omniture

Festival Tanglung Pertengahan-Musim Luruh Rentas-Selatan (Kunshan) 2025 Bermula

Cross-Strait (Kunshan) Mid-Autumn Lantern Festival
2025-09-30 22:15 30

KUNSHAN, China, 30 September 2025 /PRNewswire/ -- Festival Tanglung Pertengahan Musim Luruh Rentas Selat (Kunshan) 2025 dimulakan secara rasmi dengan upacara pencahayaan yang dihadiri oleh para pegawai tempatan dan wakil-wakil komuniti pada 29 September di Kunshan, Wilayah Jiangsu. Satu siri program orang ramai dan aktiviti kebudayaan akan diteruskan sehingga penghujung bulan Oktober.


Menumpukan pada tema "Kembar Memekar, Cahaya Dikongsi Bersama" ("Twin Blossoms, Shared Lights"), festival pada tahun ini membawakan teknologi cahaya dan visual yang canggih bagi memaparkan hasil daripada kolaborasi industri dan inovasi kewangan antara Kunshan serta Taiwan. Acara ini juga bermatlamat untuk memperkukuh pertukaran budaya, pelancongan dan ekonomi merentasi Selat.

Festival ini berlangsung di dua lokasi utama: Dataran Huiju dan Bandar Purba Zhouzhuang. Di Dataran Huiju, tema "Rusa" dan "Bunga" dihidupkan melalui pertunjukan dron dan persembahan robot interaktif yang diilhamkan oleh Kunqu Opera yang menampilkan penyepit rambut bunga dan lengan air (water sleeves) bagi menggabungkan keindahan seni tradisional dengan inovasi moden. Di Bandar Purba Zhouzhuang, pemasangan tanglung bertema di seluruh taman ini menawarkan suasana indah yang membolehkan pengunjung mengalami tarikan bersejarah dan warisan budaya bandar ini.

Dataran Kunshan Huiju berperanan sebagai tempat perhimpunan pusat untuk interaksi awam antara komuniti di seluruh Selat yang dibangunkan secara bersama oleh Jawatankuasa Perbandaran Kunshan CPC dan Kerajaan Perbandaran dengan kerjasama firma-firma Taiwan yang sealiran. Pada 29 September, pemimpin-pemimpin bandar mengumumkan pelan penambahbaikan untuk kawasan ini dengan menggariskan penaiktarafan yang berterusan kepada kemudahan alam sekitar, ruang hiburan serta fasiliti yang menyokong inovasi budaya dan industri.

Inisiatif-inisiatif pertukaran budaya di Kunshan baru-baru ini turut merangkumkan "Pameran Undangan Artis Pastel Rentas Selat – Pameran Khas Ulang Tahun ke-10" dan "Seni Unik, Asal-Usul Dikongsi Bersama Merentasi Selat – Pameran Koleksi Seni Kunqu Opera." Semasa berlangsungnya festival ini, penyertaan yang memenangi anugerah daripada Pertandingan Reka Bentuk Tanglung ke-6 akan dapat disaksikan. Program ini turut merangkumkan Perkumpulan Pertengahan Musim Luruh Komuniti Perniagaan Taiwan Kunshan 2025, Persembahan Kebudayaan dan Kesenian Rentas Selat serta Hari Kebudayaan Rakyat Rentas Selat yang kesemuanya direka untuk meraikan tradisi yang dikongsi bersama dan mengeratkan hubungan sesama rakyat di kedua-dua belah Selat.

Kunshan kekal sebagai salah satu pusat yang utama di tanah besar untuk pelaburan Taiwan, menjadi tuan rumah bagi penumpuan terbesar bagi syarikat-syarikat Taiwan dan rangkaian yang teguh bagi pertukaran ekonomi, perdagangan serta budaya. Kira-kira 100,000 penduduk dan ahli perniagaan Taiwan menetap dan bekerja di bandar ini. Zon Perintis Kunshan untuk Mempererat Kerjasama Industri Rentas Selat mencapai kemajuan yang mantap sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Setakat Ogos 2025, Kunshan meluluskan 6,188 projek yang dibiayai oleh Taiwan dengan jumlah pelaburan melebihi AS$70.8 bilion.

Source: Cross-Strait (Kunshan) Mid-Autumn Lantern Festival
Keywords: Art Entertainment Travel New products/services