![]() |
SEOUL, Korea Selatan, 2 Oktober 2025 /PRNewswire/ -- Kolmar Korea, sebuah syarikat ODM (Pembuatan Pembangunan Asal) global yang terkemuka, berpadu tenaga bersama Amazon untuk membentangkan hala tuju yang strategik bagi mencapai pengembangan K-Beauty di seluruh dunia. Syarikat ini menekankan bahawa daya saing terbeza yang dibina berdasarkan kepakaran teknologi merupakan elemen utama bagi kejayaan global K-Beauty, lantas menarik perhatian industri.

Naib Pengerusi Kumpulan Kolmar, Sang-Hyun Yoon, menyampaikan ucapan di acara “Amazon Beauty in Seoul” yang berlangsung di COEX Grand Ballroom pada 19 September.
Kolmar Korea mengumumkan penyertaannya sebagai penaja pembuatan eksklusif Amazon Beauty in Seoul 2025 yang diadakan pada 19 September di Grand Ballroom COEX di Seoul. Acara ini menghimpunkan seramai lebih daripada 3,000 hadirin dari seluruh industri kecantikan, termasuk wakil jenama, pengedar, pempengaruh, pelabur dan pihak berkepentingan lain, baik di lapangan mahupun dalam talian. Penceramah-penceramah terkenal melibatkan Sang-Hyun Yoon, Naib Pengerusi Kolmar Group dan Hwa-Sook Shin, Pengurus Negara bagi Amazon Global Selling Korea.
Semasa sesi "Visi Global", Naib Pengerusi Yoon menyampaikan ucaptama yang bertajuk "Kejayaan K-Beauty dari Perspektif Pengilang." Beliau menyatakan, "Tanpa evolusi, syarikat-syarikat tidak dapat elak daripada mengalami ketinggalan. Usaha tanpa henti dan inovasi yang berterusan menjadi amat penting demi membina jenama yang berjaya." Yoon seterusnya menjelaskan, "Pengguna Korea merupakan antara yang paling mendesak di dunia dan pengalaman pasaran domestik yang amat kompetitif inilah yang menjadi asas bagi daya saing global K-Beauty. Dengan mendapatkan produk-produk blokbuster berdasarkan pemahaman yang mendalam tentang pengguna dan barisan produk yang kian berkembang, jenama-jenama boleh mencapai kejayaan global yang sebenar."
Kolmar Korea turut mengendalikan reruai pameran berskala besar di acara ini bagi mempamerkan penyelesaian dalam aspek penjagaan kulit, solekan, penjagaan diri, penjagaan daripada cahaya matahari dan pembungkusan kosmetik. Syarikat ini memberikan khidmat runding tersuai untuk rakan kongsi perniagaan baharu dan juga global, meninjau peluang kolaborasi terperinci yang boleh membawa kepada pertumbuhan perniagaan yang mampan dan bukannya transaksi sekali sahaja. Ramai bakal usahawan turut terlibat dalam perbincangan mendalam mengenai cara untuk mengubah idea menjadi usaha niaga yang boleh diambil tindakan.
Seorang jurucakap Kolmar Korea mengulas, "Acara ini mengesahkan sekali lagi peranan penting dan kepentingan syarikat-syarikat ODM dalam memacu pertumbuhan K-Beauty yang mampan. Melangkah ke hadapan, kami akan terus menyokong pengembangan pasaran global pelanggan kami secara aktif melalui perkongsian strategik kami bersama Amazon dan dalam masa yang sama menyumbang kepada pengukuhan daya saing keseluruhan dalam industri K-Beauty."
Kolmar Korea mengekalkan perkongsian yang berterusan dengan Amazon sejak menganjurkan secara bersama K-Beauty Conference pertama pada Jun 2024. Kedua-dua syarikat terus berkolaborasi dengan erat bagi menggiatkan globalisasi K-Beauty dan menyediakan jenama-jenama dengan sumber yang mereka perlukan untuk berjaya di pasaran antarabangsa.
Latar Belakang Kolmar Korea
Ditubuhkan pada tahun 1990, Kolmar Korea merupakan peneraju bertaraf global dalam industri kosmetik, farmaseutikal dan makanan tambahan kesihatan yang mengkhusus dalam penyelesaian ODM (Pembuatan Pembangunan Asal). Dengan keupayaan penyelidikan dan pembangunan (R&D) terkini dan kemudahan pembuatan termaju, Kolmar Korea bekerjasama dengan jenama-jenama kecantikan dan penjagaan kesihatan global bagi menyampaikan produk-produk yang inovatif dan berkualiti tinggi. Beribu pejabat di Seoul, Kolmar Korea terus memacu pertumbuhan dan globalisasi K-Beauty dengan menyediakan penyelesaian hujung-ke-hujung bermula daripada formulasi hinggalah produk siap.
Maklumat Perhubungan Media
Kolmar Holdings
Jang-Woo Lee
jay.lee@kolmar.co.kr