omniture

CCTV4: Warisan dan Keharmonian Di Bawah Bulan Purnama, Dunia Diundang ke Gala Festival Pertengahan-Musim Luruh 2025 CMG

CCTV4
2025-10-03 00:00 26

BEIJING, 3 Oktober 2025 /PRNewswire/ -- Pada tahun ini, sempena Gala Festival Pertengahan-Musim Luruh, China Media Group mengundang anda ke Deyang yang terletak di barat daya negara ini - sebuah bandar yang melaluinya tradisi kuno bergabung dengan visi masa depan yang berteknologi tinggi.

Heritage and Harmony Beneath the Full Moon :The World Is Invited to the CMG 2025 Mid-Autumn Festival Gala
Heritage and Harmony Beneath the Full Moon :The World Is Invited to the CMG 2025 Mid-Autumn Festival Gala

Terletak dikelilingi pemandangan alam semula jadi yang menakjubkan di Wilayah Sichuan, Gala ini akan menampilkan lagu-lagu lama dan juga baharu, selain turut memfokuskan pada tema teras Festival ini iaitu kerinduan terhadap tempat asal dan perjumpaan bersama keluarga semasa bulan purnama. Sempena memperingati ulang tahun ke-80 kemenangan Perang Rakyat China Menentang Pencerobohan Jepun dan Perang Anti-Fasis Dunia baru-baru ini, persembahan pertunjukan klasik membangkitkan nostalgia "Flowers of May", "As Time Goes By" dan "La Vie en Rose" akan memantapkan tema sentimen bersama oleh umat manusia yang menghargai kedamaian dan beraspirasi untuk mencapai permulaan baharu yang cerah. Mengetengahkan kuasa muzik bagi menyatukan dunia akan menjadi gabungan yang inovatif antara "The Moon Represents My Heart" dan "Stand by Me" oleh Ben E. King yang dipersembahkan oleh kumpulan yang memenangi Anugerah Grammy, Time for Three berserta penyanyi Cina Jike Junyi.

Deyang, sebagai hab pembuatan moden dan pintu masuk ke Kerajaan Shu purba, serta budaya Sanxingdui yang penuh misteri, ialah sebuah tempat yang melaluinya tradisi dan inovasi bukan sahaja wujud bersama, tetapi saling mengukuhkan antara satu sama lain. Dalam sebuah episod menarik yang dihasilkan untuk menonjolkan keharmonian ini, Gala ini akan menjelajah Muzium Sanxingdui dengan ditemani oleh sebuah robot yang mana apabila berinteraksi dengan artifak, robot tersebut akan mewujudkan dialog antara pembuatan pintar China dan tamadun purba.

Gala Festival Pertengahan-Musim Luruh CMG 2025 ini akan disiarkan di seluruh dunia mulai jam 8 malam Waktu Beijing pada 6 Oktober.

Source: CCTV4
Keywords: Art Publishing/Information Service