omniture

UnionPay International Memacu Saling Boleh Kendali Global melalui Gerbang Pembayaran Saling Sambung Rentas-sempadan China

UnionPay International
2025-09-30 11:31 10

SHANGHAI, 30 September 2025 /PRNewswire/ -- Tanggal 16 September, diumumkan bahawa Gerbang Saling Sambung Rentas-sempadan (CPG) China memulakan operasi percubaannya secara rasmi pada akhir Julai. UnionPay International menyumbang kepada pembangunan elemen-elemen teras CPG sepanjang tempoh enam bulan lamanya. Dipandu oleh keterangkuman dan kebolehcapaian berorientasikan awam, CPG membolehkan institusi-institusi di dalam dan di luar tanah besar China mencapai ciri saling boleh kendali kod QR rentas sempadan dengan satu titik akses. Dengan menyediakan perkhidmatan seperti antara muka teknikal disatukan, penukaran dan pengedaran maklumat transaksi rentas sempadan serta pemantauan dan analisis transaksi masa nyata, CPG menyokong para pengusaha yang mengambil bahagian bagi menjadikan pembayaran kod QR rentas sempadan lebih cekap, mudah dan terjamin untuk pengguna di seluruh dunia.

Pelancaran perintis CPG menawarkan akses yang mudah baik untuk rakan kongsi Cina mahupun rakan kongsi antarabangsa. Institusi-institusi di tanah besar China boleh melengkapkan integrasi secara langsung menggunakan antara muka terpiawai daripada UnionPay, manakala rakan kongsi luar negara boleh bersambung dengan CPG melalui UnionPay International. Pengaturan ini bukan sahaja dapat memudahkan pembayaran kod QR rentas sempadan antara tanah besar China dan seluruh pelosok dunia, bahkan turut mendayakan pembayaran kod QR tempatan di pasaran-pasaran luar tanah besar China serta pembayaran kod QR rentas sempadan antara pasaran-pasaran tersebut.

Suai tugas CPG dengan satu titik akses melalui UnionPay memberikan empat kelebihan kepada rakan kongsi apabila mereka melaksanakan pautan kod QR rentas sempadan. Pertama, ia mengurangkan kos integrasi sistem dan pembaziran sumber daripada perubahan sistem yang berulang. Kedua, ia menggalakkan standard disatukan untuk menjalin kerjasama dengan penyedia dompet luar negara, memberikan kecekapan yang lebih tinggi dan pengalaman yang lebih baik kepada mereka apabila mereka mengakses pasaran pembayaran China dan memupuk persaingan yang adil dan pembangunan sihat dalam ekosistem pembayaran kod QR rentas sempadan global. Ketiga, dompet luar negara boleh mendapat liputan penerimaan yang lebih luas di tanah besar China. Selain rangkaian UnionPay, peniaga kod QR WeChat Pay di tanah besar China juga akan dapat menerima pembayaran daripada dompet ini. Keempat, CPG menggunakan antara muka maklumat disatukan untuk pembayaran masuk daripada dompet luar negara dan juga transaksi keluar daripada dompet Cina, lalu mengupayakan pengurusan pembayaran kod QR rentas sempadan terpusat. Ini akan menyokong institusi-institusi yang mengambil bahagian dalam menyediakan perkhidmatan yang lebih terjamin dan andal kepada pengguna global.

Melalui kolaborasi bersama UnionPay, pengendali dompet luar negara boleh memperoleh nilai dalam dua aspek. Dari satu segi, mereka boleh menawarkan keupayaan pembayaran mudah alih dalam lebih banyak rangkaian tindakan dengan penyelesaian pembayaran dompet bersepadu UnionPay yang menyokong OEM (Original Equipment Manufacturer) Pay, pembayaran kod QR dan pembayaran dalam-aplikasi. Mereka juga boleh memanfaatkan rangkaian perkongsian global UnionPay. Dari satu segi yang lain, mereka boleh memanfaatkan faedah-faedah kad UnionPay dan menggunakan perkhidmatan nilai tambah berasaskan rangkaian tindakan bagi meningkatkan keterlibatan pengguna.

Sebagai pembangun utama CPG, UnionPay memajukan ciri saling boleh kendali kod QR melalui perkhidmatan komprehensif dan pembangunan ekosistem dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Di tanah besar China, UnionPay menggiatkan usaha untuk mempromosikan Project Excellence dan terus menambah baik perkhidmatan pembayaran untuk pelawat antarabangsa ke China. Setakat Ogos tahun ini, inisiatif ini meliputi 1.35 juta peniaga dalam rangkaian tindakan yang utama, 232 produk kod QR teragregat menerima dompet luar negara untuk pembayaran dan 168 peniaga dalam talian utama menerima kad UnionPay yang dikeluarkan di luar tanah besar China. Asas yang kukuh diletakkan untuk ekosistem pembayaran disatukan dan lebih mudah di China. Data menunjukkan bahawa transaksi yang dibuat di tanah besar China menggunakan kad UnionPay yang dikeluarkan di luar tanah besar China atau dompet rakan kongsi UnionPay antarabangsa meningkat sebanyak 111% dari segi angka dan 29% dari segi nilai tahun ke tahun.

Di peringkat antarabangsa, UnionPay mempromosikan saling boleh kendali kod QR rentas sempadan dengan dua model perkongsian yang beroperasi selari: model Kerajaan-ke-Kerajaan (G2G) dan model Rangkaian-ke-Rangkaian (N2N). Setakat ini, UnionPay melancarkan atau sedang mengusahakan 19 projek saling boleh kendali dengan rakan sejawatnya di 19 negara, termasuk Vietnam, Indonesia, Kemboja dan Argentina. Hasilnya, lebih 11 juta peniaga luar negara menerima pembayaran kod QR UnionPay; angka ini akan meningkat kepada puluhan juta menjelang akhir tahun ini. Dari segi akaun, lebih 170 dompet pembayaran kod QR luar negara diintegrasikan ke dalam rangkaian UnionPay yang meliputi 30 negara dan wilayah di luar tanah besar China. 

Data rasmi menggariskan penggunaan CPG yang meningkat dengan pesat: Menjelang 11 September, ia memproses 1.981 juta transaksi yang bernilai RMB 427 juta. Tatkala China memperluas dasar kemasukan tanpa visanya, usaha berterusan oleh UnionPay untuk menambah baik infrastruktur CPG akan memainkan peranan yang penting dalam mencapai potensi untuk pertumbuhan penggunaan masuk, memudahkan perjalanan global dan pertukaran perniagaan, serta memantapkan kedudukan CPG sebagai asas bagi saling boleh kendali pembayaran antarabangsa.

Source: UnionPay International
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Electronic Commerce Financial Technology