![]() |
PORT VILA, Vanuatu, 5 Oktober 2025 /PRNewswire/ -- Vantage Markets dengan bangganya mengumumkan penyertaannya dalam Forex Expo Dubai 2025 yang akan datang sebagai penaja elit yang berlangsung pada 6–7 Oktober di World Trade Center Dubai. Sebagai salah satu acara kewangan yang paling dinanti-nantikan di peringkat global, ekspo ini akan menghimpunkan broker, pemimpin teknologi kewangan (fintech), ahli gabungan dan pelabur dari seluruh dunia. Pengunjung boleh bertemu pasukan Vantage di Reruai 282.
Menjelang berlangsungnya ekspo ini, Vantage menganjurkan webinar pra-acara pada 24 September yang melaluinya Souhail Fadlallah, Pengurus Pembangunan Perniagaan, meninjau "Peluang untuk IB, Ahli Gabungan & Pengurus Wang dalam Pasaran Hari Ini." Sesi ini mendapat sambutan yang menggalakkan dan mewujudkan suasana untuk mengadakan perbincangan yang selanjutnya di ekspo ini.
Semasa acara ini, Nibal Assaly, Pengurus Pembangunan Perniagaan akan berucap di pentas persidangan pada 6 Oktober dengan sesi yang bertajuk "Masa Depan Dolar AS: Adakah Ia Akan Kekal sebagai Mata Wang Rizab Dunia?"
Bagi meraikan hari pertama, Vantage akan turut menganjurkan majlis selepas parti yang eksklusif pada 6 Oktober, bertempat di Troy, Ramee Dream Hotel, Business Bay yang mewujudkan persekitaran yang santai buat rakan kongsi dan rakan industri untuk berinteraksi.
"Dubai menjadi hab yang utama untuk inovasi kewangan dan acara antarabangsa," kata Marc Despallieres, Ketua Pegawai Eksekutif Vantage Markets. "Penyertaan kami di Forex Expo Dubai memperlihatkan pandangan global kami, tatkala kami terus menyokong rakan kongsi dan ahli gabungan menerusi penyelesaian termaju, pendidikan serta peluang pembinaan komuniti."
Menerusi barisan sesi, peluang perangkaian dan aktiviti yang menarik, Vantage berharap dapat berinteraksi dengan hadirin dan memperkukuh jejak antarabangsanya.
Latar Belakang Vantage
Vantage Markets (atau Vantage) ialah broker CFD berbilang aset yang menawarkan kepada pelanggan akses perkhidmatan yang tangkas dan berkuasa bagi memperdagangkan produk Kontrak untuk Perbezaan (CFD), termasuk tukaran mata wang asing (Forex), Komoditi, Indeks, Saham, ETF dan Bon.
Dengan pengalaman pasaran selama lebih 15 tahun, Vantage melangkaui peranan sebagai broker, menyediakan platform perdagangan yang andal, aplikasi perdagangan mudah alih yang memenangi anugerah dan platform perdagangan mesra pengguna yang menyediakan capaian peluang perdagangan kepada pelanggan.
berdagang lebih bijak @vantage
AMARAN RISIKO: CFD ialah instrumen kompleks dan membawa risiko tinggi mengalami kerugian wang dengan cepat lantaran leveraj. Pastikan anda memahami risiko sebelum berdagang.
Penafian: Artikel ini disediakan untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak terdapat nasihat kewangan, tawaran atau rayuan bagi apa-apa produk atau perkhidmatan kewangan. Kandungan ini bukan bertujuan untuk penduduk di mana-mana bidang kuasa di mana pengedaran atau penggunaan sedemikian akan bertentangan dengan undang-undang atau peraturan tempatan. Pembaca dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat profesional bebas sebelum membuat apa-apa keputusan pelaburan atau kewangan. Apa-apa pergantungan yang anda letakkan pada maklumat yang dibentangkan adalah atas risiko anda sendiri sepenuhnya.