omniture

Yup, "Nubank" Asia Tenggara, Kumpul $32 Juta dalam Pusingan C-1, Jadikan Jumlah Dana Ekuiti mencecah lebih $100 juta

Yup
2025-10-09 11:41 7

SINGAPURA, 9 Oktober 2025 /PRNewswire/ -- Bank digital Asia Tenggara Yup baru-baru ini memperoleh sebanyak $32 juta dalam pendanaan ekuiti terkini mereka melalui pusingan C-1 yang disokong oleh firma-firma pelaburan AS termasuk Moore Strategic Ventures, Spice Expeditions dan Platanus, dengan penyertaan daripada pelabur-pelabur institusi lain serta para pemegang saham sedia ada. Pengumpulan dana ini menyaksikan detik yang penting buat syarikat ini tatkala ia menggiatkan usaha untuk meluaskan kumpulan pelanggan serta kelebihannya agar lebih menghampiri keberuntungan.


Sejak ditubuhkan pada tahun 2021, Yup memperlihatkan prestasi kewangan yang mantap dan pertumbuhan yang konsisten, lalu mengukuhkan kedudukannya sebagai salah satu platform yang paling cerah masa depannya di Asia Tenggara dalam bidang teknologi kewangan (Fintech). Ketika ini, syarikat ini menawarkan perkhidmatan kepada berjuta-juta pemegang kad kredit dan menjangkakan akan mencapai pulang modal menjelang akhir tahun 2025—suatu pencapaian yang menggambarkan disiplin operasi dan juga tuntutan pasaran yang kukuh.

Selain prestasi kewangan, Yup memajukan rangkuman kewangan dengan meluaskan capaian kepada perkhidmatan kewangan yang berpatutan dan dipacu teknologi untuk penduduk yang kurang mendapat perkhidmatan perbankan dan kurang mendapat perkhidmatan di Asia Tenggara. Dengan menyediakan penyelesaian kredit dan perbankan digital yang andal kepada pengguna kelas pekerja dan kelas pertengahan, syarikat ini membuka peluang ekonomi baharu sekali gus memperkukuh kebingkasan kewangan rantau ini.

"Kami mempunyai visi yang sangat jelas sejak Hari Pertama kami, iaitu menjadi alat pembayaran yang utama untuk pelanggan kelas pekerja / kelas pertengahan di Asia Tenggara. Kami dapat menyaksikan hasil kami meningkat kira-kira dua kali ganda setiap tahun sejak tiga tahun yang lalu dan kami menjangkakan momentum ini akan memecut selanjutnya pada tahun 2026 dan 2027," kata Donny Zhang, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Yup. "Pusingan ini memberi dorongan kepada kami untuk meluaskan jangkauan kami dan mempererat keterlibatan bersama pengguna kami. Kami berasa sangat teruja dengan adanya Moore Strategic Ventures, Spice dan Platanus sebagai rakan kongsi strategik dalam fasa kami yang seterusnya."

Pusingan C-1 menjadikan jumlah pendanaan ekuiti Yup mencecah lebih $100 juta, lalu memberi tempat kepada syarikat ini bagi mencapai pengembangan yang selanjutnya dan melaksanakan langkah-langkah strategik yang berpotensi pada tahun 2026. "Sepanjang 4 tahun yang lalu, kami berjaya menutup 6 pusingan pengumpulan dana ekuiti, walaupun semasa tempoh ketaktentuan pasaran modal. Sokongan yang berterusan daripada pelabur-pelabur global memberi gambaran yang jelas tentang keyakinan mereka terhadap visi dan pelaksanaan jangka panjang kami," seperti yang ditambah oleh Gavin Guo, Ketua Pegawai Kewangan Yup. "Dana ini akan digunakan untuk membawa kumpulan pelanggan kami ke peringkat seterusnya dan memperhalusi lagi pengalaman produk kami."

Pengumpulan dana oleh Yup dibuat bilamana pelabur-pelabur global semakin memandang ke arah Asia Tenggara untuk kisah-kisah pertumbuhan yang bingkas dan didayakan oleh teknologi dalam industri Pembayaran. Pelabur-pelabur menyebut bahawa potensi pasaran yang besar daripada Indonesia, yang merupakan salah satu pasaran baru muncul yang paling cerah masa depannya dan pelaksanaan yang berdisiplin oleh syarikat merupakan sebab-sebab utama mereka bertaruh untuk Yup. Dengan dorongan makroekonomi yang berterusan dan penerimagunaan digital yang kian melonjak, syarikat-syarikat seperti Yup menarik perhatian yang diperbaharui daripada pasaran-pasaran modal.

Source: Yup
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Financial Technology