![]() |
Kerjasama dengan bintang bola sepak antarabangsa yang juga merupakan lelaki berkeluarga adalah sebahagian daripada usaha pemasaran antarabangsa yang lebih luas untuk memperluaskan kehadiran jenama di seluruh dunia
ST. LOUIS, 3 Oktober 2025 /PRNewswire/ -- EVEREADY®, jenama terkemuka dalam bateri dan produk pencahayaan, mengumumkan kapten bola sepak lelaki England dan penyerang Bayern Munich Harry Kane sebagai Duta Jenama Global.
EVEREADY ialah jenama yang dipercayai kerana menawarkan produk berkualiti pada harga berpatutan, di samping menerangi, melindungi, menghiburkan dan menjaga keluarga. Sebagai jenama terkenal dan dihormati di pelbagai rantau di seluruh dunia, EVEREADY berbesar hati untuk bekerjasama dengan Harry ketika jenama ini mempergiatkan usaha untuk lebih memudahkan kuasa mampu milik diperoleh di seluruh dunia.
Menerusi kerjasama beberapa tahun ini, Harry akan tampil dalam kempen pemasaran antarabangsa EVEREADY yang diperluaskan melalui pelbagai saluran seperti media sosial, saluran digital, eDagang, pengiklanan luar dan paparan di dalam kedai.
"Kami berbesar hati untuk membina kerjasama ini dengan seorang ikon bola sepak global sejati dan mengalu-alukan Harry Kane sebagai duta jenama global EVEREADY," kata Lori Shambro, Ketua Pegawai Pemasaran Energizer Holdings. "Kerjasama kami dengan Harry merupakan salah satu daripada banyak usaha pemasaran yang akan membantu EVEREADY berhubung dan berinteraksi dengan pengguna baharu di seluruh dunia untuk memperlihatkan bagaimana rangkaian produk kami yang berkualiti tinggi serta berpatutan dapat membantu keluarga mendapatkan kuasa yang mereka perlukan bagi menyokong kehidupan harian yang sibuk dan mengimbangi bajet mereka pada masa yang sama."
"Saya teruja dan bangga kerana dapat bekerjasama dengan EVEREADY," kata Harry. "Mereka ialah jenama global yang dipercayai dengan reputasi yang sentiasa ada ketika paling diperlukan – terutamanya dalam memastikan segalanya berjalan lancar di rumah. Saya tidak sabar untuk bekerjasama dengan mereka!"
Harry Kane adalah superstar bola sepak global yang terkenal di dunia, kapten pasukan kebangsaan lelaki England dan penyerang untuk Bayern Munich. Beliau ialah penjaring terbanyak sepanjang zaman untuk Tottenham Hotspur dan England, dengan pencapaian merangkul pelbagai anugerah Kasut Emas Liga Perdana, Penjaring Terbanyak Bundesliga, Kasut Emas Piala Dunia 2018, Kasut Emas Eropah serta kejuaraan Bundesliga sepanjang kerjayanya yang mengagumkan. Baru-baru ini, beliau menjadi pemain terpantas dalam salah satu daripada 5 liga teratas Eropah untuk mencapai seratus gol. Penjaring gol prolifik dan pemimpin yang memberi inspirasi di dalam dan di luar padang.
EVEREADY adalah jenama Energizer Holdings, Inc. Untuk maklumat lanjut, lawati Eveready.com.
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Jurucakap Energizer Holdings John Leiby di John.Leiby@Energizer.com atau hubungi Media@Energizer.com.
Maklumat Tentang Energizer Holdings
Energizer Holdings, yang beribu pejabat di St. Louis, Missouri, Amerika Syarikat, ialah salah satu pengeluar bateri primer dan produk pencahayaan mudah alih terbesar di dunia, yang didukung oleh jenamanya yang diiktiraf di peringkat global iaitu Energizer, Eveready, Rayovac dan Varta. Energizer Holdings juga merupakan peneraju dalam reka bentuk dan pemasaran produk pewangi serta penjagaan penampilan automotif daripada jenama terkenal seperti A/C Pro, Armor All, Bahama & Co., California Scents, Driven, Eagle One, LEXOL, Nu Finish, Refresh Your Car! dan STP.
Sebagai pengedar produk pengguna berjenama di peringkat global, misi kami adalah untuk menjadi peneraju dalam kategori kami dengan memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada pengguna dan pelanggan.
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2787097/EVEREADY_Global_Brand_Ambassador_Harry_Kane.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/2787128/EVEREADY_Logo.jpg?p=medium600