pemasang Global ke-4 & ke-5 di Dongguan. Lebih daripada 1200 rakan kongsi dan pemasang dari seluruh dunia menyelami secara mendalam berkenaan arah aliran pasaran PV dan sistem storan tenaga (ESS), strategi pemasang, kisah kejayaan dan strategi pemasaran, seterusnya mencipta bersama-sama masa depan yang cerah bagi tenaga teragih.

Smart Collaboration for a Thriving Ecosystem: Huawei FusionSolar Successfully Hosts the Global Installer Summit

Smart Collaboration for a Thriving Ecosystem: Huawei FusionSolar Successfully Hosts the Global Installer Summit
Zhou Jianjun, Naib Presiden Huawei dan Presiden Pemasaran, Jualan dan Perkhidmatan Global Huawei Digital Power, menyampaikan ucapan alu-aluan di sidang kemuncak ini. Beliau menyatakan bahawa "setiap pemasang merupakan pencipta dan penyampai nilai peringkat akhir." Beliau menjelaskan bahawa sidang kemuncak ini bermatlamat untuk berkongsi kedudukan dan strategi Huawei Digital Power bersama pemasang global, menonjolkan teknologi, produk dan penyelesaian terkini serta mewujudkan platform komunikasi yang lancar. Dengan menghimpunkan amalan yang utama dalam industri ini dari seluruh dunia, acara ini dapat memupuk pertumbuhan perniagaan melalui pengalaman praktikal serta usaha kolektif ke arah masa depan yang lebih baik.

Smart Collaboration for a Thriving Ecosystem: Huawei FusionSolar Successfully Hosts the Global Installer Summit
Sun Xiaofeng, Presiden Perkhidmatan Pemasaran dan Jualan PV Pintar & ESS, Huawei Digital Power, menyampaikan ucaptama berkenaan "Sistem Budaya dan Inovasi Huawei." Beliau menyebut bahawa Huawei Digital Power akan tetap menumpukan pada pelanggan dan komited terhadap pendigitalan, kecerdasan dan penyahkarbonan, seterusnya memastikan pelaburan yang berterusan untuk teknologi canggih. Huawei Digital Power akan mengekalkan kerjasama yang erat bersama rakan kongsi dan pelanggan global serta berdepan dengan ketaktentuan masa depan dengan minda terbuka demi membina masa depan yang lebih baik dan lebih hijau.
Jack Tong, Presiden Perniagaan PV Pintar & ESS Kediaman dan C&I Global, Huawei Digital Power, berkongsi strategi pemasang Huawei FusionSolar. Beliau menyatakan bahawa Pemasang dan EPC merupakan pelindung keselamatan, penjamin kualiti dan pencipta nilai bagi peringkat akhir dalam transformasi bermula daripada pengguna tenaga hinggalah prosumer tenaga untuk kediaman dan perusahaan. Huawei komited untuk membina perjalanan perniagaan yang mudah dan cekap untuk pemasang dan bekerjasama bersama pengguna, pemasang dan rakan kongsi demi mencapai kejayaan bersama.
Allen Zeng, Presiden Perkhidmatan Teknikal & Operasi, Huawei Digital Power, menyampaikan ucaptama yang bertajuk "Rekayasa Kejayaan Anda: Pemasangan Lebih Pintar, Sokongan Termaju dan Peluang Tanpa Batas." Beliau mendedahkan empat arah aliran utama: keperluan keselamatan yang lebih ketat, pasaran pertumbuhan mencatat rekod tertinggi, peningkatan kepentingan ESS dan enjin pertumbuhan baharu yang diperlukan dalam pasaran. Huawei membina sistem perkhidmatan tiga dimensi yang membawakan ciri kecemerlangan kualiti, penguasaan profesional dan juga visi strategik memfokuskan pada pemasangan dan penyelenggaraan dipermudah, sokongan dan latihan teknikal profesional serta keuntungan dalam tempoh jangka panjang untuk membantu pemasang mencapai kejayaan perniagaan.
Xia Hesheng, Ketua Pegawai Pemasaran Huawei Digital Power, menyampaikan ucaptama yang bertajuk "Mudah Menjadikan Lebih Bijak, Garis Panduan Pemasaran untuk Pemasang" menekankan kepentingan penjenamaan dan pemasaran demi kejayaan perniagaan. Huawei Digital Power terus-menerus meningkatkan momentum jenama dan bekerjasama dengan pemasang di Eropah, Asia Pasifik, Afrika dan Amerika Latin bagi meneroka model pemasaran bersama yang berjaya. Huawei Digital Power akan berkolaborasi secara terbuka dengan rakan kongsi dan pemasang untuk berkongsi sumber dan kepakaran penjenamaan dan pemasaran, seterusnya memupuk kejayaan perniagaan bersama.
Wang Wenyuan, Ketua Jurutera Sistem Pengurusan PV Pintar, Huawei Digital Power, berkongsi "SmartDesign: Daripada Konsep kepada Pelan Perniagaan dalam 10 Minit." SmartDesign ialah alatan reka bentuk dalam talian yang dapat menyelesaikan banyak cabaran yang dihadapi oleh pemasang dengan cekap semasa mereka bentuk penyelesaian untuk pemilik, termasuk reka bentuk terpiawai, pemilihan peranti serta faedah-faedah projek intuitif dan visual. Tanpa perlu berada di tapak, pemasang boleh menyiapkan reka bentuk dalam masa 10 minit sahaja. SmartDesign menyokong reka bentuk elektrik, pemodelan 3D, reka letak PV dan penghasilan senarai peranti. Selain itu, ia boleh menghasilkan laporan terperinci untuk memaparkan pulangan pelaburan (ROI) sistem dengan jelas, meningkatkan kecekapan komunikasi dan pengalaman dengan ketara antara pemilik dan pemasang.
Di samping itu, pakar penyelesaian Huawei FusionSolar menyediakan analisis mendalam terhadap nilai teras Penyelesaian Satu-Sesuai-Semua Kediaman dan C&I, lantas memperkasakan pemasang global dengan cerapan praktikal dan pembelajaran berasaskan pengalaman yang memberi impak. Pemasang dari seluruh dunia berkongsi aplikasi dunia sebenar dan kisah kejayaan, mencetuskan idea berpandangan jauh dan peluang baharu untuk mencapai kolaborasi melalui pertukaran dinamik.
Huawei FusionSolar Creators' Cup selama empat bulan (Mulai 1 April hingga 31 Julai) melabuhkan tirai dengan jayanya menerusi majlis penyampaian anugerah yang meriah. Pemasang dari seluruh dunia mempersembahkan kisah-kisah menarik mengenai pembangunan hijau dan rendah karbon di seluruh kediaman dan perniagaan. Melalui lensa, ia mengabadikan refleksi autentik dan pandangan mendalam tentang kehidupan lestari pada masa kini dan masa depan.
Sidang kemuncak ini menyampaikan agenda berimpak tinggi yang beraneka kandungan yang memfokuskan pada konsensus budaya, penjajaran strategik, inovasi teknologi dan penemuan model. Lebih daripada sekadar perhimpunan global untuk pemasang Huawei FusionSolar, acara ini berfungsi sebagai platform penting untuk pertukaran ilmu silang pasaran dan rentas wilayah, yang melaluinya cerapan mengalir bebas dan keupayaan ditingkatkan. Memandang ke hadapan, Huawei FusionSolar tetap komited untuk berkolaborasi dengan rakan kongsi global bagi mengintegrasikan kepakaran industri, mempercepat transformasi digital tenaga dan membina masa depan yang lebih baik dan lebih hijau.