omniture

PalmPay Dinamakan Salah Satu daripada 300 Syarikat Fintech Terbaik Dunia 2025 oleh CNBC & Statista

PalmPay
2025-09-29 15:48 33

LAGOS, Nigeria, 29 September 2025 /PRNewswire/ -- PalmPay, iaitu platform bank neo dan teknologi kewangan (fintech) terkemuka yang memfokuskan pada pasaran baru muncul, telahpun diiktiraf dalam senarai Top 300 Fintech Companies in the World (300 Syarikat Fintech Terbaik di Dunia) 2025 CNBC dan Statista. Ini menyaksikan tahun kedua berturut-turut PalmPay mendapat tempat dalam kalangan firma teknologi kewangan yang paling inovatif dan memberi impak di dunia.


Pemilihan ini dibuat berdasarkan penilaian yang ketat terhadap beribu-ribu syarikat di peringkat global dengan menilai pertumbuhan, inovasi, penembusan pasaran dan impak. Senarai pada tahun ini melibatkan beraneka pemimpin global - termasuk Revolut, Nubank dan Ant Group di samping syarikat-syarikat yang sedang meningkat naik daripada pasaran berpertumbuhan tinggi, lantas menekankan pengaruh yang semakin berkembang daripada syarikat-syarikat fintech di pasaran baru muncul seperti PalmPay.

Kemasukan PalmPay menggambarkan momentumnya yang berterusan sebagai salah satu platform fintech yang terkemuka di Afrika. Dengan lebih 35 juta pengguna berdaftar dan sehingga 15 juta transaksi diproses setiap hari, syarikat ini menawarkan rangkaian perkhidmatan kewangan digital komprehensif yang disesuaikan mengikut keperluan komuniti yang kurang mendapat perkhidmatan.

Di pasaran utamanya, Nigeria, PalmPay beroperasi sebagai bank neo khidmat penuh yang menawarkan perkhidmatan kewangan pengguna seperti pemindahan, pembayaran bil, kredit, simpanan dan insurans - kesemuanya boleh diakses melalui aplikasi mesra penggunanya dan disokong oleh rangkaian seluruh negara yang terdiri daripada lebih 1 juta ejen dan rakan kongsi peniaga. Syarikat ini turut menyediakan penyelesaian B2B dipacu POS dan API yang disesuaikan mengikut keperluan peniaga dan pelanggan perusahaan.

"Mendapat pengiktirafan sebagai salah satu syarikat fintech yang terkemuka di dunia oleh CNBC dan Statista merupakan pengesahan yang kuat terhadap misi kami untuk membina sebuah sistem kewangan yang lebih inklusif," kata Sofia Zab, Ketua Pegawai Pemasaran Pengasas di PalmPay. "Melalui teknologi canggih, pengedaran tempatan yang mendalam dan penetapan minda yang mengutamakan pelanggan, kami membina bank neo yang terkemuka di Nigeria. Tatkala kami memperluas PalmPay ke lebih banyak pasaran baru muncul, termasuk Tanzania dan Bangladesh, fokus kami kekal untuk menutup jurang akses kewangan buat pengguna dan perniagaan setiap hari, sekali gus mengembangkan ekosistem rakan kongsi yang mendorong jangkauan dan impak kami."

Sebagai sebahagian daripada strategi pengembangannya yang lebih luas, baru-baru ini PalmPay dilancarkan di Tanzania dan Bangladesh melalui model pembiayaan peranti telefon pintar yang berfungsi sebagai titik masuk kepada perkhidmatan kewangan digital.

"PalmPay membina platform perbankan neo yang disesuaikan dengan realiti pasaran baru muncul," kata Jiapei Yan, Ketua Pegawai Komersial Kumpulan di PalmPay. "Kami mencipta infrastruktur untuk ekonomi digital terhubung - yang melaluinya orang ramai dan perniagaan boleh berkembang maju melalui alatan kewangan yang andal dan inklusif. Pengiktirafan daripada CNBC dan Statista ini mengesahkan kemajuan kami dan juga skala peluang di hadapan. Tatkala kami berkembang di lebih banyak pasaran baru muncul, kami komited untuk mencipta nilai yang berkekalan buat pengguna, rakan kongsi dan komuniti yang mendapat khidmat kami."

Kemasukan PalmPay menyusuli satu lagi pengiktirafan yang besar awal tahun ini: syarikat ini menduduki tempat #2 secara keseluruhan dan tempat #1 dalam sektor perkhidmatan kewangan bagi senarai Financial Times - Africa's Fastest-Growing Companies 2025 (Financial Times - Syarikat Berkembang Paling Pantas Africa 2025). Kedudukan ini, berdasarkan pertumbuhan hasil antara tahun 2020 dan 2023, menonjolkan skala pantas dan tarikan pasaran PalmPay di seluruh Afrika.

Pada masa ini, PalmPay beroperasi di Nigeria, Ghana, Tanzania dan Bangladesh, serta meluaskan kehadirannya di seluruh Afrika dan Asia melalui pembiayaan peranti, perbankan digital dan perkhidmatan pembayaran B2B. Disokong oleh platform perbankan neo yang mantap dan pendekatan yang diterajui perkongsian, syarikat ini komited untuk membentuk babak pertumbuhan kewangan inklusif yang seterusnya.

Latar Belakang PalmPay 

PalmPay ialah platform bank neo dan teknologi kewangan (fintech) terkemuka yang memacu rangkuman kewangan serta pemerkasaan ekonomi dalam pasaran baru muncul yang kurang mendapat perkhidmatan. Melalui rangkaian perkhidmatan kewangan yang selamat, mesra pengguna dan inklusif, PalmPay memperkasakan individu dan perniagaan dengan alatan untuk mengurus dan mengembangkan wang mereka.

PalmPay menawarkan beraneka produk yang komprehensif, termasuk pembayaran mudah alih, kredit, simpanan dan mikroinsurans melalui aplikasinya serta rangkaian ejen wang mudah alih.

Sejak dilancarkan di Nigeria pada tahun 2019 di bawah lesen Mobile Money Operator, platform ini berkembang kepada lebih 35 juta pengguna aplikasi dan memproses sehingga 15 juta transaksi setiap hari. PalmPay beroperasi di Nigeria, Ghana, Tanzania dan juga Bangladesh.

Untuk maklumat lanjut, kunjungi www.palmpay.com

Source: PalmPay
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Awards Financial Technology