KUALA LUMPUR, Malaysia, 30 September 2025 /PRNewswire/ -- Acara Promosi Kebudayaan dan Pelancongan (Malaysia) Picturesque Zhejiang "Where Clouds Meet the Sea, Culture Finds Its Harmony" ("Di mana Awan Bertemu Lautan, Budaya Menemui Keharmoniannya") telahpun diadakan di Kuala Lumpur pada petang 17 September. Dianjurkan oleh Jabatan Kebudayaan, Radio, Televisyen dan Pelancongan Wilayah Zhejiang, perhimpunan ini mengalu-alukan kira-kira 120 tetamu, termasuk YBrs. Encik Chua Choon Hwa, Timbalan Ketua Setiausaha (Pelancongan) Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, serta Xu Xiao, Timbalan Pengarah Jabatan Kebudayaan, Radio, Televisyen dan Pelancongan Wilayah Zhejiang. Turut hadir ialah wakil-wakil daripada pertubuhan pelancongan dan kebudayaan terkemuka, serta rakan-rakan media dari kedua-dua negara.
Dalam ucapannya, Timbalan Pengarah Xu Xiao menekankan mengenai hubungan budaya dan pelancongan yang sudah lama terjalin antara Zhejiang dan Malaysia, menyatakan bahawa kedua-duanya berperanan sebagai destinasi dan sumber pelawat yang penting antara satu sama lain. Xu menyatakan minat wilayah berkenaan untuk menyambut lebih ramai pengembara dari Malaysia bagi merasai pengalaman landskap yang indah, warisan budaya dan bandar moden Zhejiang.
Timbalan Ketua Setiausaha Encik Chua Choon Hwa sependapat mengenai sentimen ini dengan menyatakan bahawa persahabatan yang sudah lama bertahan antara Malaysia dan China memberikan asas kukuh untuk kolaborasi yang berterusan. Beliau menambah bahawa promosi ini menyokong usaha yang berterusan untuk memperluas pertukaran pelancongan dan budaya dua hala sekali gus menyumbang kepada momentum inisiatif "Visit Malaysia 2026" oleh Malaysia.
Program ini memaparkan persembahan video imersif dan pertunjukan kebudayaan secara langsung yang menonjolkan keindahan semula jadi, kesenian tradisional dan pembangunan bandar yang dinamik di Zhejiang, lalu memberikan gambaran jelas kepada para hadirin terhadap tarikan unik dan peluang pelancongan di wilayah berkenaan.
China Eastern Airlines mengambil bahagian dalam acara ini dengan memperkenalkan laluan penerbangan dan program perjalanannya, diikuti dengan cabutan hadiah untuk dua tiket perjalanan pergi dan balik dari Malaysia ke Zhejiang. Acara ini turut melibatkan sesi perangkaian perniagaan yang melaluinya lebih 60 syarikat pelancongan dan wakil syarikat penerbangan dari Zhejiang dan Malaysia bertemu untuk membincangkan mengenai perkongsian serta bagi memperluas program perjalanan yang koperatif.
Pertukaran ini dijangka akan mengukuhkan lagi perkongsian pelancongan dan membuka laluan baharu bagi mencapai pertumbuhan berkualiti tinggi yang mampan menerusi kolaborasi budaya dan ekonomi.