omniture

Paradigma Baharu dalam Pendidikan Global: Program "Future Leaders" Peking University Alu-alukan Kohort Keenam

Peking University
2025-10-01 02:12 41

BEIJING, 1 Oktober 2025 /PRNewswire/ -- Pusat Pengajian Pengurusan Guanghua, Peking University mengalu-alukan kohort keenam daripada Program Siswazah Antarabangsa "Future Leaders" ("Pemimpin Masa Depan") pada September ini. Dipelopori oleh Guanghua pada tahun 2019, program dwi-ijazah ini memupuk pemimpin yang mempunyai wawasan China yang mendalam dan visi global. Sejak itu, ia mewujudkan rangkaian yang terdiri daripada 15 pusat pengajian perniagaan antarabangsa yang terkemuka, lalu menarik minat 235 pelajar berpencapaian tinggi dari 35 negara dan wilayah.

Peking University Guanghua School of Management’s “Future Leaders” Program students on campus during their two-year China study.
Peking University Guanghua School of Management’s “Future Leaders” Program students on campus during their two-year China study.

Model tersendiri dalam program ini menghimpunkan pelajar-pelajar terbaik yang dipilih dengan teliti oleh setiap universiti rakan kongsi, yang mana, selepas dua tahun melanjutkan pengajian di institusi asal mereka, menyertai PKU Guanghua di China untuk memperoleh pengalaman selama dua tahun yang imersif. Para pelajar mengikuti kurikulum yang ketat dan berkolaborasi bersama perusahaan-perusahaan terkemuka, dengan kajian meliputi bukan sahaja Beijing tetapi juga kampus-kampus satelit Guanghua di seluruh China. Struktur ini memberikan pendedahan secara langsung kepada kepelbagaian dinamik ekonomi negara ini dan semangat yang inovatif, seterusnya melengkapkan mereka dengan pemahaman praktikal mengenai pasaran Cina dalam kohort yang pelbagai di peringkat global.

Pendekatan inovatif daripada program ini diketengahkan lagi di Forum Dekan Future Leaders di Beijing baru-baru ini, yang mana dekan-dekan daripada 16 institusi berhimpun. Forum ini mencapai kemuncaknya menerusi penandatanganan Consensus on the Future of Business Education (Konsensus mengenai Masa Depan Pendidikan Perniagaan) yang menekankan transformasi digital, kemampanan, pembelajaran antara disiplin serta kepimpinan beretika dan berpandangan global.

"Pendidikan perniagaan berada di persimpangan," kata Profesor Liu Qiao, Dekan Pusat Pengajian Pengurusan Guanghua. "Kita harus mempersiapkan pelajar-pelajar kita bukan sahaja dengan kemahiran teknikal, malah dengan imaginasi, nilai, serta keberanian untuk menangani masalah masyarakat yang rumit."

Kemasukan program ini bersifat sangat selektif yang memilih para pelajar daripada kedudukan 20% teratas di universiti mereka melalui penilaian dua peringkat yang ketat bagi memastikan kohort yang cemerlang dari segi akademik dan berciri pelbagai di peringkat global.

Para siswazah mengejar kerjaya yang memberi impak dalam bidang kewangan, perundingan, teknologi dan inovasi sosial — termasuk Goldman Sachs, McKinsey, Tencent dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu — atau melancarkan usaha niaga mahupun melanjutkan pengajian peringkat ijazah lanjutan di institusi-institusi seperti Stanford, Harvard dan juga Oxford.

Niklas Muennighoff daripada kohort sulung dan kini sedang mengikuti pengajian PhD dalam AI di Stanford University, berkata: "Program Future Leaders memberi saya pemahaman sebenar mengenai budaya perniagaan China dan cara untuk bekerja dengan berkesan merentasi sempadan. Pengalaman projek akhir bersifat transformatif dalam membentuk pandangan profesional saya."

Tatkala rangkaian ini berkembang melalui dialog bersama institusi-institusi di UK, Australia, Mexico, Indonesia dan seterusnya, Program "Future Leaders" berevolusi menjadi satu eksperimen yang lebih luas tentang bagaimana universiti-universiti boleh berkolaborasi bagi mempersiapkan pelajar dalam menghadapi era cabaran global yang dikongsi bersama.

 

Source: Peking University
Keywords: Computer/Electronics Education Higher Education