CHANGZHOU, China, 2 Oktober 2025 /PRNewswire/ -- TrinaTracker, penyedia bagi penyelesaian penjejakan solar pintar di bawah Trinasolar mengumumkan bahawa ia telahpun menerima Pensijilan Jejak Karbon Produk (Product Carbon Footprint Certification, PCF) untuk penjejak Vanguard 2P dan Product Carbon Footprint Reduction Verification (Pengesahan Pengurangan Jejak Karbon Produk) untuk Vanguard 1P daripada Bureau Veritas. Susulan PCF yang diterima oleh Vanguard 1P awal tahun ini, siri Vanguard keseluruhan kini disahkan secara bebas bagi prestasi jejak karbonnya.
![]()
TrinaTracker has received Product Carbon Footprint Certification for Vanguard 2P tracker and Product Carbon Footprint Reduction Verification for Vanguard 1P.
PCF untuk pensijilan Vanguard 2P dijalankan selaras dengan ISO 14067:2018 yang meliputi kitaran hayat penuh "cradle-to-gate" - daripada sumber bahan mentah dan pengangkutan hinggalah pembuatan dan penghantaran produk.
Penilaian berkenaan mengetengahkan usaha TrinaTracker untuk mengurangkan jejak karbon, termasuk:
Penjejak Vanguard 1P sudahpun memperoleh PCF Certification dan Bureau Veritas mengesahkan ia mencapai pengurangan sebanyak lebih daripada 10% dalam emisi gas rumah hijau cradle-to-gate (sumber-kepada-produk akhir) dalam tempoh setahun. Penambahbaikan ini didorong oleh perbaikan reka bentuk dan peningkatan proses pembuatan yang menonjolkan kemajuan berterusan TrinaTracker dalam mengurangkan jejak karbon produk serta membantu pelanggan memenuhi peraturan karbon yang semakin ketat di pasaran-pasaran seperti Eropah dan Amerika Latin.
Dengan kedua-dua Vanguard 1P dan 2P yang telahpun diperakui, kini siri Vanguard dapat menyediakan data jejak karbon yang boleh dipercayai dan telus sejajar dengan piawaian antarabangsa. Pensijilan ini menggambarkan komitmen TrinaTracker untuk mengintegrasikan langkah-langkah pengurangan karbon dalam aspek penyumberan, rantaian bekalan, pengeluaran dan logistik bagi menyokong peralihan global kepada sifar bersih.
Pencapaian ini merupakan sebahagian daripada strategi kemampanan Trinasolar yang lebih luas. Sebagai peserta dalam United Nations Global Compact, Trinasolar membangunkan konsep pengurusan kemampanan SOLAR yang memfokuskan pada Kemampanan, Pengoptimuman, Pendahulu, Tindakan dan Tanggungjawab. Rangkaian penuh modul Vertex N daripada Trinasolar telahpun memperoleh pensijilan jejak karbon daripada institusi-institusi bebas, Elementa 2 sudahpun mendapat pensijilan EPD kitaran hayat penuh dan sijil Penilaian Kitaran Hayat sementara beberapa pangkalan pengeluaran telahpun diiktiraf sebagai "Kilang Hijau" dan disokong oleh lebih daripada 40 projek jimat tenaga.
Memandang ke hadapan, TrinaTracker akan terus bekerjasama erat dengan rakan kongsi bagi memajukan pengurangan karbon dalam seluruh rantaian nilai PV, lalu memberikan penyelesaian mampan yang dapat memperkasakan pelanggan di serata dunia.