![]() |
SHENZHEN, China, 30 September 2025 /PRNewswire/ -- Pameran Sumber Global Indonesia telahpun diadakan dengan jayanya di Jakarta yang melaluinya TWSC, iaitu penyedia bertaraf global bagi penyelesaian storan, membuat penampilan sulungnya. TWSC mempamerkan beraneka jenis produk storan pengguna baharu yang disesuaikan untuk pelanggan Asia Tenggara dengan menonjolkan portfolionya yang terdiri daripada SSD tersuai sepenuhnya, ingatan DDR dan peranti storan mudah alih. Pameran ini mengetengahkan keupayaan inovasi dan strategi pasaran TWSC sejajar dengan arah aliran AI serta aplikasi pintar yang kian berkembang.
Produk Pengguna Baharu bagi Memenuhi Pelbagai Senario Aplikasi
Bertempat di pameran ini, TWSC memperkenalkan beberapa produk baharu yang direka untuk hiburan harian, penggunaan pejabat mudah alih dan penciptaan kandungan profesional. Barisan produk ini termasuk SSD PCIe 5.0 berprestasi tinggi, modul DDR5, kad mikroSD berkapasiti ultra-tinggi dan PSSD mudah alih berkelajuan tinggi. Dengan meningkatkan kapasiti, kelajuan dan keandalan, produk-produk ini amat sesuai untuk pelbagai aplikasi elektronik pengguna yang dapat memenuhi permintaan pengguna yang semakin meningkat terhadap pemindahan data yang lebih pantas dan storan yang lebih besar.
Penyesuaian Hujung-ke-Hujung untuk Penghantaran Terbeza
Dengan tuntutan daripada Asia Tenggara yang semakin meningkat terhadap elektronik pengguna dan storan, TWSC memanfaatkan cip pengawal yang dibangunkan sendiri, sistem pembuatan pintar dan sumber rantaian bekalan global bagi membina keupayaan tindanan penuh "Cip + Algoritma + Senario". Hal ini mengupayakan TWSC untuk menyampaikan penyelesaian storan terbeza dan tersuai yang dikhususkan untuk pelbagai industri serta keperluan pelanggan, lantas mewujudkan fleksibiliti dan nilai yang lebih besar dalam aplikasi storan.
Memandang ke Hadapan
TWSC akan terus menggiatkan pengembangan pasaran luar negaranya. Melalui inovasi teknologi dan perkhidmatan setempat, syarikat ini komited untuk membawakan pengalaman storan berasaskan senario yang fleksibel dan boleh disesuaikan dengan keperluan pelanggan serantau.