omniture

ENNOVI Umumkan Pengembangan Strategik 'Beyond Automotive'

ENNOVI
2025-10-02 16:00 36

SINGAPURA, 2 Oktober 2025 /PRNewswire/ -- ENNOVI umum langkah strategik memperluas fokus ke luar sektor automotif. Selaras dengan megatrend elektrifikasi dan AI yang membentuk kenderaan lebih pintar, selamat serta lestari dalam industri automotif, syarikat akan mengoptimumkan kepakaran teras keterhubungannya bagi meraih peluang di pasaran lebih luas. Langkah strategik ini mengukuhkan rekod kejayaan ENNOVI sebagai rakan dipercayai pelanggan, menawarkan inovasi bateri dan rangkaian kuasa daripada hibrid 48V ringan hinggalah ke BEV. Sistem keterhubungan isyarat mantap ENNOVI turut mempercepatkan kemajuan teknologi pemanduan autonomi. Kesemua kepakaran ini membuka jalan bagi elektrifikasi dan transformasi AI merentasi pelbagai industri.

ENNOVI Umumkan Pengembangan Strategik ‘Beyond Automotive’
ENNOVI Umumkan Pengembangan Strategik ‘Beyond Automotive’

"Strategi 'Beyond Automotive' adalah langkah evolusi semula jadi buat ENNOVI," ujar Stefan Rustler, Ketua Pegawai Eksekutif ENNOVI. "Berteraskan inovasi, kepantasan dan capaian global, kami komited memperkasa pelanggan menerajui megatrend elektrifikasi dan AI dalam pelbagai industri — mencapai masa depan dengan lebih cepat, tanpa batasan lokasi," jelasnya.

Pengembangan ENNOVI bakal memperluas penerapan kepakaran ke bidang aeroangkasa, peranti pengguna, storan data serta aplikasi industri. Dalam masa yang sama, Interplex Medical akan beroperasi di bawah jenama ENNOVI. ENNOVI Medical menawarkan penyelesaian perubatan berketepatan tinggi, boleh dipercayai serta berskala, bagi membolehkan OEM membangunkan peranti pintar kritikal misi untuk pelbagai kegunaan — termasuk diagnostik, pemantauan glukosa berterusan (CGM) dan aplikasi pembedahan invasif minimum.

Pengembangan ini akan disokong oleh struktur organisasi ringkas ENNOVI serta pasukan khusus bagi setiap industri, yang membolehkan penyesuaian pantas interkonektor, busbar, modul kuasa dan interkonektor bateri yang disesuaikan mengikut rantau atau platform pelanggan. Kecekapan dan sokongan setempat syarikat memenuhi keperluan pelbagai pasaran ini, sekali gus membolehkan OEM berinovasi dengan pantas.

ENNOVI kekal komited sepenuhnya dalam menyokong transformasi elektrifikasi industri automotif, dengan mengiktiraf kepentingan berterusan PHEV sebagai teknologi peralihan untuk pengguna serta kadar penerimaan HEV dan BEV yang berbeza mengikut rantau. Fokus dwihala ini, digabungkan dengan strategi baharu 'Beyond Automotive', memperkukuh kedudukan ENNOVI sebagai rakan strategik penting dalam landskap global yang terus berkembang.

MAKLUMAT TENTANG ENNOVI

ENNOVI memperkasa industri global untuk mempercepatkan elektrifikasi dan transformasi AI, mendorong pertumbuhan yang lebih pintar, pantas dan lestari.

Selvan Wilhelm
Selvan.Wilhelm@ennovi.com

Erin McMahon
erin.mcmahon@publitek.com 

Gambar - https://mma.prnasia.com/media2/2786233/ENNOVI.jpg?p=medium600

Source: ENNOVI
Keywords: Auto Computer/Electronics Transportation Artificial Intelligence