omniture

Dari Twist, Lick, Dunk kepada #TwistLickDance, OREO membawa keriangan dengan gerakan ikoniknya melalui kolaborasi bersama BABYMONSTER

Mondelez
2025-10-02 12:04 8

Kolaborasi yang menggabungkan dua ikon global dalam pelancaran hebat dengan biskut yang direka khas buat pertama kalinya oleh artis, perisa baharu menarik dan kad foto eksklusif untuk Malaysia. 

KUALA LUMPUR, Malaysia, 2 Oktober 2025 /PRNewswire/ -- OREO, jenama biskut kesayangan ramai telah membuat satu lagi kolaborasi yang di luar jangkaan. Sarungkan kasut tarian anda kerana OREO x BABYMONSTER kini tiba untuk memberikan keenakan rasa yang membuat anda terasa seperti ingin menari.

Dari Twist, Lick, Dunk kepada #TwistLickDance, OREO membawa keriangan dengan gerakan ikoniknya melalui kolaborasi bersama BABYMONSTER
Dari Twist, Lick, Dunk kepada #TwistLickDance, OREO membawa keriangan dengan gerakan ikoniknya melalui kolaborasi bersama BABYMONSTER

Pelancaran terkini ini adalah kesinambungan legasi OREO dalam memberi makna kepada budaya kerjasama, terutamanya melalui kolaborasi berprofil tinggi yang telah banyak menawan hati para peminat di seluruh dunia. Dengan karisma BABYMONSTER dan keenakan rasa OREO, kolaborasi OREO x BABYMONSTER kini sedia menakluki hati pencinta snek seluruh Malaysia.

Keriangan #TwistLickDance

Pengguna di serata dunia memang tidak asing lagi dengan cara menikmati OREO iaitu Putar, Jilat, Celup. Namun kini, OREO telah membawa kelainan kepada gerakan ikonik ini dengan kolaborasi terbaharunya.

Buat julung kalinya, OREO x BABYMONSTER meneroka rentak baharu, menyuntik keriangan kepada gerakan klasiknya: Memperkenalkan #TwistLickDance. Dengan lagu menarik yang dihasilkan oleh OREO serta koreografi yang dipersembahkan oleh BABYMONSTER, cabaran #TwistLickDance mengajak kesemua MONSTIEZ di Malaysia berseronok dengan irama rancak ini sambil menikmati keenakan OREO.

"Kolaborasi ini meletakkan kami seiring dengan rentak budaya terkini," kata Lucas Levy, Pengarah Kanan Pemasaran, Asia Tenggara. "Dengan menggabungkan keriangan OREO dengan hiburan bertenaga daripada ikon generasi baharu K-pop, BABYMONSTER, kami sedang mencipta momen di mana muzik, gerak tari, dan keenakan rasa – disatukan. Dengan BABYMONSTER, kami membayangkan trend ikonik OREO mencetus gema melalui revolusi #TwistLickDance bersama peminat generasi masa kini.

Rasakan Kehebatannya: Rasa Baharu, Warna Ceria dan Koleksi Pilihan Peminat

Buat pertama kalinya di Asia Tenggara. OREO berpasangan dengan artis global untuk mencipta semula pengalaman menikmati biskut enak ini. Diinspirasikan oleh trend pemanis mulut, OREO mempersembahkan biskut merah OREO BABYMONSTER dengan perisa Marshmallow Crème, bagi meraikan identiti BABYMONSTER.

OREO juga melancarkan biskut edisi khas yang direka sendiri oleh anggota kumpulan BABYMONSTER. Boleh didapati dalam perisa kegemaran seperti Vanila, Coklat, Strawberi dan juga edisi terhad Marshmallow, MONSTIEZ boleh mendapatkan foto kad dengan pembelian OREO x BABYMONSTER multipek. Kumpul kesemua 7 untuk melengkapkan set, sekali gus mengukuhkan tempat sebagai peminat utama BABYMONSTER.

Jom Berseronok dengan Aktiviti yang Disediakan

Bagi meraikan pelancaran ini, OREO merancang pelbagai aktiviti eksklusif untuk peminat di seluruh Malaysia dengan roadshow, peraduan dan hadiah yang menyeronokkan.

Lokasi Acara

Tarikh

AEON IOI Mall Putrajaya

14 - 19 Oktober

AEON Big Midvalley

21 - 26 Oktober

Lokasi Utama - Lotus's IOI Mall Putrajaya

29 Oktober - 2 November

Lotus's E-gate Penang

6 - 19 November

Village Grocer Southkey Johor Bahru

6 - 9 November

Sunshine Farlim

15 - 16 November

Lotus's Ampang

20 - 30 November

SOGO KL

20 - 21 November

TF Value Batu Caves

29 - 30 November

Midas Merge Tebrau Johor Bahru

11 - 14 Disember

Di Malaysia, para peminat juga boleh menyertai dua peraduan istimewa berikut:

  • Peraduan Beli, Selfie & Menang (1 Oktober – 31 Disember): Beli pek OREO x BABYMONSTER dan muat naik resit atau hantarkan selfie anda bersama Biskut OREO X BM ke http://www.oreobm.com. Anda berpeluang memenangi Kembara KPop ke Korea dan pelbagai BABYMONSTER merchandise seperti album bertandatangan, hoodie reversible, light stick, dan jersi rasmi
  • Cabaran #TwistLickDance(13 Oktober – 31 Disember): Dapatkan pek OREO x BABYMONSTER dan pamerkan kehebatan tarian #TwistLickDance anda. Tag OREO dan gunakan hashtag #TwistLickDance dan #OREOxBABYMONSTERMY. Anda berpeluang memenangi Kembara KPop ke Korea dan pelbagai barangan rasmi BABYMONSTER!

Untuk maklumat lanjut dan info terkini tentang kolaborasi OREO x BABYMONSTER, para peminat boleh layari http://www.oreobm.com dan ikuti @oreo.mysg di media sosial dan Tik Tok untuk sertai aktiviti yang disediakan menggunakan hashtag #TwistLickDance dan #OREOxBABYMONSTERMY.

About Mondelēz International (Malaysia)

Mondelēz International (Malaysia) is part of the Mondelēz International group of companies which empowers people to snack right in over 150 countries around the world, with a strong presence in Southeast Asia. With 2024 net revenues of approximately $36 billion, Mondelēz International is a member of the Standard and Poor's 500, Nasdaq 100 and Dow Jones Sustainability Index.

Mondelēz International is leading the future of snacking with iconic global and local brands such as Cadbury Dairy Milk chocolate, Cadbury Zip chocolate wafer, Cadbury 5 Star chocolate, Toblerone chocolate, OREO cookies, Chipsmore cookies, Jacob's biscuits, Tiger biscuits, Philadelphia cheese, Kraft cheese, Chacho's chips, Chipster chips, Twisties snacks and many more. We've been part of Southeast Asia for more than 70 years, with operations in Malaysia, Indonesia, the Philippines, Singapore, Thailand and Vietnam. Our +7,000 colleagues work across our ten manufacturing locations (including plants in Shah Alam and Prai), two research and development technical centers and our sales and marketing network to create products that people can truly love and feel good about. From wholesome treats to indulgent bites, consumers can enjoy the right snack, for the right moment, made the right way.

Source: Mondelez
Keywords: Advertising Entertainment Food/Beverages Music Retail New products/services Future Events