SINGAPURA, 9 Oktober 2025 /PRNewswire/ -- Ecolab Inc., peneraju bertaraf global bagi penyelesaian kemampanan untuk air, kebersihan dan pencegahan jangkitan telahpun melancarkan Teknologi untuk Pendinginan Cecair Terus-ke-Cip 3D TRASAR™ di pasaran Asia Tenggara, dengan Singapura dipilih sebagai pentas pelancaran semasa berlangsungnya Data Center World Asia 2025.

Kiri ke Kanan: Janice Liaw, Pengurus Besar Ecolab untuk Perniagaan Teknologi Tinggi & Mikroelektronik, Asia Tenggara; Poh Li San, Ahli Parlimen Sembawang dan ahli PAP bagi Kemampanan & Alam Sekitar; Goh Lee-Mey; Pengarah Kanan Perkongsian Strategik di AmCham Singapore; Greg Lukasik, Naib Presiden Kanan & Ketua Pegawai Eksekutif Ecolab, Asia Tenggara; Kelly Lai, Naib Presiden untuk Bahan & Bahan Kimia di Economic Development Board of Singapore; Samuel Mok, Timbalan Pengarah, Pusat Pengajian Elektronik & Teknologi Infokomunikasi, ITE College East; Low Bee Ting, Timbalan Pengarah Perusahaan & Inovasi, Agency for Science, Technology and Research A*STAR.
Inovasi yang pertama di pasaran ini membawakan kemajuan dari segi sejauh mana sistem pengkomputeran berprestasi tinggi dan pusat data disejukkan. Penyelesaian baharu daripada Ecolab, Teknologi untuk Pendinginan Cecair Terus-ke-Cip 3D TRASAR membantu melindungi pelayan pusat data dengan memantau penunjuk kesihatan bahan pendingin pada masa nyata seperti suhu, pH dan kadar aliran. Kini, Ecolab merangkum seluruh landskap pendinginan pusat data. Ia menggunakan teknologi proprietari dan cerapan yang hebat bagi merealisasikan pertumbuhan dan dalam masa yang sama mengurangkan tuntutan terhadap sumber asli yang penting.
Gregory Lukasik, Ketua Pegawai Eksekutif & Naib Presiden Kanan Ecolab Southeast Asia, berkata:
"Pusat data amat penting untuk memperkasakan masa depan digital kita dan kepentingannya hanya akan berkembang apabila AI memecut. AI akan menjayakan pertumbuhan seperti yang tidak pernah kita lihat sebelum ini —tetapi hanya sekiranya kita membina sistem yang menggunakan semula air dan tenaga secara meluas.
Pelancaran ini merupakan sebahagian daripada portfolio pengurusan pendinginan komprehensif Ecolab yang menyampaikan strategi tapak-ke-cip penuh. Hal ini turut menggambarkan kepimpinan Ecolab dalam membantu industri pusat data meningkatkan prestasi, membina kebingkasan dan mencapai matlamat kemampanan.
Direka untuk memaksimumkan prestasi masa hidup dan masa nyata, kepakaran air dan program pendinginan cecair Ecolab mengoptimumkan Kecekapan Penggunaan Air (WUE) dan Keberkesanan Penggunaan Kuasa (PUE) demi mencapai matlamat operasi dan kemampanan."
Memenuhi Tuntutan Digital Asia Pasifik yang Semakin Meningkat
Asia Pasifik ialah salah satu hab pusat data yang berkembang paling pesat di dunia yang sudahpun menyumbang kapasiti global yang baharu sebanyak lebih 40%. Dengan tuntutan dijangka meningkat dua kali ganda menjelang tahun 2030, didorong oleh AI, awan dan pengkomputeran berprestasi tinggi (HPC), penggunaan tenaga elektrik juga diunjurkan melonjak.
Di Singapura, pusat data sudahpun menyumbang sebanyak 7% daripada penggunaan tenaga elektrik negara, dengan pendinginan sahaja menggunakan tenaga elektrik sehingga 40%. Tatkala pasaran berkembang daripada USD 4.16 bilion pada tahun 2024 kepada USD 5.59 bilion yang diunjurkan menjelang tahun 2030, pengurusan risiko operasi dan peningkatan kecekapan menjadi hal yang semakin kritikal.
Ecolab mula mengukuhkan kehadirannya di Singapura pada 1970-an, menggaji beratus-ratus rakan sekutu di dua lokasi dan beribu-ribu pekerja di Asia Tenggara. Bermula dari Singapura, Ecolab menyokong pelanggan industri dalam industri-industri teras seperti Pembuatan Makanan dan minuman serta Penginapan dan terus-menerus mengembangkan industri-industri Pembuatan Termaju, Sains Hayat, Pusat Data, Mikroelektronik, Kuasa dan Tenaga melalui kepakaran air dan proses, kecemerlangan operasi dan juga penyelesaian yang mampan.
Ecolab turut bekerjasama dengan Institute of Technical Education (ITE) negara bagi membangunkan jurutera pusat data dan ahli profesional pengurusan air generasi akan datang sejajar dengan komitmennya untuk membangunkan bakat yang sedia mendepani masa depan.
Teknologi Dibina untuk Keandalan dan Kemampanan
Teknologi untuk Pendinginan Cecair Terus-ke-Cip 3D TRASAR™ baharu ini:
Membentuk Ekonomi Digital yang Mampan
Sejajar dengan inisiatif Pelan Hijau Singapura 2030 dan Negara Pintar, pelancaran ini menekankan peranan Ecolab sebagai rakan kongsi yang dipercayai dalam mengupayakan pusat data yang mampan dan berprestasi tinggi.
Kelly Lai, Naib Presiden Bahan & Bahan Kimia, Economic Development Board Singapore, berkata, "Tatkala Singapura terus melabur dalam bakat dan infrastruktur AI, rakan kongsi bahan kimia khusus yang menawarkan teknologi praktikal untuk meningkatkan tenaga dan sumber akan menjadi kunci bagi memacu pertumbuhan yang mampan. Singapura mengalu-alukan rakan kongsi seperti Ecolab yang menskalakan penyelesaian didayakan AI dan cekap sumber untuk Asia dan selanjutnya."
Latar Belakang Ecolab
Rakan kongsi yang dipercayai oleh berjuta-juta pelanggan, Ecolab (NYSE:ECL) ialah peneraju kemampanan global yang menawarkan penyelesaian dan perkhidmatan air, kebersihan dan pencegahan jangkitan yang melindungi orang ramai serta sumber yang amat penting untuk kehidupan. Berdasarkan inovasi selama lebih daripada seabad, Ecolab mencapai jualan tahunan sebanyak $16 bilion, menggaji kira-kira 48,000 rakan sekutu dan beroperasi di lebih 170 negara di serata dunia. Syarikat ini menyampaikan penyelesaian berasaskan sains yang komprehensif, cerapan dipacu data dan perkhidmatan bertaraf dunia untuk memajukan keselamatan makanan, mengekalkan persekitaran yang bersih dan selamat, serta mengoptimumkan penggunaan air dan juga tenaga. Penyelesaian yang inovatif daripada Ecolab turut meningkatkan kecekapan operasi dan kemampanan untuk pelanggan dalam pasaran makanan, penjagaan kesihatan, teknologi tinggi, sains hayat, hospitaliti dan industri. Untuk maklumat lanjut, kunjungi www.ecolab.com.
Ikuti kami di LinkedIn @Ecolab, Instagram @Ecolab_Inc dan Facebook @Ecolab.

Kiri ke Kanan: Janice Liaw, Pengurus Besar Ecolab untuk Perniagaan Teknologi Tinggi & Mikroelektronik Asia Tenggara; Poh Li San, Ahli Parlimen Sembawang dan ahli PAP bagi Kemampanan & Alam Sekitar; Ram Nagarajan, Naib Presiden & Pengurus Besar Ecolab untuk Perniagaan Air Ringan, Asia Tenggara dan Low Bee Ting, Timbalan Pengarah Perusahaan & Inovasi, Agency for Science, Technology and Research A*STAR, meninjau teknologi di reruai Ecolab.