HANGZHOU, China, 9 Oktober 2025 /PRNewswire/ -- Van besar Farizon SV asal-elektrik serba baharu telahpun disenarai pendek bagi International Van of the Year (IVOTY) Award 2026 yang berprestij. Berita ini dihebahkan sebelum pemenang keseluruhan diumumkan di sebuah upacara yang akan diadakan di ekspo kenderaan komersial Solutrans bertempat di Lyon, Perancis pada 19 November.
Panel pakar juri dari 26 negara memilih Farizon SV selepas menilai banyak kenderaan komersial ringan (LCV) baharu yang telahpun diperkenalkan ke pasaran global tahun ini. Para juri mempertimbangkan sumbangan sesebuah kenderaan kepada standard kecekapan dan keselamatan yang tinggi sebagai antara faktor-faktor lain apabila membuat keputusan berhubung senarai pendek akhir.
Jarlath Sweeney, Pengerusi bagi International Van of the Year Award, berkata: "Kami berada dalam tempoh yang sangat menarik dalam sektor kami, dengan penggiat-penggiat baharu semakin muncul di pasaran, menerusi pemikiran yang baharu, penciptaan segmen baharu serta penawaran penyelesaian baharu, kesemuanya dengan teknologi bebas emisi. Jenama-jenama baharu ini amat dialu-alukan dan dengan adanya jenama-jenama ini dalam pertandingan ini seiring bersama jenama-jenama sebutan ramai dalam perdagangan, membuatkan tugas kami menjadi lebih sukar semasa mengundi."
Cook Xue, Ketua Pegawai Eksekutif di Farizon Auto International Company, berkata: "Kami menetapkan empat tahun lalu untuk membangunkan dan membina van yang terbaik dunia dan peluang disenarai pendek untuk anugerah IVOTY menjadi bukti kepada ratusan jurutera dan rakan sekerja pembuatan yang menghasilkan Farizon SV. Seiring bersama rakan-rakan kongsi pengedaran di serata dunia, kami berjaya mengadakan pelancaran di seluruh Eropah, rantau Teluk dan Asia Pasifik hingga tahun 2025 dan mengakhiri tahun ini dengan anugerah IVOTY pastinya menjadi sesuatu yang amat membanggakan. Kami berasa teruja untuk mendengar keputusan pada bulan November."
Farizon SV
Farizon SV membawakan banyak inovasi termaju, termasuk teknologi pandu-dengan-wayar, iaitu reka bentuk tiang-B tersembunyi yang unik dan pembungkusan bateri sel-ke-pek yang digabungkan untuk memberikan kapasiti kargo yang utama di pasaran. Dengan muatan sehingga 1,465 kg, ruang muatan sehingga 13 m3 dan ketinggian muatan ultra-rendah hanya 550 mm, SV menetapkan penanda aras baharu untuk keupayaan dan keserbabolehan dalam sektor van sederhana / besar global.
Satu tahap trim yang amat spesifik merangkum beberapa ciri premium sebagai standardnya, termasuk sistem pemantauan muatan yang unik, tempat duduk panas, roda stereng pelbagai fungsi dipanaskan, cermin depan dipanaskan dan pandangan keliling 360 darjah, bergantung pada pasaran. Satu set sistem keselamatan ADAS yang komprehensif turut disertakan. SV ini memperoleh penarafan keselamatan lima bintang tertinggi daripada Euro NCAP.
Barisan model ini termasuk pilihan bateri 49 kWj, 67 kWj atau 83 kWj, mahupun bateri 66 kWj atau 106 kWj, bergantung pada pasaran. Bergantung pada model juga, kuasa puncak dikadarkan pada 200 kW (272 PS) dan tork maksimum mencecah 343 Nm. SV ini memberikan jarak WLTP sehingga 551 km (342 batu) bagi kitaran bandar WLTP dan sehingga 398 km (247 batu) bagi kitaran tergabung WLTP. Cas tambahan 20 hingga 80 peratus boleh diselesaikan dalam masa sesingkat 36 minit.
Latar Belakang Farizon
Farizon New Energy Commercial Vehicle Group ialah bahagian perniagaan komersial Geely Holding Group. Menerusi sokongan daripada Central Research Institute Geely Holding Group, Farizon New Energy Commercial Vehicle Group menubuhkan institut penyelidikan kenderaan komersial tenaga baharu yang terbesar di China. Ia bertanggungjawab terhadap penyelidikan dan pembangunan (R&D) generasi baharu produk kenderaan komersial hijau dan pintar berdasarkan teknologi kenderaan penumpang. Farizon turut menjadi jenama kenderaan komersial pertama China yang menawarkan rangkaian penuh produk tenaga baharu. Farizon komited untuk menjadi penyedia perkhidmatan teknologi pengangkutan pintar dan hijau yang komprehensif.
Farizon menggandakan bahagian pasaran Cinanya selama tiga tahun berturut-turut, dengan bahagian pasaran produk melebihi 20%, selain terus-menerus memantapkan kedudukan utamanya dalam industri kenderaan komersial tenaga baharu. Pada tahun 2024, Farizon meraih pencapaian 300,000 unit jualan, seterusnya menjadi jenama kenderaan komersial tenaga baharu pertama seumpamanya yang pernah mencapai matlamat ini.
Untuk maklumat lanjut berkenaan Zhejiang Geely Farizon New Energy Commercial Vehicle Group sila rujuk laman web rasmi di https://global.geelycv.com/