omniture

Envision Energy Perkasa Masa Depan Hijau Asia Tengah dengan Projek Angin Mirny 1 GW Mercu Tanda di Kazakhstan

Envision Energy
2025-10-04 16:48 12

ASTANA, Kazakhstan, 4 Oktober 2025 /PRNewswire/ -- Envision Energy, peneraju bertaraf global bagi teknologi hijau, mengumumkan satu kolaborasi penting bagi Ladang Angin Mirny 1GW Kazakhstan, iaitu projek tenaga boleh baharu yang pertama dan paling bercita-cita tinggi setakat ini di Kazakhstan, dengan menandatangani Surat Penganugerahan (LOA) untuk membekalkan kuasa kepada 124 turbin angin 6.5MW termajunya. Perjanjian ini ditandatangani semasa berlangsungnya Minggu Tenaga Kazakhstan di Astana yang dihadiri oleh rakan-rakan kongsi projek iaitu TotalEnergies, Samruk-Energo JSC dan KazMunayGas.


Dibangunkan oleh Aktas Energy, iaitu perkongsian antara TotalEnergies, Samruk-Energo JSC dan KazMunayGas, projek Mirny ini memperlihatkan sejauh mana pelaburan strategik, inovasi teknologi dan kerjasama antarabangsa boleh mentransformasikan landskap tenaga sesebuah negara. Dengan anggaran output tahunan mencecah 4 bilion kWj, projek ini akan membekalkan kuasa kepada lebih satu juta isi rumah dan dalam masa yang sama menghalang 3.5 juta tan emisi CO₂ setiap tahun. Dengan Sistem Storan Tenaga Bateri 300 MW / 600 MWj bersepadu, ia juga akan meningkatkan keandalan grid dan keterjaminan tenaga untuk negara ini mencapai keneutralan karbon menjelang tahun 2060.

Envision Energy dipilih atas kepimpinan globalnya, penyelesaian menjimatkan kos yang menjadikan tenaga bersih lebih mudah dicapai dan komitmen teguh terhadap kandungan tempatan serta keterlibatan komuniti. Turbin pertama dijangka tiba di Kazakhstan menjelang akhir tahun 2026, dengan kerja-kerja pembinaan dijadualkan bermula pada tahun yang sama. Setelah siap, projek ini bukan sahaja akan memperkukuh keterjaminan tenaga Kazakhstan bahkan turut menyokong laluan negara ini ke arah mencapai keneutralan karbon menjelang tahun 2060.

"Kazakhstan bukan sahaja merupakan rakan kongsi Envision Energy yang penting dalam peralihan tenaga global, tetapi juga sebuah negara yang berpotensi luar biasa untuk memimpin Asia Tengah menuju masa depan sifar-bersih," kata John Lee, Pengurus Besar Pasaran Asia & Afrika di Envision Energy, "Projek angin Mirny berfungsi sebagai satu contoh penting berkenaan sejauh mana inovasi dan kolaborasi rentas sempadan boleh disatukan untuk menyampaikan tenaga yang bersih, andal dan berpatutan secara meluas. Dengan turbin 6.5 MW termaju kami, keupayaan setempat dan rantaian bekalan global yang dikuasakan oleh tenaga boleh baharu, kami berbangga dapat menyokong cita-cita Kazakhstan untuk mencapai 15% tenaga boleh baharu menjelang tahun 2030 dan keneutralan karbon menjelang tahun 2060. Seiring bersama rakan-rakan kongsi kami, kami mengubah visi ini menjadi realiti yang membawa manfaat berpanjangan kepada Kazakhstan, rantau ini dan juga dunia."

"Tiada negara atau syarikat yang boleh mengatasi perubahan iklim secara bersendirian; ia memerlukan kolaborasi rentas sempadan, kecemerlangan teknologi dan juga visi bersama," kata Thierry Plaisant, Pengarah Urusan TotalEnergies Renewables Kazakhstan, "Menerusi teknologi turbin yang canggih, kepakaran global serta komitmen yang teguh terhadap pembangunan kandungan tempatan, Envision Energy menjadi rakan kongsi pilihan untuk projek tenaga angin mercu tanda Kazakhstan. Seiring bersama Envision, kami yakin bahawa projek Mirny akan memainkan peranan penting dalam membantu Kazakhstan mencapai 15% tenaga boleh baharu dalam campuran tenaga nasionalnya menjelang tahun 2030, seterusnya menyampaikan tenaga bersih yang andal, cekap dan lestari sekali gus mencipta faedah-faedah ekonomi dan sosial yang berpanjangan untuk masyarakat tempatan."

Source: Envision Energy
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Contracts