omniture

MMORPG FANTASI GELAP TERUNGGUL NETMARBLE RAVEN2 DIJANGKA MENGADAKAN PELANCARAN GLOBAL PADA 22 OKTOBER

Netmarble
2025-10-01 15:00 45

SEOUL, Korea Selatan, 1 Oktober 2025 /PRNewswire/ -- Netmarble, pembangun dan penerbit yang terkenal bagi permainan berkualiti tinggi, mengumumkan secara rasminya bahawa MMORPG fantasi gelapnya yang akan datang, Raven2 akan dilancarkan di seluruh dunia pada 22 Oktober melalui platform mudah alih dan juga PC, dengan pramuat turun bermula pada 21 Oktober. Pendedahan ini dikongsi dalam episod "INSIDE RAVEN2" yang terkini.


Dalam episod "Dev's Message" yang baru disiarkan, Penerbit Eksekutif Doo-Hyun Cho mengetengahkan mengenai visi Raven2 untuk menyampaikan tiga pengalaman teras MMORPG. Pemain akan meneroka dunia fantasi gelap dengan lancar yang menampilkan item set sinematik yang berkualiti tinggi. Lapan kelas yang berbeza menawarkan penyesuaian gaya main yang unik, sementara medan pertempuran besar-besaran yang disatukan menyokong kerjasama berskala besar dan juga persaingan yang sengit.

Versi global Raven2 akan menyokong 150 negara dan 16 bahasa, termasuk bahasa Inggeris, bahasa Thai, bahasa Jerman, bahasa Perancis, bahasa Indonesia, bahasa Melayu dan banyak lagi. Perkhidmatannya akan dibahagikan kepada tiga wilayah utama: Amerika Utara, Asia Tenggara & Oceania, serta Eropah. Setiap kawasan akan menjadi tuan rumah kepada 2 Dunia, setiap satu mengandungi 12 pelayan yang membolehkan pemain bebas memilih mana-mana pelayan dalam wilayah mereka.

Bagi mengiktiraf pelancarannya, Raven2 menyediakan sebuah acara pelancaran yang istimewa. Pemain boleh memperoleh Kristal dengan menaikkan tahap dan 100 pemain teratas bagi setiap pelayan akan bersaing untuk memperoleh satu juta Kristal. Selain itu, dana cukai khas sebanyak satu juta Kristal akan dipradepositkan dalam setiap Pasaran pelayan dan pemain boleh menuntutnya dengan mengambil bahagian dalam aktiviti persatuan. Versi penuh bagi video "Dev's Message" tersedia di YouTube, Facebook, Discord rasmi Raven2 dan melalui saluran YouTube Epic Games.

Pemain boleh membuat prapendaftaran di Google Play dan App Store, atau senarai hajat permainan di Epic Games Store. Pemain yang membuat prapendaftaran akan menerima ganjaran eksklusif termasuk Pakaian Suci gred wiraan dan pakej istimewa semasa pelancaran rasmi permainan ini.

Dikuasakan oleh Unreal Engine, Raven2 mempersembahkan grafik yang tiada tandingan dan alam sejagat amat luas yang terletak di wilayah fantasi gelap yang melaluinya pemain menjadi ahli Kor Khas yang membawa "Stigma Sumpahan". Semasa mereka menyiasat fenomena aneh dan sangat berbahaya yang berlaku di seluruh dunia, mereka memulakan perjalanan untuk menewaskan syaitan dan membongkar rahsia di sebalik nasib dunia. Pertempuran berasaskan persatuan berskala besar dalam Raven2 merupakan ciri sepenuhnya pengalaman MMORPG yang benar-benar imersif dan berkualiti tinggi.

Untuk maklumat lanjut, kunjungi laman web rasmi dan ikuti Raven2 di YouTube, Facebook dan Discord untuk menonton episod-episod "INSIDE RAVEN2" baharu dan terus mendapat perkembangan terkini.

Latar Belakang Netmarble Corporation

Ditubuhkan di Korea pada tahun 2000, Netmarble Corporation ialah pembangun dan penerbit permainan global yang terkemuka. Melalui francais yang terkenal dan perkongsian strategik dengan pemegang IP peringkat teratas, syarikat ini membawakan pengalaman permainan yang inovatif dan menarik kepada audiens di seluruh dunia. Sebagai syarikat induk Kabam, SpinX Games, Jam City dan pemegang saham utama HYBE dan NCSOFT, portfolio Netmarble yang pelbagai merangkum Solo Leveling:ARISE, Seven Knights Idle Adventure, Tower of God: New World, Lineage 2: Revolution, MARVEL Future Fight, Ni no Kuni: Cross Worlds dan The Seven Deadly Sins: Grand Cross. Maklumat lanjut boleh ditemui di http://company.netmarble.com.

Source: Netmarble
Related Stocks:
Korea:251270
Keywords: Electronics Gaming Computer/Electronics Entertainment Mobile Entertainment Telecommunications New products/services Future Events