BEIJING, 29 September 2025 /PRNewswire/ -- Minggu Kesusasteraan Dalam Talian Antarabangsa China 2025 telahpun bermula pada 26 September di Hangzhou, Wilayah Zhejiang, lantas menonjolkan sejauh mana kecerdasan buatan membentuk semula penceritaan digital.
Diadakan di bawah tema "Momentum Baharu, Landskap Baharu, Dimensi Baharu: Visi Global Kesusasteraan Dalam Talian Diperkasakan AI," upacara pembukaan menghimpunkan wakil-wakil dari 19 negara, termasuk pegawai kedutaan asing, pengarang dan pembaca luar negara, serta pakar dalam bidang terjemahan dan komunikasi antarabangsa. Mereka turut serta bersama penulis dalam talian Cina, eksekutif platform dan pengkritik bagi membincangkan mengenai pengaruh global kesusasteraan dalam talian yang semakin berkembang.
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kesusasteraan dalam talian Cina menggiatkan pengarusperdanaannya dan mengusahakan penerbitan yang berkualiti tinggi bagi membentuk dunia baharu yang rancak untuk kesusasteraan Cina dalam era digital. Ia mencetuskan kreativiti dan inovasi tidak terbatas dalam kalangan orang ramai yang berperanan sebagai platform penting dan wakilan untuk budaya popular yang baharu. Medium yang dinamik ini memaparkan kevitalan yang cukup besar dan potensi tanpa had terhadap kesusasteraan kontemporari. Tambahan pula, kesusasteraan dalam talian muncul sebagai wadah utama untuk mempromosikan budaya Cina di peringkat global, seterusnya memberikan sumbangan unik kepada penciptaan bentuk budaya global yang baharu.
Di upacara pembukaan, Pusat Kesusasteraan Dalam Talian Persatuan Penulis China mengeluarkan Laporan Komunikasi Antarabangsa Kesusasteraan Dalam Talian China 2025 yang meninjau semula jangkauan global dan perkembangan kesusasteraan dalam talian secara komprehensif pada tahun 2024 dan menggariskan dengan jelas landskapnya yang kian berkembang. Perjanjian kerangka kerjasama empat pihak turut ditandatangani antara Pusat Kesusasteraan Dalam Talian Persatuan Penulis China, Yayasan Kesusasteraan Cina, Persatuan Penulis Zhejiang dan Jabatan Publisiti daripada Jawatankuasa Perbandaran Hangzhou CPC. Acara ini turut melancarkan "Inisiatif untuk Mempromosikan Komunikasi Antarabangsa Kesusasteraan Dalam Talian", "Program Penulisan Antarabangsa China yang Indah" dan "Langkah-Langkah Bandar Hangzhou bagi Menyokong Perkembangan Kesusasteraan Dalam Talian yang Sejahtera".
Minggu Kesusasteraan Dalam Talian Antarabangsa 2025 akan turut menampilkan pelbagai acara, termasuk Perbincangan Meja Bulat Antarabangsa Kesusasteraan Dalam Talian, Syarahan Kesusasteraan Dalam Talian di Universiti, Pertukaran dan Dialog Antarabangsa serta Forum Perniagaan Kesusasteraan Dalam Talian Menuju Global. Aktiviti-aktiviti ini bertujuan untuk memanfaatkan tarikan kesusasteraan dalam talian yang meluas dan bertaraf antarabangsa bagi mempromosikan jangkauan globalnya.