BEIJING, 2 Oktober 2025 /PRNewswire/ -- Laporan berita daripada China Global Television Network Corporation:
Industri kesusasteraan dalam talian China yang kian berkembang pesat menjadi tumpuan pada minggu lalu apabila diplomat, penulis, cendekiawan dan pakar industri dari 20 negara berhimpun di Hangzhou sempena Minggu Kesusasteraan Dalam Talian Antarabangsa China 2025 bagi meneroka bagaimana kecerdasan buatan membentuk semula penceritaan global.
Diadakan di bawah tema "Momentum Baharu, Landskap Baharu, Dimensi Baharu: Visi Global Kesusasteraan Dalam Talian Diperkasakan AI," acara yang berlangsung selama seminggu ini memfokuskan pada evolusi inovatif kesusasteraan dalam talian di tengah-tengah kemajuan teknologi yang pesat, dengan perbincangan yang mengetengahkan mengenai arah aliran dan peluang baharu dalam bidang ini.
Acara ini membawakan program aktiviti yang beraneka. Sebagai sebahagian daripada "Program Penulisan Antarabangsa China Indah", para peserta melawat Yiwu, Lishui, Muzium Kesusasteraan Zhejiang dan Muzium Liangzhu di Wilayah Zhejiang bagi menghayati konsep "Dua Gunung" China yang mengimbangi pertumbuhan ekonomi dengan kelestarian alam sekitar. Perjalanan ini memperlihatkan komitmen negara ini terhadap kemajuan ekologi dan kemakmuran bersama yang memberi inspirasi buat penulis.
Para hadirin turut meneroka kelebihan dalam industri ini. Mereka meninjau ekosistem di sebalik apa yang ketika sering digelar sebagai eksport budaya "Tiga Baharu" ("New Three") China—kesusasteraan dalam talian, permainan dalam talian dan drama dalam talian. Tumpuan utama ialah kitaran hayat penuh harta intelek (IP), termasuk lawatan ke Perkampungan Penulis Dalam Talian China dan firma-firma teknologi yang melaluinya para peserta dapat mengalami sendiri alatan kreatif dikuasakan AI.
Semasa upacara pembukaan, Pusat Kesusasteraan Dalam Talian Persatuan Penulis China mengeluarkan "Laporan Komunikasi Antarabangsa Kesusasteraan Dalam Talian China 2025." Laporan ini menyatakan bahawa industri ini melangkah maju lebih daripada sekadar mengeksport cerita kepada membentuk naratif global dan memupuk bentuk budaya yang dicipta bersama, lantas menyaksikan kolaborasi global yang lebih mendalam. Program meja bulat antarabangsa mencetuskan perbincangan yang bersemangat mengenai arah aliran, peluang serta cabaran yang baru muncul dalam bidang kesusasteraan dalam talian dari perspektif global.
Perhimpunan selama seminggu ini memperkukuh perkaitan yang semakin berkembang antara kesusasteraan dalam talian, budaya antarabangsa serta inovasi teknologi. Meneliti mengenai persidangan ini, para penulis yang mengambil bahagian menegaskan komitmen mereka terhadap visi yang lebih luas: mendasarkan karya mereka dengan realiti kontemporari, mendokumentasikan semangat yang mengikut peredaran zaman dan membentuk penghubung sastera dalam era digital.