![]() |
Dengan 11 pusat bekalan hidrogen dan 146 stesen hidrogen, Sinopec menggapai pencapaian baharu bagi logistik hidrogen jarak jauh rentas wilayah
NANJING, China, 29 September 2025 /PRNewswire/ -- Tanggal 25 September, China Petroleum & Chemical Corporation (HKG: 0386, "Sinopec") mengumumkan satu pencapaian baharu dalam mobiliti hidrogen bertempat di Persidangan Promosi Pembangunan Berkualiti Tinggi untuk Rangkaian Industri Moden Aplikasi Tenaga Hidrogen yang dihoskan oleh Sinopec di Nanjing. Tiga kenderaan logistik berkuasa hidrogen daripada model-model yang berbeza berjaya menamatkan perjalanan sejauh 1,500-kilometer dari Stesen Tenaga Bersepadu Qingwei di Daerah Qingpu, Shanghai. Laluan ini menyusuri Sungai Yangtze melalui lima wilayah dan kawasan perbandaran—Shanghai, Jiangsu, Anhui, Jiangxi dan Hubei—sebelum kenderaan tiba di Stesen Selatan Kawasan Perkhidmatan Zhijiang di Yichang, Hubei, mengisi semula bahan bakar di enam stesen hidrogen Sinopec sepanjang perjalanan.

Sinopec’s Pioneering Hydrogen Corridor Along the Yangtze River in China Accelerates Hydrogen Mobility Development
Perjalanan ini menyaksikan satu lagi pencapaian penting buat Sinopec. Ia mengikuti ujian logistik hidrogen rentas wilayah jarak jauh sebelum ini sepanjang dua koridor hidrogen, iaitu Koridor Beijing-Shanghai dan Koridor Darat-Laut Barat yang dibina di atas rangkaian stesen tenaga Sinopec yang luas. Setakat ini, Sinopec melancarkan lima koridor hidrogen antara bandar: Beijing-Tianjin, Chengdu-Chongqing, Shanghai-Jiaxing-Ningbo, Jinan-Qingdao dan Wuhan-Yichang.
Bagi mengintegrasikan lagi mobiliti hidrogen merentas kawasan timur dan barat, Sinopec menghubungkan koridor antara bandar Shanghai-Jiaxing-Ningbo dan Wuhan-Yichang melalui koridor hidrogen Sungai Yangtze. Syarikat ini turut merancang untuk memperluas rangkaian ke koridor Chengdu-Chongqing, lalu mengukuhkan sepenuhnya paksi hidrogen Sungai Yangtze dan mengupayakan lebih banyak kenderaan dikuasakan hidrogen bergerak di lebuh raya dengan yakin.
Sinopec terus memantapkan kedudukannya sebagai perusahaan hidrogen yang terkemuka di China. Kini, ia mempunyai kapasiti pengeluaran hidrogen tahunan sebanyak 4.45 juta tan. Syarikat ini turut mengendalikan projek air laut-kepada-hidrogen skala-industri yang pertama di negara ini di Kilang Penapisan Qingdao, di samping projek perintis sel elektrolisis oksida pepejal (SOEC) 100 kW di Medan Minyak Zhongyuan.
Projek hidrogen angin-solar bersepadu Ordos 30,000-tan setahun di Mongolia Dalam membekalkan hidrogen untuk penyahkarbonan kimia arang batu. Sementara itu, projek hidrogen angin-solar bersepadu Ulanqab 100,000-tan setahun akan menyediakan saluran paip hidrogen tulen berskala besar, rentas wilayah, jarak jauh yang pertama di China.
Dalam mobiliti hidrogen, ketika ini Sinopec mengendalikan 146 stesen hidrogen dan 11 pusat bekalan. Ini meliputi kesemua kluster bandar perintis sel bahan bakar hidrogen "3+2", lantas menjadikan Sinopec sebagai pengendali stesen hidrogen yang terbesar di dunia.
Memandang ke hadapan, Sinopec akan bersepakat dengan Suruhanjaya Pengawasan dan Pentadbiran Aset Milik Negara (SASAC) melalui inisiatif 'Hydrogen Highway' ('Lebuh Raya Hidrogen'). Syarikat ini akan memanfaatkan koridor hidrogen negaranya bagi membina rangkaian pengisian bahan bakar sepanjang lebuh raya, mengaktifkan ekonomi hidrogen dan mempelopori model perniagaan yang mampan demi memacu pertumbuhan industri yang berkualiti tinggi.