omniture

MAJLIS PELANCONGAN KESIHATAN MALAYSIA (MHTC) MENGALU-ALUKAN PELANTIKAN SURIAGHANDI SUPPIAH SEBAGAI KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF (CEO) BAHARU

Malaysia Healthcare Travel Council
2025-10-01 14:19 13

KUALA LUMPUR, Malaysia, 1 Oktober 2025 /PRNewswire/ -- Menteri Kesihatan, Y.B. Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad hari ini mengumumkan bahawa proses pemilihan dan penilaian bagi jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Majlis Pelancongan Kesihatan Malaysia (MHTC) telah dimuktamadkan dengan pelantikan Encik Suriaghandi Suppiah berkuat kuasa pada 29 September 2025.

Kecemerlangan kerjaya Encik Suriaghandi telah diperkasakan oleh kepimpinan beliau dalam melaksanakan pelbagai inisiatif transformasi, memperkukuhkan operasi, dan memacu pertumbuhan mampan dalam pelbagai sektor. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Penasihat Penjagaan Kesihatan kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), di mana beliau memainkan peranan utama dalam merangka Strategi Pelaburan Penjagaan Kesihatan KWSP. Selian itu, beliau juga memegang jawatan sebagai Ahli Lembaga Majlis Sukan Negara dan beliau telah mengetuai pelbagai inisiatif reformasi serta memainkan peranan utama dalam pelaksanaan Program Pembangunan Sukan Olimpik.

Sepanjang tempoh kerjayanya, Encik Suriaghandi telah memegang pelbagai jawatan penting termasuk Ketua Pegawai Operasi Kumpulan di KPJ Healthcare Berhad, Perunding di Vamed Healthcare Services, dan Pengarah Pengurusan Hartanah di Savills Malaysia. Beliau juga telah menyumbangkan jasa serta khidmat bakti di Khazanah Nasional Berhad serta Parkway Group Healthcare, khususnya dalam aspek pelaburan strategik, pengembangan perniagaan, serta transformasi organisasi.

Mengulas mengenai pelantikan ini, Y.B. Menteri Kesihatan, Dr. Dzulkefly Ahmad berkata: "Ekosistem industri perkhidmatan kesihatan Malaysia dilihat terus berkembang kukuh bukan sahaja di peringkat domestik tetapi juga di peringkat antarabangsa. Selaras dengan pelaksanaan Tahun Pelancongan Perubatan Malaysia 2026 (MYMT2026), kami terus komited untuk mempertingkatkan reputasi Malaysia sebagai destinasi utama dalam penjagaan kesihatan yang berkualiti, bertaraf dunia serta mampu milik."

Sebagai peneraju MHTC yang baharu, Encik Suriaghandi Suppiah dilihat untuk terus memacu misi MHTC dalam memperkukuhkan lagi kedudukan Malaysia sebagai destinasi pelancongan kesihatan dunia, di samping mengekalkan piawaian tertinggi dalam aspek kualiti rawatan, ketercapaian, dan nilai untuk pesakit antarabangsa.

For media inquiries and further information, please contact:

Mohamad Shahizam Fauzi                                              
Head, Communications
+603 8776 6168                 
shahizam.f@mhtc.org.my

Muhammad Rasydan Ma'at                                                         
Asst. Manager, Communications
+603 8776 6168     
rasydan.m@mhtc.org.my

About Malaysia Healthcare Travel Council

Malaysia Healthcare Travel Council (MHTC), established in 2009 under the purview of the Ministry of Health (MOH) Malaysia, is entrusted with developing and nurturing the "Malaysia Healthcare" brand. MHTC enhances, coordinates, and promotes Malaysia's healthcare travel industry by fostering industry collaborations and building valuable public-private partnerships both domestically and internationally. With 80 member hospitals nationwide, MHTC continues to elevate the healthcare travel ecosystem through strong branding, seamless patient experiences, and strategic market initiatives. In line with these efforts, MHTC is spearheading the Malaysia Year of Medical Tourism (MYMT) 2026, the nation's first dedicated year to celebrate and advance healthcare travel. MYMT 2026 serves as a milestone initiative to showcase Malaysia's world-class healthcare offerings, strengthen its position as the premier global healthcare destination, and highlight the industry's significant contribution to the national economy.

More information can be found at https://www.mhtc.org.my/ 

Source: Malaysia Healthcare Travel Council
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Travel Personnel announcements