omniture

Rock the Goals Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Malaysia

Sunway University
2025-09-30 04:27 36

KUALA LUMPUR, Malaysia 30 September 2025 /PRNewswire/ -- Melalui perkongsian bersama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Sunway University menganjurkan perayaan Rock the Goals 2025 bagi menyambut ulang tahun ke-10 pelancaran 17 matlamat pembangunan mampan (SDG) PBB pada tahun 2015. Acara ini menghimpunkan hampir 1,500 orang pelajar, kakitangan dan tetamu di samping orang-orang kenamaan yang terkemuka daripada PBB, UNICEF, Kesatuan Eropah, Pertubuhan Kesihatan Sedunia serta duta-duta besar dari serata dunia.

Distinguished guests and ambassadors on stage with the 17 SDG flags to commemorate the 10th anniversary of the launch of UN SDGs.
Distinguished guests and ambassadors on stage with the 17 SDG flags to commemorate the 10th anniversary of the launch of UN SDGs.

Malam tersebut, diacarakan oleh RD, iaitu hos radio yang terkenal di stesen radio MIX Malaysia, menampilkan persembahan yang rancak oleh artis-artis Malaysia yang popular termasuk kumpulan neurodivergen yang paling memberi inspirasi di Malaysia, Zimi'J, artis yang memenangi pelbagai anugerah Uriah See, sebelum diakhiri dengan penyudah acara yang begitu bertenaga oleh DJ Blink, iaitu artis muzik elektronik terkenal yang membuatkan orang ramai bangun dan berseronok.

Sorotan utama pada malam berkenaan ialah Pertunjukan Fesyen Adaptif Rock the Goal yang diilhamkan oleh semangat rock punk bagi mempersembahkan fesyen sebagai kuasa untuk mencapai keterangkuman dan kemampanan. Pentas peragaan menampilkan individu-individu daripada pelbagai latar belakang yang kesemuanya mengenakan pakaian dengan hasil ciptaan fabrik yang mampan oleh pelajar-pelajar Reka Bentuk Fesyen dan Teknologi Sunway.

Perayaan berkenaan turut menampilkan mesej video sokongan daripada organisasi-organisasi yang terkemuka di dunia, termasuk cef tersohor di dunia Gordon Ramsay yang menghantar mesej peribadi jauh dari London bagi mengucapkan tahniah kepada Sunway University atas usahanya yang luar biasa dalam memajukan SDG, dengan menyebut "Sunway, anda benar-benar Campus With A Conscience."

Penyelaras Residen a.i., Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Malaysia Robert Gass berkata, "Buat semua anak muda yang berada di sini, andalah nadi bagi pergerakan ini. 10 tahun yang lalu, dunia bersatu melalui 17 SDG, namun matlamat ini memerlukan lebih daripada kerajaan dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu kerana ia memerlukan idea anda, keberanian anda dan juga tindakan anda. Muzik memberi inspirasi, menyatukan dan mengingatkan kita bahawa perubahan dapat dilakukan. Setiap tindakan, sama ada besar mahupun kecil, membawa kita lebih dekat dengan dunia yang kita inginkan. Kita boleh mencapai SDG secara bersama dan ayuhlah kita terus berusaha menjayakan matlamat ini dengan bersungguh-sungguh."

Presiden dan Naib Canselor Sunway University, Profesor Sibrandes Poppema menambah, "Kami amat berbesar hati untuk menganjurkan sambutan yang penting ini dengan kerjasama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Tenaga dan semangat pelajar serta komuniti kami menggambarkan komitmen Sunway terhadap kemampanan dan keterangkuman. Rock the Goals 2025 benar-benar memperlihatkan sejauh mana pendidikan boleh memberi inspirasi kepada tindakan dan memupuk generasi yang bersedia untuk mencapai SDG."

Rock the Goals 2025 dipuji sebagai satu penghargaan buat Malaysia, lantas menguatkan komitmen negara ini terhadap kemampanan di persada global.

The Rock the Goals 2025 celebration brought together youths to embrace and celebrate the spirit of sustainable development.
The Rock the Goals 2025 celebration brought together youths to embrace and celebrate the spirit of sustainable development.

 

Source: Sunway University
Keywords: Education Entertainment Environmental Products & Services Fashion Higher Education Music Licensing/marketing agreements