omniture

Hilton Petaling Jaya Lakar Era Baharu Hospitaliti

Hilton
2025-10-01 15:11 11

Mentakrifkan semula hospitaliti dengan menggabungkan budaya tempatan, pengalaman eksklusif, dan layanan sempurna untuk pengembara moden

PETALING JAYA, Malaysia, Oct. 1, 2025 /PRNewswire/ -- Hilton Petaling Jaya memperkenalkan identiti baharu sebagai pilihan terbaik untuk memulakan perjalanan penemuan anda, dengan bilik bergaya moden, sajian kulinari yang dipertingkat dan kemudahan mesyuarat serba lengkap. Transformasi ini direka untuk memudahkan pengembara moden menikmati keseimbangan sempurna antara urusan perniagaan, aktiviti santai dan penemuan budaya tempatan yang autentik.

Hilton Petaling Jaya Lakar Era Baharu Hospitaliti
Hilton Petaling Jaya Lakar Era Baharu Hospitaliti

"Transformasi ini bukan sekadar perubahan visual, sebaliknya ia mendefinisikan semula cara para tetamu menikmati pengalaman penginapan mereka," ujar Pengurus Besar Hilton Petaling Jaya, Andre Gomez. "Setiap perincian, daripada rekaan bilik yang kontemporari hinggalah ke ruang acara pelbagai fungsi, mencerminkan komitmen Hilton untuk menawarkan hospitaliti bertaraf dunia sambil kekal relevan dengan keperluan pengembara masa kini."

Penginapan

Transformasi ini memperkenalkan 547 bilik dan suite yang telah diubahsuai, menampilkan elemen elegan kontemporari dengan sentuhan halus budaya Malaysia. Ruang bersama, termasuk lounge dan Executive Lounge yang luas, kini menampilkan susun atur yang intuitif serta pod produktiviti, menawarkan suasana yang harmoni dan tenang sama ada untuk interaksi sosial atau pun kerja.

Mesyuarat & Acara

Dengan ruang acara yang fleksibel seluas 1,748 meter persegi, Hilton Petaling Jaya memperkenalkan ciri yang direka khusus bagi menggalakkan kerjasama dan kreativiti. Selain Kristal Ballroom tanpa tiang yang boleh menampung sehingga 1,000 tetamu, hotel ini turut menawarkan 20 bilik mesyuarat moden yang dilengkapi dengan teknologi A/V tercanggih serta kemudahan 'wireless casting'. Dengan pakej "Meet with Purpose" daripada Hilton, setiap mesyuarat bukan sahaja menjadi lebih bermakna, tetapi juga lebih mesra alam. Nikmati waktu rehat yang memberi tenaga semula, pilihan neutral karbon melalui kerjasama eksklusif dengan ClimeCo, dan 'Discovery Breaks' berinspirasikan budaya tempatan seperti sesi merasa kopi artisan atau bengkel budaya mini. 

Makanan & Minuman

Santapan di Hilton Petaling Jaya meraikan pengalaman kulinari yang merangkumi pelbagai cita rasa menyelerakan. Para tetamu boleh menikmati keaslian hidangan Kantonis di Toh Yuen, merasai keenakan masakan tradisional Jepun di Genji, atau menghayati warisan tempatan di Paya Serai, destinasi menjamu selera yang istimewa di hotel ini. Untuk suasana malam yang lebih eksklusif, Rye menawarkan pengalaman intim dengan minuman berasaskan wiski, manakala Drip Café menyajikan kopi berkualiti tinggi dan pastri dalam suasana yang menenangkan.

Tempah perjalanan penemuan anda sekarang di hilton.com/PetalingJaya. Ikuti @HiltonPetalingJaya di Instagram dan Facebook, dan sertai perbualan dengan #GatewayToDiscoveryPJ

Source: Hilton
Related Stocks:
NYSE:HLT
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Hotels and Resorts Travel New products/services