![]() |
SINGAPURA, 9 Oktober 2025 /PRNewswire/ -- Kumpulan pendidikan global yang terkemuka Education in Motion (EiM) dan Royal Shakespeare Company (RSC) meraikan satu dekad perkongsian yang memanfaatkan warisan Dulwich College selama lebih daripada 400 tahun dengan pendidikan EiM yang holistik dan perintis di seluruh sekolah-sekolahnya, termasuk rangkaian Dulwich College International.
Sejak dilancarkan pada tahun 2016 dengan sekolah-sekolah antarabangsa Dulwich dan kemudiannya diperluas ke semua sekolah Dulwich dan Dehong dalam rangkaian EiM, perkongsian ini membawa kuasa teater yang bersifat transformatif kepada beribu-ribu orang pelajar. Inisiatif-inisiatif utama - termasuk Festival Worldwise Shakespeare di seluruh rangkaian, residensi pengamal jelajah, pembangunan profesional guru, program pensijilan guru RSC dan capaian eksklusif kepada persembahan RSC di seluruh dunia – memupuk keyakinan, kreativiti, empati, kebingkasan dan cinta sepanjang hayat terhadap bahasa dan juga seni.
Diasaskan di Stratford-upon-Avon, iaitu tempat kelahiran William Shakespeare, selama beberapa dekad RSC menghubungkan khalayak global kepada karya-karya Shakespeare dan rakan sezamannya melalui penerbitan bertaraf dunia yang menampilkan pelakon-pelakon terkenal seperti Ian McKellen, Ben Kingsley, Helen Mirren dan Ralph Fiennes.
Dulwich College di London diasaskan oleh rakan sezaman teater William Shakespeare, Edward Alleyn dan kedua-duanya merupakan individu-individu yang berpengaruh bagi teater Elizabethan. Alleyn menyerahkan dokumen kepada Kolej ini yang diiktiraf di peringkat global sebagai arkib paling penting yang berkaitan dengan dunia Shakespeare. Koleksi ini juga melibatkan Folio Pertama yang jarang ditemui dan dokumen undang-undang yang menerangkan bagaimana teater London pada zaman Shakespeare beroperasi. Dulwich College kerap dikunjungi oleh ahli akademik, pengarah dan pelakon yang berminat untuk menyelidik dunia teater Jacobean.
"Semangat perintis dan komitmen kami terhadap pendidikan kanak-kanak menyeluruh digandingkan dengan kepakaran RSC dalam aspek prestasi dan penceritaan, mewujudkan peluang yang luar biasa untuk pelajar-pelajar kami mengembangkan karakter dan kemahiran untuk kehidupan," kata Lesley Meyer, Ketua Pegawai Pendidikan di EiM. "Perkongsian ini merupakan bukti kepercayaan kami bahawa seni persembahan amat penting untuk pendidikan bertaraf dunia."
"Melalui perkongsian ini, anak muda mendapat keyakinan, dapat membangunkan daya kreativiti mereka dan penghayatan bahasa yang lebih mendalam sekali gus membina kemahiran yang penting seperti kerja berpasukan, penyelesaian masalah dan juga pengucapan awam," kata Jacqui O'Hanlon, Timbalan Pengarah Eksekutif Royal Shakespeare Company. "Namun begitu, di samping kemahiran penting untuk kehidupan dan tugas, pementasan dan pengalaman seni Shakespeare penting kerana ia berkenaan dengan bagaimana kita dapat menjadi lebih bersifat manusiawi; ia adalah tentang bagaimana kita belajar untuk memahami diri kita sendiri, sesama insan dan juga dunia ini. Rasa begitu teruja apabila dapat meraikan tempoh 10 tahun menjadikan hasil pembelajaran sedemikian dapat dijayakan secara bersama."
Edgar Zillmann, Ketua Acara dan Perkongsian Pendidikan di EiM yang menyelia perkongsian ini sejak penubuhannya, berkata, "Sejak tahun 2016, kami menghimpunkan berpuluh-puluh ribu pelajar, guru dan ibu bapa daripada seluruh keluarga sekolah kami, membantu pelajar-pelajar kami membina hubungan, keyakinan, kepimpinan, ekspresi diri – segala kemahiran yang penting untuk abad ke-21."
Ulang tahun ke-10 perkongsian ini akan diraikan di Festival Worldwise Shakespeare 2025 yang dihoskan secara bersama oleh Dulwich College Suzhou dan Dulwich International High School Programme Suzhou pada Oktober ini. Terletak di Suzhou yang turut dikenali sebagai "Venice China", sambutan ini akan merangkum persembahan awam berskala besar di salah satu teater paling canggih di rantau ini, dengan pengamal RSC dijangka akan mengadakan persembahan untuk para pelajar EiM buat julung kalinya.
Latar Belakang Education in Motion (EiM)
Education in Motion (EiM) ialah peneraju bertaraf global dalam mempelopori kecemerlangan pendidikan dan turut memberi inspirasi kepada generasi-generasi pelajar untuk Live Worldwise. Sejak penubuhan sekolah pertamanya lebih dua dekad yang lalu, EiM mengembangkan portfolionya yang pelbagai dengan sekolah-sekolah dan jenama-jenama, menawarkan gabungan antara inovasi serta tradisi melalui pelbagai tawaran pendidikan yang premium di seluruh dunia. Ini termasuk Dulwich College International, yang menawarkan sekolah K-12 dan juga Program Sekolah Tinggi; Dehong®, menawarkan pendidikan dwibahasa; Green School International, menggalakkan kemampanan di seluruh Bali dan dunia; Sherfield School di United Kingdom; Hochalpines Institut Ftan AG (HIF) di Switzerland; Ignite, program kediaman luar negara berasaskan kegiatan luar yang unik; serta platform pembelajaran dan pengajaran bahasa Cina Wo Hui Mandarin.
Hari ini, EiM memperkasakan lebih 11,500 orang pelajar daripada 15 sekolah di seluruh dunia untuk berkembang maju secara holistik pada laluan yang disesuaikan buat setiap individu yang unik, lalu menghasilkan keputusan akademik yang cemerlang dan matrikulasi universiti terbaik.
Untuk maklumat lanjut mengenai EiM dan jenama-jenamanya, kunjungi www.eimglobal.com.
Latar Belakang Royal Shakespeare Company (RSC)
Misi Royal Shakespeare Company adalah untuk menyatukan orang ramai bagi mengalami kisah-kisah yang dapat memperdalam pemahaman kita tentang diri kita sendiri, sesama insan dan dunia di sekeliling kita, serta kisah-kisah yang membawa kegirangan. Penelitian Shakespeare dengan semangat bergelora terhadap semua sifat manusia menjadi inspirasi dan kayu ukur buat kami.
Akar umbi Syarikat ini terletak pada visi berani pembuat bir tempatan, Edward Fordham Flower yang menubuhkan sebuah teater pada tahun 1879 di Stratford-upon-Avon bersama anaknya Charles. RSC seperti yang kita kenali hari ini dibentuk oleh Sir Peter Hall yang bercita-cita untuk menghasilkan pementasan baharu di samping karya Shakespeare serta rakan sezamannya. Kami meneruskan usaha ini pada hari ini di tiga teater tetap kami di Stratford - Royal Shakespeare Theatre, Swan Theatre dan The Other Place - serta sememangnya dalam talian dan di seluruh dunia. Kami percaya kehidupan setiap orang boleh diperkayakan dengan budaya dan kreativiti. Program Pembelajaran dan Penglibatan Kreatif transformatif kami menjangkau lebih setengah juta anak muda dan orang dewasa saban tahun. Kami turut berkolaborasi bersama generasi pembikin teater yang terbaik dan kami terus memupuk bakat masa depan.