omniture

Yutong Lancar EV Long-Life Tech di Busworld Europe 2025, Raih Tujuh Anugerah Utama

Yutong Bus
2025-10-05 15:04 103

BRUSSELS, 5 Oktober 2025 /PRNewswire/ -- Yutong Bus ("Yutong"; SHA: 600066), pengilang bas elektrik global yang terkemuka, mempamerkan bas elektriknya, EV Long-Life Tech yang mencapai jangka hayat kenderaan dan bateri yang sama, berserta platform pengurusan pengangkutan Link+ di bawah tema "Think Eco, Move Green" ("Fikirkan Mesra Alam, Maju Hijau") di Busworld Europe 2025 yang diadakan di Brussels, Belgium.

Di pameran ini, Yutong memperoleh sejumlah tujuh anugerah, menerima pengiktirafan tinggi atas kecemerlangannya dalam aspek prestasi kenderaan, keselamatan dan perlindungan terhadap alam sekitar. Antaranya, Yutong U15 memperoleh anugerah "Grand Award Bus" yang berprestij, dengan Daimler ECITARO dan EBUSCO 3.0 masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga. Selain itu, U15 merangkul tiga lagi anugerah: "Bas Keselamatan Label Kecemerlangan", "Bas Ekologi Label Kecemerlangan" dan "Bas Reka Bentuk Label Kecemerlangan", lantas menekankan kekuatan produk penanda arasnya sebagai penyelesaian bas bandar premium. Yutong T14E pula dianugerahkan "Grand Award Coach", dengan Daimler SETRA S 515 HD dan Yutong IC12E masing-masing mendapat tempat kedua dan ketiga, sementara Yutong IC12E menerima anugerah "Koc Ekologi Label Kecemerlangan". Selain itu, sistem pengurusan pengangkutan Link+ Yutong dianugerahkan dengan Hadiah Emas daripada Busworld Digital Award, manakala BUS CONNECT ZF dan SECURE CENTRAL GATEWAY Bosch masing-masing memperoleh Anugerah Perak dan juga Gangsa.

Yutong Bus exhibits at Busworld Europe 2025 under the theme of “Think Eco, Move Green”.
Yutong Bus exhibits at Busworld Europe 2025 under the theme of “Think Eco, Move Green”.

Yutong Bus memperkenalkan empat siri bas elektrik bateri di Busworld Europe 2025 yang dapat memenuhi keperluan pelbagai senario termasuk pengangkutan utama bandar, perjalanan antara bandar dan pelancongan koc premium, seterusnya menunjukkan daya saing teras daripada rangkaian produknya yang bermutu tinggi.

  • Bas pelancong elektrik bateri ultra-mewah 14m T14E tersedia dengan bateri 621 atau 704 kWj, menawarkan jarak sehingga 850km. Ia mempunyai 61 tempat duduk, ruang bagasi 8.5m³, sistem bunyi keliling 360-darjah dan kunci digital NFC untuk akses telefon bimbit, meningkatkan pengalaman yang selesa dan mudah. Koc ini juga termasuk sistem kawalan peredam berterusan (CDC) digabungkan dengan ampaian udara untuk pelarasan tunggangan adaptif pintar dan peranti lif untuk penumpang kurang upaya.
  • Standard bagi koc antara bandar elektrik bateri IC12E yang dilancarkan di peringkat global di Busworld Europe 2025 membawakan generasi baharu bateri berketumpatan tenaga tinggi dengan penggunaan tenaga 0.67 kWj/km dalam keadaan SORT2. Ia menawarkan jarak maksimum 675 kilometer dan gred mendaki 25%. Dwi stesen pengecas sejuk cecair berkuasa tinggi membolehkan pengecas tunggal menyampaikan 700A dan dwi pengecas 1,400A, mencapai pengecasan daripada 12% hingga 100% dalam masa kira-kira 1.2 jam.
  • Penanda aras bas bandar bermutu tinggi 15m U15 mencapai jarak maksimum sejauh 850km dalam keadaan SORT2 dan membawa sehingga 90 penumpang. Kenderaan ini dilengkapi dengan sistem pengurusan pengangkutan Link+, mengupayakan visualisasi data operasi masa nyata dan menyediakan penyelesaian operasi yang lebih selamat serta lebih cekap untuk pengangkutan awam bandar. Acara ini turut mempersembahkan penampilan sulung U11DD dan U12, lalu memperkayakan lagi portfolio produk Yutong terpelbagai di pasaran Eropah.

Yutong launched four battery-electric buses at Busworld Europe 2025, designed to cover a wide range of operational scenarios.
Yutong launched four battery-electric buses at Busworld Europe 2025, designed to cover a wide range of operational scenarios.

Semasa mempamerkan portfolio produknya yang berbagai-bagai, Yutong menujukan tumpuan industri ini ke atas nilai kitaran hayat penuh bas elektrik melalui pelancaran EV Long-Life Tech. Berlatarbelakangkan pengelektrikan yang kekal menjadi arah aliran yang dominan, perhatian orang ramai memfokuskan terutamanya pada keselamatan bateri dan keandalan kenderaan. Dengan memajukan teknologi bateri, motor dan kawalan terasnya, Yutong mempelopori reka bentuk kenderaan tahan lasak yang dapat mencapai jangka hayat selama 15 tahun atau 1.5 juta kilometer perbatuan keseluruhan, lantas menjadikan "jangka hayat kenderaan dan bateri yang sama" suatu kenyataan. Inovasi ini turut menawarkan manfaat masyarakat yang lebih luas, termasuk emisi karbon yang lebih rendah, pengurangan pergantungan kepada sumber dan penggalakan ekonomi kitaran.

 
Yutong launched EV Long-Life Tech, achieving a long-life design of 15 years or 1.5 million kilometers through systematic breakthroughs in three core technologies: battery, electric motor, and electronic control systems.

Sementara itu, Yutong memperluas kelebihan teknologinya ke dalam operasi dan perkhidmatan, mewujudkan penyelesaian hujung-ke-hujung yang meliputi kitaran hayat kenderaan keseluruhan—termasuk ketersambungan pintar, pengecasan yang cekap dan sokongan perkhidmatan yang komprehensif. Yutong menawarkan penyelesaian hujung-ke-hujung dalam seluruh kitaran hayat kenderaan, termasuk ketersambungan pintar, pengecasan yang cekap serta sokongan perkhidmatan. Sistem pengurusan kumpulan pengangkutan Link+ pula menyediakan penyelesaian "pengurusan-penggunaan-penyelenggaraan-pembaikan" diperkemas yang membantu pengendali menjimatkan kos serta meningkatkan kecekapan. Jenama perkhidmatan EnRoute+ Yutong dibina berdasarkan lapan komitmen teras yang meliputi bidang-bidang seperti rangkaian perkhidmatan dan sokongan alat ganti. Syarikat ini turut menubuhkan depot alat ganti pusat di Perancis yang dilengkapi dengan 16 gudang hadapan dan membentuk sistem bekalan alat ganti Eropah dua peringkat secara kolektif. Pada masa ini, Yutong menubuhkan 32 stesen servis berdaftar di seluruh Eropah, dengan kira-kira 90 kakitangan perkhidmatan profesional untuk menyediakan pelanggan dengan penyelesaian perkhidmatan terpelbagai termasuk kontrak perkhidmatan penuh, lawatan penyelenggaraan mudah alih dan sokongan teknikal di tapak—seterusnya memenuhi keperluan operasi yang pelbagai secara komprehensif.

Bermula daripada penyelidikan dan pembangunan (R&D) teknologi tenaga baharu dan pembuatan produk hinggalah perkhidmatan kitaran hayat penuh, Yutong sentiasa menghayati konsep "mencipta nilai yang lebih besar demi masyarakat" sebagai daya penggerak terasnya. Pada masa akan datang, Yutong akan terus memacu mobiliti yang lebih baik melalui inovasi, memenuhi komitmennya kepada pelanggan global dan mengamalkan tanggungjawab sosial korporat secara aktif menerusi produk yang utama dan penyelesaian sistematiknya.

Sila kunjungi reruai Yutong di Dewan 3, 305, atau kunjungi https://en.yutong.com/ untuk maklumat lanjut.

Source: Yutong Bus
Related Stocks:
Shanghai:600066
Keywords: Auto Broadcast Technology Computer/Electronics Environmental Products & Services Transportation Awards New products/services Trade show news