SINGAPURA, 8 Oktober 2025 /PRNewswire/ -- Aeson Power, iaitu penyedia penyelesaian tenaga bersepadu yang terkemuka di Australia, mempamerkan bateri natrium-ion dan teknologi dwikutub yang terkini di Data Centre World Asia 2025 yang diadakan di Singapore Expo and Convention Centre. Syarikat ini memperkenalkan portfolio penyelesaian kuasa sandaran komprehensif yang direka untuk meningkatkan kecekapan, keselamatan serta kestabilan untuk pusat data dan aplikasi telekomunikasi.
Bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat terhadap Pusat Data Internet (IDC) berskala besar, stesen utama telekomunikasi luar dalam persekitaran yang mencabar dan wilayah dengan grid kuasa yang tidak stabil, Aeson Power memperkenalkan tiga penyelesaian yang dibina berkisarkan teknologi bateri natrium-ion:
Sandaran IDC kadar tinggi – Penyelesaian bateri natrium-ion kadar tinggi 6C menggunakan pek 48V80Ah modular untuk menggantikan sistem asid plumbum 12V200Ah. Ia dapat mengurangkan kapasiti bateri sebanyak 70%, mengurangkan volum dan berat sebanyak lebih daripada 50% dan mengurangkan penggunaan tenaga penyejukan sebanyak lebih 50%.
Kebingkasan luar telekomunikasi – Modul standard natrium-ion 48V50Ah direka untuk keadaan grid tidak andal dan iklim yang melampau, beroperasi daripada suhu -40°C hingga haba tinggi. Berbanding litium-ion, ia memberikan hayat kitaran yang lebih lama, keselamatan yang dipertingkat dan kos jangka panjang yang lebih boleh diramal.
Penggantian UPS am – Bateri natrium-ion 12V100Ah untuk kawasan grid yang tidak stabil di Asia Tenggara, Asia Selatan dan Afrika. Ia menawarkan berat 50% lebih ringan berbanding asid plumbum, sandaran jangka sederhana lebih lama iaitu melebihi 25%, hayat kitaran dalam lima kali lebih tinggi dan sokongan penuh untuk pengecasan apungan.
Di samping itu, Aeson Power menonjolkan teknologi bateri dwikutub untuk sandaran IDC berskala besar. Siri TUS baharu menggunakan plat dwikutub termaju dan teknologi sambungan tindan 3D, mengurangkan rintangan dalaman sebanyak 70% dan meningkatkan voltan nyahcas sebanyak kira-kira 0.9V bagi setiap unit 12V. Ini dapat memberikan ketumpatan kuasa 5-minit sebanyak 35% lebih tinggi dan lebih 15% pengurangan saiz dan berat, lalu menjadikannya alternatif yang mantap kepada bateri asid plumbum HR lazim sekali gus dapat mengurangkan kos sistem.
Berdasarkan pembuatan asid plumbum yang matang selama tiga dekad di China, Aeson Power juga terus menyediakan bateri asid plumbum yang andal dan berkesan kos. Dengan proses CCCP dan COS termaju, siri HR begitu sesuai untuk sandaran IDC jangka pendek, manakala siri FAB menyokong keperluan tunggu sedia dalam tempoh yang lama.
Sebagai penyedia bertaraf global yang dipercayai bagi storan tenaga dan penyelesaian bateri, Aeson Power tetap komited untuk menyampaikan tenaga yang selamat, bersih dan mampu milik yang membawakan inovasi bateri natrium-ion dan sistem kuasa sandaran termaju merentas industri-industri dan wilayah-wilayah di seluruh dunia. Syarikat ini mendapat tempat sebagai peneraju bagi penyelesaian bateri natrium-ion untuk UPS dan aplikasi telekomunikasi, seterusnya menetapkan penanda aras baharu dalam aspek prestasi dan juga keandalan.
Maklumat Perhubungan Media:
Ivans Xu
ivansxu@aesonpower.com