omniture

Modul Vertex N Shield Trinasolar menang anugerah keandalan komprehensif daripada TÜV Rheinland

Trina Solar Co., Ltd
2025-09-30 21:57 30

CHANGZHOU, China, 30 September 2025 /PRNewswire/ -- Trinasolar mengumumkan modul Vertex N Shield diberi penghormatan menerusi Anugerah Keandalan Komprehensif modul PV di Kongres Solar & ESS 2025 "All Quality Matters" TÜV Rheinland kali ke-11, lantas menonjolkan keandalan modul Trinasolar yang luar biasa.

Comprehensive Reliability Award
Comprehensive Reliability Award

TÜV Rheinland menilai modul-modul berdasarkan lima dimensi, termasuk kitaran haba, beban mekanikal dan tegasan dinamik, pendedahan UV dan pembekuan-kelembapan, haba lembap dan PID, modul Vertex N Shield mencapai skor 94 yang mengagumkan, menduduki tempat pertama dengan setiap penunjuk yang mengatasi modul-modul pesaing yang lain dan mengesahkan sepenuhnya keandalannya dalam tempoh jangka panjang.

"Sudah sepuluh tahun lamanya sejak Trinasolar mula memajukan teknologi TOPCon pada tahun 2015. Modul TOPCon kami yang memenangi 'Anugerah Keandalan Komprehensif' 2025 merupakan satu pengiktirafan yang besar buat kami. Trinasolar akan terus menyediakan produk dan penyelesaian yang lebih andal untuk pelanggan," ulas Lei Gao, Pengarah Pengurusan Produk Sel dan Solar Global di Trinasolar.

Modul Vertex N Shield yang memenangi anugerah membawakan teknologi i-TOPCon termaju. Kacanya adalah 25% lebih tebal berbanding modul konvensional dan ketahanannya terhadap impak tenaga adalah 2.5 kali lebih tinggi. Dalam keadaan hujan batu yang teruk, ia mampu bertahan daripada hujan batu 75mm pada sudut 60° yang diperakui oleh RETC. Reka bentuk bingkai inovatif daripada modul ini meningkatkan kapasiti galas beban, seterusnya meningkatkan selanjutnya kestabilan dan keandalan serta melindungi aset loji janakuasa PV.

Sebelum anugerah ini, keandalan tinggi modul ini disahkan oleh RETC pada bulan Jun apabila modul ini memperoleh gelaran "Pencapai Tinggi" dalam pelbagai kategori, termasuk TC600, DH2000, SDML dan PID.

Modul Vertex N Shield, iaitu produk andalan daripada modul TOPCon Trinasolar, merupakan asas kepada penyelesaian iklim melampau Shield yang dilancarkan pada Mac 2025. Penyelesaian ini mempelopori era baharu bagi penyelesaian berasaskan senario.

Selain modul TOPCon, penyelesaian iklim melampau turut melibatkan sistem penjejakan pintar yang melaksanakan langkah-langkah perlindungan pintar untuk loji PV bagi memastikan operasi yang stabil dalam seluruh sistem. Penyelesaian ini bukan sahaja diterjemahkan kepada hasil yang lebih tinggi, bahkan turut mengurangkan BOS dan LCOE.

Komited untuk menjadi peneraju bertaraf global bagi penyelesaian PV pintar dan storan tenaga, Trinasolar memberikan penyelesaian tersuai untuk pelbagai senario, termasuk kawasan padang pasir serta kawasan luar pesisir dan ia turut mendapat pengiktirafan yang meluas. Selain mengekalkan status BNEF Tahap 1 untuk modul dan juga storan, baru-baru ini, ia dinamakan dalam senarai utama Syarikat-syarikat Tahap 1 untuk modul PV dan sistem storan tenaga S&P Global Commodity Insights.

Source: Trina Solar Co., Ltd
Related Stocks:
Shanghai:688599
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Utilities Awards Trade show news