LONDON, 30 September 2025 /PRNewswire/ -- Baru-baru ini, persinggahan pertama bersempena sambutan ulang tahun ke-50 Linglong telahpun diadakan secara besar-besaran di London, UK. Hampir 200 pengedar dari Eropah, Amerika Utara, Asia Tenggara dan kawasan-kawasan lain di serata dunia berhimpun bagi menyaksikan detik bersejarah ini.
"Sepanjang lima dekad yang lalu, kami berkembang daripada sebuah perusahaan tempatan menjadi sebuah syarikat multinasional dengan tujuh pangkalan pengeluaran di seluruh dunia. Ini bukan sahaja merupakan satu kebanggaan buat Linglong tetapi juga langkah ke hadapan yang utuh dalam menyumbang kepada ekosistem mobiliti global," kata Wang Feng, Pengerusi Linglong Tire dalam ucapan keraiannya.
Selanjutnya, En. Wang mengulas mengenai perjalanan syarikat ini bermula daripada penubuhannya untuk menjadi penggiat yang terkemuka dalam industri tayar global menerusi Linglong Tire 50th Anniversary Special Report (Laporan Khas Ulang Tahun Ke-50 Linglong Tire). Di samping itu, En. Xu Yongchao, Naib Presiden Linglong Tire, menghuraikan mengenai susun atur global dan kemajuan prestasi syarikat ini di pasaran-pasaran global yang utama. Andreas, Pengarah Teknikal Linglong Germany memperkenalkan inovasi oleh syarikat ini dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) tayar serta pelan produk masa depan.
Sepanjang pembangunannya selama 50 tahun, Linglong sentiasa percaya bahawa kerjasama yang saling menguntungkan menjadi asas bagi pertumbuhan yang mampan. Semasa sambutan ini, syarikat menyampaikan empat kategori anugerah kepada rakan-rakan saluran global bagi memberi penghormatan kepada mereka yang telah berjuang di samping Linglong dan meninjau pasaran bersama-sama.
En. Wang menyatakan, "Perjalanan Linglong Tire tidak akan dapat dijayakan tanpa sokongan padu daripada rakan-rakan kongsi kami. Andalah aset Linglong yang paling berharga." Banyak wakil pengedar naik ke pentas untuk menerima anugerah dan berkongsi kisah mereka berkembang bersama-sama Linglong. Ramai tetamu turut menyatakan bahawa Linglong bukan sahaja menyediakan produk yang berkualiti tinggi tetapi turut menekankan penciptaan nilai bersama seiring dengan rakan-rakan kongsi.
Sebagai acara kemuncak dalam sambutan ini, Linglong mengundang rakan-rakan kongsinya untuk menonton perlawanan Chelsea lwn. Brighton, menyampaikan nilai-nilai jenama ini melalui bahasa sukan sejagat. Keghairahan dan dedikasi di atas padang mencerminkan perjalanan Linglong selama lima dekad yang berusaha untuk mencapai kecemerlangan. Di luar padang, logo-logo jenama Linglong bersinar di samping perlawanan Chelsea yang cukup mengujakan. Ini bukan sahaja merupakan satu integrasi mendalam oleh jenama ini ke dalam lapangan ini tetapi juga langkah strategik untuk Linglong mencapai nilai yang sejajar dengan IP antarabangsa yang terkemuka.
Daripada "pembuatan" kepada "pembuatan pintar," Linglong akan terus meningkatkan pelaburan dalam R&D dan inovasi, seterusnya menerapkan aspek keselamatan, kemampanan dan kecerdasan ke dalam DNA produk-produknya. Daripada "tempatan" kepada "global," syarikat ini akan memperkukuh operasi antarabangsanya bagi menunjukkan kekuatan jenama-jenama Cina di persada dunia!