SAN FRANCISCO, 8 Oktober 2025 /PRNewswire/ -- MiTAC Computing Technology Corporation, iaitu pereka bentuk dan pengeluar platform pelayan yang terkemuka serta subsidiari MiTAC Holdings Corporation (TSE:3706), dan Tonomia, penginovasi Belgium bagi penyelesaian tenaga boleh baharu untuk AI teragih, dengan bangganya mengumumkan penandatanganan Memorandum Persefahaman (MOU) bagi tujuan mengukuhkan perkongsian strategik mereka dan melakar pencapaian yang penting dalam menyampaikan infrastruktur AI mampan yang dikuasakan oleh tenaga boleh baharu. MOU ini ditandatangani secara rasmi semasa berlangsungnya Belgian Economic Mission to the West Coast of the USA (Misi Ekonomi Belgium ke Pantai Barat AS) yang berprestij di Palace Hotel, San Francisco, dengan orang-orang kenamaan, pegawai-pegawai Amerika dan Belgium, serta Yang Mulia Puteri Astrid turut hadir.

Tonomia SRL. represented by Founder & CEO Dr. Mustapha Belhabib. MiTAC Information Systems Corp. represented by President Charlotte Chou. MiTAC Computing Technology USA Corp. represented by General Manager Raymond Huang.
Perjanjian yang penting ini menggabungkan teknologi pelayan GPU termaju daripada MiTAC dengan penyelesaian tenaga boleh baharu yang inovatif daripada Tonomia untuk mendayakan kluster AI karbon rendah yang berprestasi tinggi untuk perusahaan-perusahaan global. Melalui kolaborasi ini, kedua-dua syarikat berdedikasi untuk mentransformasikan operasi pusat data dengan tenaga bersih dan infrastruktur pintar, seterusnya menyokong generasi AI yang akan datang dengan penyelesaian mesra alam.
"Perkongsian kami bersama Tonomia memperlihatkan komitmen MiTAC untuk membawakan inovasi dan kemampanan praktikal di pusat data," kata Rick Hwang, Presiden MiTAC Computing Technology. "Dengan menggandingkan pelayan GPU kami yang utama dalam industri dengan platform tenaga boleh baharu Tonomia, kami dapat mengurangkan jejak alam sekitar daripada operasi intensif-tenaga dan dalam masa yang sama memacu ke hadapan aplikasi AI generasi akan datang dan pengkomputeran yang berprestasi tinggi."
Pendekatan modular Tonomia meliputi ruang kereta solar, storan bateri di tapak dan infrastruktur AI teragih, selain mengubah tempat letak kereta yang kurang digunakan menjadi hab tenaga bersih untuk kenderaan elektrik dan beban kerja pusat data AI. Model bersepadu ini bukan sahaja menjana tenaga hijau, malah turut menggunakan haba sisa untuk meningkatkan kecekapan tapak dan memberi manfaat kepada pemilik dan pengendali bangunan dengan sokongan grid teroptimum.
"Menerusi pertumbuhan AI yang pesat, bekalan tenaga yang mampan penting untuk membekalkan kuasa kepada aplikasi generasi akan datang," kata Dr. Mustapha Belhabib Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif Tonomia. "Berpadu tenaga bersama MiTAC, kami membolehkan pelanggan untuk menggunakan kluster AI didayakan GPU yang berkuasa pada asas yang benar-benar mampan."
MiTAC Computing dan Tonomia beriringan menyediakan penyelesaian dunia sebenar boleh skala untuk komput mesra alam di persimpangan antara tenaga boleh baharu dan kecerdasan buatan—lalu memperkasakan pelanggan di peringkat global untuk membina infrastruktur digital yang lebih pintar dan lebih hijau.
Latar Belakang MiTAC Computing Technology Corporation
MiTAC Computing Technology Corp., subsidiari MiTAC Holdings, menyampaikan penyelesaian pelayan yang komprehensif dan cekap tenaga yang disokong oleh kepakaran industri yang bermula sejak tahun 1990-an. Mengkhusus dalam AI, HPC, awan dan pengkomputeran pinggir, MiTAC Computing menggunakan metodologi yang ketat bagi memastikan kualiti tanpa kompromi—merentas peringkat barebone, sistem, rak dan kluster—mencapai prestasi dan integrasi secara sepenuhnya. Komitmen terhadap kualiti pada setiap peringkat ini membezakan MiTAC Computing dalam industri ini.
Menerusi tapak kehadiran di seluruh dunia dan keupayaan hujung-ke-hujung—bermula daripada penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta pembuatan hinggalah sokongan global—MiTAC Computing menyediakan platform yang tangkas dan disesuaikan untuk pusat data hiperskala, HPC serta aplikasi AI bagi memastikan prestasi yang optimum dan kebolehskalaan untuk memenuhi keperluan perniagaan yang unik. Dengan memanfaatkan kemajuan terkini dalam AI dan pendinginan cecair serta menyatukan jenama MiTAC dengan produk-produk pelayan Intel DSG dan TYAN, MiTAC Computing menonjol atas teknologi pelayannya yang inovatif, cekap dan andal serta penyelesaian bersepadu perkakasan dan perisiannya—lalu memperkasakan perniagaan dalam menghadapi cabaran pada masa akan datang.
Kunjungi laman web korporat kami: https://www.mitaccomputing.com/